Suara Anak Pahang - Perlu Baca

06 February, 2013

POLITIK JERANTUT BHG. 2: CALON MELAYU BAGI DUN DAMAK



1. YBM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut diberitakan tidak berminat lagi untuk bertanding kerusi parlimen Jerantut dalam PRU13 akan datang. Beliau juga dibayangkan tidak bertanding mana-mana kerusi hatta DUN Pahang. Dalam kata lain, beliau ingin bersara dari politik. Keputusannya harus dihormati dan pengundi Parlimen Jerantut perlu menerima hakikat bahawa beliau akan pergi.

2. Dalam temuramah dalam klip video diatas, ' YBM Ku Lan' membayangkan DUN Damak patut dipertandingkan oleh calon UMNO memandangkan majoriti pengundi terdiri dari kalangan orang-orang Melayu. ADUN Damak sekarang ini juga sudah begitu lama menduduki kerusi berkenaan. Dalam PRU lalu, calon Melayu dari PKR telah mendapat sokongan yang banyak sebagai petunjuk bahawa pengundi Melayu di DUN Damak sudah mehukan wakil rakyat Melayu yang mampu membela dan mempertahankan hak-hak orang Melayu. Jika bukan kerana Cik Gu Koh yang ketika itu bertanding sebagai calon bebas, sudah tentu Dato' Lau Lee tersungkur menyembah bumi.

3. Khabarnya PRU13 nanti, DAP akan meletakkan Cik Gu Koh sekali lagi dan kali ini sebagai calonnya. Protes pengundi cina terhadap Dato' Lau Lee mungkin akan diterjemahkan dalam undi mereka dengan memenangkan DAP bagi DUN Damak kelak jika pertandingan 2 penjuru berlaku. Melainkan adanya calon bebas Melayu yang berani mencari undi simpati yang akan memungkinkan pecahan undi berlaku dan akhirnya sama ada memenangkan calon Melayu atau berbalik kepada calon MCA jika undi cina mengikut pola pengundian terdahulu.

4. Apapun, pandangan YBM 'Ku Lan' supaya meletakkan calon Melayu di DUN Damak itu patut diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan jika sayangkan kerusi berkenaan. Secara peribadi saya melihat kerusi-kerusi lain di Parlimen Jerantut akan kekal selamat kecuali DUN Damak jika sesuatu tidak dilakukan.


3 comments:

Anonymous said...

mulek amat lah yok ku lan tak bertanding tu.Tak ada apa pun dia buat di parliment jerantut ni selama berapa penggal dia menjawat parlimen jerantut.Eloklah bagi org yg ada wawasan.Tapinya tak nampak pulak ajk UMNO bahagian jerantut yg layak huhu.semua nampak di mata aku mcm haprak aje.alamat jalanlah perliment jerantut di PRU 13 ni yok.

Anonymous said...

Kerusi dun parliment jerantut selamat?acu dengor betoi2 kat kedai kedai kopi.Tak nampak UMNO akan menang di semua kerusi dun di parliment jerantut pru 13 ni.kecuali pemimpin UMNO jerantut dpt tackle belia belia yg baru pertama kali mengundi.Tapi ada ke pemimpin UMNO jerantut mendekati belia belia ini? jawapannya tak ada langsung.semua pemimpin UMNO bahagian jerantut sibuk memenuhkan mengkolok sendiri aje

bRAVEhEART said...

Anon 1:37, Kita bukan mengundi di kedai kopi dalam PRU13 nnti, hehehe...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...