Suara Anak Pahang - Perlu Baca

27 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO – PADANG RENGAS YANG KURANG AJAR

Pirah!! Apa sumbangan pada rakyat yang kau buat sorang pun tak tau.
Ada serupa tiada dan tiada lagi baik dari ada, hehe



1. Blog Pemuda Padang Rengas berpendapat Datuk Kamalia yang perlu letak jawatan kerana gagal menasihatkan ahli-ahli MP wanita untuk hadir ke sidang parlimen tersebut. (Baca sini) Kita boleh mangandaikan Datuk Kamalia juga bersalah dalam hal yang dinyatakan itu, dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz juga bersalah. Dalam keadaan ini dimana kedua-dua bersalah, siapakah yang kesalahannye lebih besar? Saya merasakan bahwa kesalahan Datuk Nazri lah lebih besar atas tanggungjawabnya terhadap Parlimen, jadi dia lah patut dipersalahkan dan patut meletakkan jawatan. (Saya pasti jika undian umum didapatkan sudah tentu ramai pihak yang akan mengundi meminta Dauk Nazri meletakkan jawatan)

Kita faham dalam keadaan ini sudah tentu Blog Pemuda Padang Rengas akan pertahankan bosnya walaupun lebih bersalah, sebagai pencacai tentu dia tidak berani menentang bosnya tambahan pula bosnya itu bermulut ‘buntut ayam’ yang kurang ajar termasuk terhadap mantan PM.

Saya nasihatkan kepada Blog Pemuda Padang Rengas supaya tutup mulut saja kerana khuatir akan jadi juga seperti mulut Ahli Parlimen Padang Rengas, celopor dan kurang ajar. Nak bodek bos pun kenalah berpada-pada. (Orang benci apa kamu tak tau ke?)




2. Kenapa tiba-tiba Nik Amalina dan Nik Abduh begitu popular di Blog masing-masing. Desakan Nik Aziz untuk memastikan tiada calon dari luar bertanding di Kelantan mengiyakan agenda politik tersusun untuk anak-anak beliau diberi laluan mudah untuk bertanding di PRU yang akan datang.Demikian tulisan blog Suara Pemuda (klik sini)


Nampaknya begitulah yang akan terjadi di Kelantan, kerajaan anak menantu. Dan sudah tentu nanti mereka akan kata UMNO membuat hasutan, blogger UMNO diupah dan sebagainya. Pokoknya, apa yang mereka lakukan mesti rakyat pandang betul dan apa yang UMNO lakukan adalah salah. Apa yang mereka lalukan adalah kerana Islam dan kerana Allah dan apa yang UMNO lakukan adalah kerana menghancurkan Islam. Hukum ditangan mereka dan ayat Al-Quraan juga dibibir mereka. Mereka sanggup jual agama dengan apa harga sekalipun.

Sudah tentu nanti mereka akan kata; apa salahnya anak dan menantu juga ceburi politik? Pak Lah ada KJ, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim ada Saiful..eh!! Azmin Ali ishhh! …(?) Justru apa salahnya bila Nik Aziz bawa sekali anak dan menantunya serta pupu papatnya dalam kerajaan Islam Kelantan nanti. Tak salah! Tak salah! Kan Nik Aziz ni Tok Guru dan Ulamak pun, penyokong Pas akan tetap ikut kerana syurga yang dijanjikan itu Tok Guru yang tentukan.

8 comments:

Anak Kuala said...

Nazri dah jawab, ketua whip Bn ialah tan sri Mahyudin yasin TPM. Siapa yang kurang ajar suruh TPM letak jawatan?

.@blogger.com said...

Salam Anak Kuala,
1. Jika TPM bersalah apakah dia tidak harus dipersalahkan dan bertanggungjawab diatas kesalahannya? 2. Yang biadap dan kurang ajar terhadap Tun Dr. Mahathir tetaplah biadap dan kurang ajar
3. Saya memang tak berapa berani seberani Datuk Nazri yang berani menghina dan mencaci Tun Dr. Mahathir.
4. Saya bernama dan nama saya bRAVEhEART seperti juga nama sdr Anak Kuala.
~ bRAVEhEART

putra said...

Perangai beginilah yang rakyat menyampah...fikir-fikirkanlah...

Anak Kuala said...

zaman tun ada dasarnya, zaman pak lah ada dasarnya, zaman najib ada dasarnya. salah kah seseorang yang menjunjung dasar bos?

.@blogger.com said...

Salam Anak Kuala,
Menjunjung boleh saja tetpi bukan sebagai penjilat kerana jikalau pun dia adalah bos kita namun kebenaran tetap benar dan salah tetap salah. Masalah UMNO adalah sentiasa mengapu bos walaupun bos melakukan kesalahan, kerana itu PRU12 rakyat membalas dengan mengundi lawan kerana bencikan pemimpin UMNO. Harap faham! Saya sokong UMNO tetapi bukan fanatik terhadap pemimpin.Zaman Tun dan Pak Lah ada dasar masing-masing, dan apakah zaman ini dasarnya boleh mencerca orang yang berjasa sebelum ini? Apakah zaman akan datang kita suka anak cucu kita juga mencerca dasar yang kita ambil? ~ bRAVEhEART

selagimasihada said...
This comment has been removed by the author.
selengkor ubat nyamok said...

sama saja mahathir dan mukriz pun sama jadikan kelompok kepada melayu. lihatlah mukriz sendiri sekarang punya pencacai untuk angkat dia tapi apakah yang dia buat menyatukan bangsa melayu, sebaliknya punya membenci KJ secara peribadi banyak lak pencacai dia, apakah dia dan pencacai fikir tentang bersatunya melayu

.@blogger.com said...

Satu Malaysia melihat sebaliknya, bahawa KJ lah yang menjadi petualang dalam UMNO dan bangsa melayu, tetapi org masih menyokongnya kerana duit. Saya melihat dengan mata dan mendengar dengan telinga sendiri, jgn ada sesiapa yg cuba nk pertikaikan itu lagi ~ bRAVEhEART

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...