1. Kak Ijat masih belum reda dari kes NFC-nya. Pihak pembangkang memang jadikan isu berkenaan sebagai senjata utama hadapi PRU akan datang. Tokoh-tokoh dalam UMNO dan Kerajaan sendiripun ramai yang suka jika Kak Ijat undurkan diri secara terhormat. Demikian juga dengan blogger pro Kerajaan yang memang berharap supaya Kak Ijat mengundur diri, melainkan beberapa blogger yang sudah di'brupp'-kan tentunya sekali sekala bersuara pertahankan Kak Ijat sambil mengosok perut masing-masing.
2. Kak Ijat kalah dalam PRU lalu, mungkin kerana servis yang kurang memuaskan pengundi namun dilantik sebagai Senator dan Menteri oleh PM Pak Lah. Mungkin kerana mengenang budi atau imbuhan membalas jasa tak dapat dipasti dan kita pun tidak ambil peduli.
3. Tempoh perlantikannya sebagai senator akan berakhir tidak lama lagi. Kes NFC-nya semakin meruncing. Hendak diharap beliau mengundur diri dengan terhormat dan bermaruah nampaknya jauh sekali. Justeru, untuk tidak membebankan BN dalam PRU akan datang adalah diharapkan agar PM tidak menyambungkan semula kontraknya sebagai senator. Kekosongan yang berlaku dalam kementerian bolehlah diisikan oleh sesiapa yang lebih putih 'kulit' dan hatinya. tentu masih banyak mereka yang berminat dan layak untuk mengisi kekosongan itu. Dato' Rosni Ketua Wanita Pahang juga layak untuk dipertimbangkan. Dalam politik apa saja boleh diterima...matlamat menghalalkan cara!
4. Tindakan yang akan diambil oleh PM itu nanti bukanlah satu penginayaan kepada Kak Ijat, tapi tentu Kak Ijat juga sayangkan UMNO dan BN seperti mana yang selalu diucapkannya. Ini bukannya satu hukuman tetapi adalah satu peringatan kepada pemimpin-pemimpin lainnya supaya berhati-hati dan berwaspada semasa memeggang kuasa, bahawa kuasa politik bukanlah hak tetapi satu tanggungjawab.
5. Sahabat blogger yang sudah di'brupp'-kan tentu marah kerana menulis ini begini. tetapi inilah kebebasan berrsuara dan memberikan pendapat. Sebagaimana mereka juga, janganlah menyangka bahawa hanya kata-kata mereka saja yang betul dan benar hanya kerana blog mereka dikunjungi lebih ramai pembaca. Saya masih percaya bahawa yang popular bukan bererti baik dan bagus demikian juga yang baik dan bagus tidak semestinya popular.
6. Ahak! Ahak! Baca Sini, posting dari blog MamaGomo (Klik). Mungkin tidak semuanya benar tetapi pasti bukan semuanya salah.
8 comments:
shahrizat sangat bagus... amat malang jika najib ikut permainan pembangkang. wanita dibawah beliau sangat terbela
eden syorkan tok pm tak payahlah sambung senatorship dio. cukuplah diboban kan dongan kes nfc tu. umno tak seharusnyo dihayun kan dongan kes ini sebolum pru 13.
cukup tok pm dongar cakap rakyat kalo nak monang.
dan edn syorkan oran yang dah lamo tu undur diri lah macam idris jusoh. jangan tunggu tok pm nak ambil tindakan nanti merajuk macam sikadirrr tu. dah tak do jawatan meroyan pulo macam keluar. jangan semuo nak tunggu tok pm jo buet sondirilah.
kak ijat x perlu berundur..semuanya permainan pembangkang nak lemahkan wanita umno..lawan tetap lawan.
Madey sendiripun dah cadangkan Ijat undur diri, kalau di negara luar pemimpin begini akan ambil tanggung jawab berundur bagi menjaga kestabilan parti dan kerajaan, tp Ijat ni liat sikit, org umno sendiri dh cadang dia berundur masih belum nak bergerak sikit pun. Dato' Rosni KW Pahang boleh ganti, dn hubungan dia dgn PM lagi baik
Jika Sharizat masih terus ade dalam cabinet, Rakyat akan andaikan semua member cabinet (dan keluarga mereka) ni dapat projek mega kerajaan !!!
Member Cabinet bertambah kaya ... Rakyat bertambah merana ... siapa kata Rakyat bertambah senang ?
Oleh itu ... jika Sharizat masih dalam Cabinet ... Rakyat mesti pastikan sumbat semua member cabinet ni masuk gerobok (baca cabinet) !!!
seperti saya cadangkan, PM bukan membuang Kak Ijat tetapi hanya khidmatnya tidak disambungkan, dan kita akan ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Kak Ijat atas sumbangannya yang sangat berharga selama ini.....segalanya akan menjadi lebih baik nanti untuk semua pihak....pengorbanan sangat diperlukan.....hehe! saya tak 'burrppp' Kak Ijat....kalau 'burppp' mungkin lain ayatnya, hehehe..
salam, ckp jerlah hang dengki plus jeles dengan papa gomo n parpukari yang pakai keta mewah ke hulu dan ke hilir..hang apa ader? posting pun tak menarik weh...hahahaha....hang mang kaki jeles punyer org..perjuangan konon...mintak lah kat gomo n parpukari byk tur dapat...
salam.
kenapa kekuatan ekonomi melayu yang cuba dinaiktarafkan menjadi mangsa.kiranya ia berpihak pada bangsa lain didiamkan pula..
kenapa datuk ijat dijadikan jambatan untuk pihak lain senang menyeberang kesasaran...
datuk ijat seorang yang berani bersuara dalam memperjuangkan kaum wanita.siapa yang untung dari engunduran beliau...Nurul izzah ke?
Post a Comment