13 February, 2013

DS @NajibRazak, WE ARE READY......





1. Klip diatas buatkan para pencacai pembangkang terkantoi menipu kononnya seruan DS Najib diberi jawapan negatif oleh hadirin di perayaan sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini. Demikianlah kerja pancacai pembangkang menyebarkan pembohongan mereka supaya rakyat akan menganggap itu adalah satu kebenaran. Kerja mereka tiada bezanya dengan perbuatan dajjal diakhir zaman. @Yop Tualang Sekah adalah salah satu pencacai pengangkut najis dan tentera dajjal yang turut menyebar fitnah berkenaan.

2. Marah sungguh 'ParpuKari' dengan pencacai pembangkang ni. (Klik Sini) Tapi apa kita nak kata jika itulah sumber rezeki mereka. 'Nurislah' akui mereka dibayar untuk setiap tweet yang dibuat. Malangnya mereka ini cari makan dengan menjual bangsa dan negara, mempertaruhkan keamanan dan kesejahteraan yang sedang kita nikmati selama ini.

3. Saya banyak bercakap dengan golongan 'senyap' yang tidak terlibat dengan media sosial yang melihat keadaan pembangkang sekarang ini tidak lebih dari ayam yang bertelur sebiji tetapi riuh sekampong. Rata-rata ramai yang berkeyakinan tinggi bahawa BN pasti akan mendapat kembali majoriti 2/3 dalam PRU13 nanti. Kepimpinan DS Najib sudah mampu menarik golongan muda merapatkan barisan serta mengekalkan golongan tua untuk meneruskan kesinambungan.

4. Saya setuju seperti kata TS Abdullah Ahmad dalam kolumnya di Sinar Harian 13hb Februari bahawa DS Najib bukanlah seorang pelari pecut yang hanya pantas untuk satu larian jarak dekat tetapi beliau adalah pelari marathon yang sentiasa bertenaga walaupun bermula perlahan.

5. Anu arr adalah sebaliknya. Semuanya pantas. Diletakkan sebagai Ketua Pemuda dalam usia muda. Pantas juga menaikan diri dikerusi Timbalan Perdana Menteri dengan memaksa Tun Ghaffar berundur. Anu arr juga mesti cepat untuk jadi Perdana Menteri kerana jika bukan sekarang bila lagi kerana usianya sudah semakin lanjut. Anu arr tidak mampu bertahan lama (cepat 'inzal')

6. Yang penting adalah apakah yang kita harapkan dari Anu arr? Ketika DS Najib bersusah payah berusaha untuk membantu rakyat dengan berbagai cara, Anu arr hanya pergunakan rakyat sebagaimana biasa untuk jadi perisai diri dan perlindungan dirinya. Ingat ketika keputusan mahkamah akan diumumkan, beliau pergunakan rakyat untuk mencetus huru-hara jikalau keputusan tidak memihak kepadanya.

7. Anu arr juga sedar bahawa peluang Pakatan Pembangkang untuk menang adalah tipis, justeru beliau sudah memberikan isyarat bahawa akan mengadakan rusuhan sebagaimana di Mesir bagi menumbangkan kerajaan. Beranikan Anu arr melakukan demikian kerana ini Malaysia dan bukan Mesir atau Syria. Rakyat Malaysia biasa dengan keamanan dan ingin terus mengekalkannya. Pemimpin datang dan pergi. Anu arr datang dan tiba masanya untuk dia pergi. Selamat Jalan. Anu arr menghitung hari.........

8. Biar bilapun PRU13 nanti, rakyat sudah bersedia untuk menunjukkan sokongan kepada BN dan DS Najib sendiri sebagi PM. Hati rakyat sudah bulat dan sepakat bahawa hanya DS Najib yang layak dipilh sebagai PM, dan tidak sekali-kali insan yang bernama Anu arr. Masa untuknya sudah tamat. Peluang untuknya juga sudah berakhir. Anu arr sendiri yang mensia-siakannya. Anu arr men'capati'kan janjinya.  (Klik Sini)

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...