Suara Anak Pahang - Perlu Baca
19 September, 2010
PADA PANDANGAN SAYA TUN DR. MAHATHIR.....
Saya bangga sebagai rakyat Malaysia. Bangga dengan pencapaian dan kemajuan negara setakat ini. Bangga dengan PM yang bijak yang mencatat dan menggariskan kecemerlangan negara berbanding negara dunia ketiga lainnya. Tentu kita berterima kasih kepada semua PM kita dan diantaranya yang teramat cemerlang tidak lain dari Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Tentu siapa saja akan berbangga dengan pemimpin mereka. Tentu kita inginkan PM kita seorang yang cerdik dan pintar, seorang yang prihatin dan mengasihi rakyat serta mudah didekati, seorang yang bijak kertindak atas kepentingan negara, seorang yang berperawakan menarik, seorang berani dan tegas, seorang yang dihormati serta digeruni kawan dan lawan.
Tun Dr. Mahathir adalah segalanya, dan ramai pemimpin serta rakyat negara luar menghormati beliau dan menganggapnya pemimpin luar biasa dari dunia ketiga. Malangnya kerana fahaman politik sempit ada dari rakyat Malaysia sendiri yang diasuh supaya membenci beliau.
Saya orang biasa yang tidak pernah dapat bersama TDM untuk mengetahui sikap beliau sebenarnya. Justru apa yang saya tulis adalah pandangan dari apa yang saya lihat dan dengar dari media massa dan apa yang saya terasa didalam hati saya sendiri.
Sewaktu beliau menjadi PM saya tidak berapa pasti bagaimana kerana waktu itu saya masih belum cukup dewasa untuk memahami politik. Bahkan saya pun tiddak peduli siapa yang patut menjadi PM sebenarnya. Bagaimanapun saya belajar mengenalinya dan apa yang beliau lakukan untuk memahami siapa beliau.
Perkara pertama yang saya ingat diakukannya adalah menyamakan perbezaan waktu diantara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang berbeza 30 minit. Nampak sebagai perubahan yang kecil tetapi memberi impak besar. Perbezaan 30 minit itu sebenarnya adalah 1 jam mengambil kira diawal dan dihujung hari diantara kedua-dua bahagian berkenaan.
Menurunkan nilai RM berbanding dengan Dolar Singapura juga telah memberikan keuntungan besar kepada Malaysia dan memberi sedikit tekanan kepada Singapura. Dalam masa yang singkat Singapura sudah bukan lagi destinasi membeli belah warga Malaysia bahkan warga Singapura yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk tujuan membeli belah atau pun pelancongan dan rekreasi.
Pembinaan KLIA juga telah mampu mengubah sebahagian dari destinasi pendaratan pesawat dari negara asing. Bahkan banyak lagi sebenarnya. Sehinggakan saya merasakan bahawa Tun Dr. Mahathir itu sendiri adalah Malaysia ini. Sehinggakan pemimpin selepas beliau kelihatan sudah tidak ada apa-apa yang hendak dilakukan lagi, sehinggakan ada yang digambarkan sebagai terpaksa mengisi waktu pendatbirannya dengan menidurkan diri.
Namun ada juga pihak yang telah merosakkan penghargaan terhadap beliau sehingga melakukan sesuatu yang menghinanya sebagai seorang negarawan. Beliau pernah disembur pemedih mata semasa lawatan ke Kota Baru. Beliau penah dimalukan dengan disekat dari menjadi perwakilan dari bahagiannya ke Persidangan UMNO oleh ahli parti sendiri dengan bantuan beberapa ratus ringgit rasuah politik.
DS Najib kelihatan memiliki sebahagian besar watak yang dimiliki oleh mantan PM itu. Beliau hanya perlu lebih berani dalam bertindak serta jangan terlalu bertolak ansur yang akan membuatkan bangsa Melayu menganggapnya sebagai pemimpin yang tidak berani perjuangkan bangsa Melayu. DS Najib mesti benar-benar menjadi PM Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
2 comments:
saya sependapat dgn saudara tentang tdm.
Tapi sayang TDM telah membuat satu kesilapan besar dengan menyerahkan tugas kepada LANGAU. Sepatut nya TDM berkhidmat hingga akhir hayat atau di sahkan para doktor tidak lagi mampu dari segi klinikal untuk menjalankan tugas. Saya merindui perkhidmatan TDM. Bangga sangat menjadi anak malaysia ketika itu.
Post a Comment