16 March, 2012

SINDIR MENYINDIR POLITIK: PAHANGKU vs SAKMONGKOL?

Blogger Aspan Alias, Lim Kit Siang dan blogger Sakmongkol AK47
berkongsi pentas


1. Blog 'PahangKu' adalah sebuah blog yang saya percaya bebas, bukan milik UMNO namun jelas menyokong perjuangan UMNO. Bukanlah sebuah blog yang sangat berpengaruh dari segi rankingnya, namun pandangan dan pendapatnya juga seringkali diambil kira. Saya juga kadangkala menulis sebagai penulis bebas.

2. Posting terkini yang saya baca di blog PahangKu adalah tulisan adminnya mengenai tulisan Sakmongkol AK47 berhubung isu DS Shahrizat Jalil. Saya juga berpendapat bahawa kes NFC yang sudahpun dibawa ke mahkamah tidak perlu dipertikaikan lagi sehingga selesai siasatan dan hakim membuat keputusannya. Sementara itu, biarkanlah mahkamah bebas menjalankan tugas dan tanggungjawabnya tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

3. Selepas saya membaca PahangKu, saya juga membaca di Sakmongkol, Namun ada benarnya bahawa kita tetaplah kita walau bagaimana dan apa baju yang kita pakai sekalipun. Mungkin ada pihak yang patut merenung diri sendiri dan melihat sebaik mana diri kita dibandingkan dengan orang lain. Dimana kelebihan kita dan dimana pula kelemahan kita untuk kita meletakkan diri kita ditempat yang sebenarnya dan selayak dengannya.

4. Jangan menyangka hanya kita yang berhak mendaki dan berada dipuncak gunong yang tinggi. Jangan juga menyangka bahawa puncak itu adalah segalanya dalam kehidupan kerana memang puncak itu menarik apabila dilihat dari lembah namun apabila sudah berada di puncak dan memandang ke lembah maka kita juga akan merasakan bahawa lembah itu juga indah dan ingin kembali semula. Elok kita berlapang dada selagi pintu masih terbuka.

3 comments:

praha2 said...

keduo duom tu dag menyesal dah tinggal kan UMNO> tapi nak buet apo-burnt all the bridges. kalo terlajak perahu bolih lah patah balek, tapi terlajak kato padah rupo nyo.
Dalam hati siapo yang tau tak? Kito tengoklah apo dfapigs buet dongan dio oran nanti.

org sg miang said...

suck-mongkol ni masa jadi adun dulu bukan cakna sgt pd rakyat. khidmat macam pegawai kerajaan 9 - 5 lps tu payah dh, nak jumpa pun macam nak mengadap raja. suka bermegah dan bangga diri. mudah lupa diri dan org yang pernah menolong dia dulu, dia adalah org kecewa yang digugurkan kerana prestasi buruk dn tak servis kpd rakyat. Kalau macam ni juga dalam mana-mana parti pun org tetap tak suka. elok buat parti tapperware je org macam dia ni. salah org nampak salah sendiri tak tau.

Anonymous said...

kahkah....bertanding ketua kg pn belum tentu layak ariff ni

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...