15 March, 2012

POPULARITI NAJIB MENINGKAT, KITA MENANGI PRU DENGAN BERGAYA


Populariti DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dikatakan telah meningkat kepada 69% berbanding 59% pada Ogos lalu. Kita tidak lagi gusar kerana rakyat telah dapat melihat perubahan yang dilakukan oleh DS Najib dalam plan transformasi yang dilakukannya.

Rakyat juga sudah tidak lagi percaya kepada pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Anu arr serta kuncu-kuncu dan pencacai hapraknya yang semakin lama semakin menampakkan kebodohan dalam penipuan mereka. Tok Guru Nik Aziz juga sudah semakin kehilangan pengikut sebagaimana Ayah Pin dengan kerajaan langitnya dulu. Nik Aziz dan kerajaan bulannya semakin hari kelihatan semakin hilang dan salah haluan bahkan Nik Aziz sendiri sering lupa dan hilang ingatan terhadap apa yang pernah dijanjikannya.

Untuk kembalikan kepopularitian Nik Aziz, beliau mengumumkan bahawa beliau ingin dianggap sebagai artis. Selama ini beliau menjual pita rakaman ceramahnya kepada rakyat memungut derma untuk tabung politik bagi menggerakkan jentera parti, mungkin sudah tiba masanya beliau mengeluarkan album sama ada secara solo atau berkumpulan. Mungkin juga 'feat' dengan 'Jaclyn Victor', atau Ning Baizura atau mana-mana artis wanita yang manis-manis. Tentu populariti Nik Aziz akan meningkat semula dan bolehlah beliau kelak bertanding lagi dalam PRU akan datang untuk jadi MB Kelantan buat selama-lamanya.

Mungkin Husam Musa tidak akan berasa gembira dengan peningkatan populariti Nik Aziz itu nanti kerana akan mengakibatkan beliau terpaksa menunggu lebih lama sehingga berjangut seperti kambing 'boer'nya untuk dapat menggantikan Nik Aziz sebagai MB kelantan. Mungkin Husam terpaksa ingatkan kepada Nik Aziz kenyataan Nik Aziz tidak lama dulu bahawa beliau akan bersara apabila Tun Dr Mahathir berhenti dari politik dan PM Malaysia. Pasti Nik Aziz sudah lupa kata-katanya dulu maklumlah usianya membuatkan otaknya semakin mengecut.

Anu arr pun selalu lupa juga atau buat-buat lupa. Mungkin atas sebab yang sama, otaknya yang semakin mengecut kerana peningkatan usia. Jika tidak percaya, cuba tanya dimana jam tangan omega-nya? Tentu dia sudah tidak dapat mengingatinya. Tanya benarkan dia melanggan pelacur Cina seperti digambarkan dalam klip yang tersebar luas itu? Tentunya dia buat-buat lupa atau pura-pura tidak tahu. Tanyakan juga benarkah dia meliwat saiful, azizan dan lain-lain? Dia juga akan tentu akan katakan tidak kerana sudah lupa kepada keseronokan sekejap.

Tanyakan Anu arr apakah beliau masih ingat katalaluan 'mokhtar' untuk masuk ke kondo dimana dia meliwat saiful? Ingatkah dia kepada karipap? CIFU? dan.......tentu dia sudah lupa. Justeru eloklah kita lupakan Anu arr dengan angan-angannya untuk menjadi PM setelah dia terlupa bahawa dia telah menipu seluruh rakyat Malaysia dan seluruh umat manusia bahawa dia akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 16 september lalu? Bolehlah kita ketawa berdekah-dekah sebagaimana si-'Tukar Tiub' penjilat tegarnya - Kah! Kah! Kah!

DS Najib memang popular dan rakyat akan memastikan beliau sebagai PM dan BN menang besar dalam PRU akan datang. Soalannya apakah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN lainnya juga turut popular untuk membolehkan BN mencapai kememangan yang akan terus menghancurkan pakatan pembangkang? Apakah pemimpin-pemimpin lain mampu berjalan seiring dan melangkah sederap dengan DS Najib? Apakah mereka berusaha kearah itu? Apakah mereka meningkatkan kualiti perkhidmatannya kepada rakyat yang diwakilinya?

Jangan biarkan DS Najib bersendirian. Kita mesti dengan berani dan penuh yakin memberikan sokongan dan berusaha keras untuk memenangkan BN dan pencapaian melebihi 2/3 di Parlimen serta merampas kembali negeri-negeri yang di'jajah' pembangkang, termasuk Kelantan yang masih dalam kedaifan setelah lebih selama 20 tahun dibawah Pas yang kononnya akan membangunkan Islam namun sehingga kini hanya mampu membina 2 buah saja masjid di Kelantan.

Berubahlah!, dan marilah bersama kita satukan tekad dan keazaman kita untuk membantu memenangkan BN dalam PRU akan datang tanpa mengira siapakah kita. Walau siapapun kita, kita tetaplah rakyat negara Malaysia yang tercinta ini, tanah tumpah darah, negara yang dimana buminya kita pijak dan langitnya kita junjung......bumiyang....

Rujukan:

1 comment:

Anonymous said...

UMNO memang boleh menang.Tapi masaalahnya mmg ramai jugak pemimpin UMNO yang bangsatnya,YG berjuang bukan untuk kepentingan bangsa dan rakyat,Ramai lagi pemimpin UMNO yg rasuah,Nak menang kenalah bersihkan UMNO jugak dulu.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...