10 December, 2009

KJ nak jadi menteri - Blog Pro KJ serang DS Najib?

Hik Hik, menangis?
Yang cemik macam bapuk, mana boleh jadi menteri.




Saya ingin turut mengulas mengenai beberapa blog yang tajaan orang tertentu yang memburuk-burukkan DS Najib. Sejak dahulu lagi saya sudah menaruh syak dan curiga terhadap peranan blog-blog berkenaan sebagai penulis upahan yang membawa agenda tertentu bagi kepentingan orang tertentu.


Saya juga sudah membaca beberapa blog yang Pro orang tertentu dan menulis mengenainya dan saya juga tidak berminat untuk menyertakan link blog berkenaan disini kerana merasa bahawa tulisan berkenaan memang tidak layak dibaca oleh mereka yang benar-benar sayangkan UMNO.


Kini semakin terserlah dan nyata bahawa sentiasa ada agenda tersembunyi yang mereka bawa selama ini. Orang itu tidak dapat menahan gelora dan hasrat hatinya untuk menjadi seorang menteri / timbalan menteri kabinet dan seterusnya menjadi PM Malaysia selepas ini. Kerana itulah blog-blog yang dibiayainya seringkali memainkan isu berkenaan sambil menunjukkan bahawa beliau sangat berwibawa.


Soalnya apakah UMNO sudah lupa bahawa orang ini mendapat jawatan dalam Pemuda UMNO dengan cara yang sangat hina? Bukankah beliau disabitkan namun kerana hubungan dengan mantan PM maka beliau tidak dikenakan hukuman. Apakah wajar seorang yang sudah dikenalpasti perasuah patut dilantik untuk menjawat jawatan dalam kabinet?


Sekiranya DS Najib benar-benar ingin memperlihatkan kabinetnya bersih dari rasuah, sudah tentu orang ini tidak akan dilantik. Sekiranya DS Najib sama ada dengan rela atau terpaksa, melantik orang itu makan akan cemarlah kerajaan yang ingin diperlihatkan bersih kepada semua rakyat nanti.





Tajuk: Blog Tajaan KJ serang Datuk Seri Najib secara terbuka


Disember 9, 2009


Baru sebentar tadi saya di hubungi oleh seorang rakan yang bekerja di sebuah syarikat swasta bagi memberitahu mengenai wujudnya blog tajaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang memburuk-burukkan Datuk Seri Najib secara terbuka. Saya sudah pun melihat blog-blog tersebut akan tetapi tidak mahu meletakkan link-link blog tersebut oleh kerana tidak mahu blog tersebut menjadi popular. (Klik untuk baca)



(Baca) Zahid lebih pentingkan KJ dari Najib?


(Baca) KJ, dulu kau jatuhkan orang, sekarang?...


8 comments:

Unknown said...

rasict UMNOGoKKKKK

pencinta kebenaran said...

ni ada satu blog yg mmg tajaan Kj: blog raksasa Bn...ntah apa2 la mangkuk ayun ni

berani iman said...

Salam...

Itulah masalah yang paling besar dalam umno, pemimpin - pemimpin mereka terlalu ghairah ingin mendapat kuasa dan kedudukan. Parti dijadikan sebagai batu lonjatan untuk mendapat apa yang dihajati. Sepatutnya pemimpin umno dulu di BTN kan untuk menanam semangat cintakan negara lebih dari segala - galanya.

sekian.

azman kamarul said...

wa sudah salah masuk blog olang umno ma...macam mau muntah maaa...busssuuuukk

hasellusiby said...

salam ziarah, jika mahu mengetahui rahsia nusantara, islam dan kebangkitan akhir zaman sila mengunjungi www.nusanaga.blogspot.com

Gerakan said...

UMNO busuk sampai ke ususnya. Pencacai UMNO bergaduh sesama sendiri. Berikanlah peluru kepada PR secara percuma. Kah!...3X

Dollah said...

UMNO semakin hilang sokongan. UMNO parti rasis.

cucu mamak kutty, said...

salam untuk berani iman....kali ni aku sokong apa yg kau cakap kat braveheart tu,aku takde mood nak maki braveheart,aku nak doakan braveheart kali ni supaya dia mendapat petunjuk kejalan yg benar...ok yasalam

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...