14 March, 2012

HANGAT: DATO' ROSNI DILANTIK SENATOR, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA?

'Kak Rosni' membahaskan usul dalam perhimpunan UMNO yang lalu


Namun jika tidak dilantik, janganlah 'Kak Rosni' bersedih...
kerana esok masih ada...dan perjuangan belum berakhir


1. Salut! Tabik hormat diberikan kepada Kak Ijat kerana bersetuju untuk mengundurkan diri apabila tamatnya tempoh perlantikan beliau sebagai senator. Bukan ramai pemimpin yang berani dan sanggup meninggal 'singahsana' dan 'takhta' yang mereka duduki selama ini. Jika dibandingkan dengan Anu arr 'Berahi', nyata Kak Ijat 'ada telor' sedangkan Anu arr langsung 'tak ada telor' (harapkan batang je bengkok) tetapi takut memikul tanggungjawab. Jika diluar negara, pemimpin yang diaibkan dengan skandal sudah tentu akan dengan relanya meletakkan jawatan atas rasa hormat dan sayangkan parti, tetapi  tidak demikian bagi Anu arr sebagai 'Anu gerah Tuhan' dan 'Imam Mahadi' (yang dilantik secara undi sulit berdasarkan alat sulitnya).

2. Maka akan berlakulah kekosongan bagi jawatan Menteri Pembangunan Wanita yang terpaksa dengan rela dikosongkan oleh Kak Ijat. Memang ramai yang layak untuk mengisi kekosongan berkenaan namun semuanya adalah lelaki dan tidak sesuai memeggang jawatan yang bertanggungjawab terhadap wanita kerana bimbang tidak dapat bertanggungjawab dengan baik ataupun terlebih melaksanakan tanggungjawab nanti.

3. Ketua Wanita Pahang, Dato' Rosni Zahari adalah seorang peguam syarie dan tokoh wanita yang bekelayakan serta mempunyai hubungan rapat dengan Kak Ijat sebelum ini, juga mengenali rapat DS Najib adalah calon yang dilihat layak untuk mengisi kekosongan itu. Melantik beliau sebagai senator dan seterusnya Menteri Pembangunan Wanita akan terus mengukuhkan kementerian berkenaan serta mampu menjadi landasan dan jembatan kepada usaha-usaha yang Kak Ijat telah rencanakan selama ini sama ada didalam kementerian mahupun Wanita UMNO.

4. Kita sangat percaya bahawa keupayaan dan kewibawaan KW Pahang mampu menggalas tanggungjawab berat itu demi perjuangan wanita dan UMNO itu sendiri sebagai wadah perjuangan politik bangsa untuk generasi akan datang. Kita sangat-sangat berharap DS Najib memberikan prhatian kepada cadangan ini dan kita juga sangat-sangat berharap agar 'Kak Rosni' sanggup menerima dan menggalas tanggungjawab berkenaan sekirnya diberikan tanggungjawab itu nanti. 

5. Sebarang spekulasi terhadap negeri Pahang sebagai sebuah negeri yang lemah politiknya dan mudah ditawan pembangkang akan terhapus kerana perlantikan itu nanti akan menambah memperkuatkan parti dalam menghadapi PRU akan datang. Kita percaya bahawa 'Kak Rosni' sudah pun menyusun jentera wanitanya bagi persediaan menghadapi PRU. Kita sudah tiada lagi mendengar 'sok-sek, sok-sek' yang mengatakan bahawa 'Kak Rosni' tidak menjaga anak-anak buahnya selama ini. Segalanya sudah berubah dan lawatan sambil belajar nyata banyak memberi pengajaran kepada Wanita Pahang. Syabas 'Kak Rosni'! Cuma, wanita mesti diperkuatkan lagi dan jangan sesekali meminggirkan sesiapa kerana kita membina satu pasukan yang mantap, selainnya kita serahkan saja kepada Allah yang akan menentukan untung nasib kita dalam politik nanti.

6. Tulisan ini adalah memberi respons kepada tulisan diblog 'Rezqeen Hill' berkenaan perlantikan jawatan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.

8 comments:

praha2 said...

eden nak tanyo why her? What about the deputy KW? why isn't she be considered? eden dulu pun ado cakap-don't appoint senator as minister. only elected mps should be appointed.
macam mano gah seoran peminpin kalo tak dielect olih rakyat dio tak berhak untuk dilantij montori. banyak sobab nyo tapi bior lah anda yang fikirkan nyo.

Anonymous said...

why her? sbb org Pahang nk tambahkan org Pahang dlm kabinet DSN

bRAVEhEART said...

salam,
why not her?

Neilkie69 said...

Jangan lupa, Tuan Syed Ali, Ketua UMNO Cheras. Dialah yang tersangat layak. Banyak pengorbanan yang telah di buat oleh Tuan Syed Kita ni...berilah peluang kepada Tuan Syed...

Anonymous said...

why not u...?

bRAVEhEART said...

me? im a man not a women.....

bRAVEhEART said...

d'rosni marah ker? hehehe...

Anonymous said...

kenapa org melayu suka jatuh kan sesama melayu.. org yg hati perut busuk ni ubah2 la diri tu

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...