Suara Anak Pahang - Perlu Baca

07 February, 2013

POLITIK JERANTUT BHG. 3: TRANSFORMASI UMNO BAHAGIAN

YBM 'Ku Lan' bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, 
tidak mustahil Dato' Norhelan jadi calon Parlimen jika gerakkerjanya dijadikan ukuran.


1. UMNO Jerantut mesti berubah. Keputusan YBM 'Ku Lan' untuk tidak bertanding lagi adalah satu perubahan yang besar maknanya. Itu juga adalah satu keputusan yang sangat berani kerana dalam banyak situasi, bukan ramai pemimpin yang sudah menduduki kerusi bersedia untuk turun. Contoh terdekat adalah ADUN Damak dan Pulau Tawar. Tentu pemergian YBM 'Ku Lan' nanti amat menyedihkan.

2. Yang paling sedih dan berdukacita dengan keputusannya adalah mereka yang rapat dan bergantung sepenuhnya kepada beliau. Nampaknya terpaksalah mereka yang berkenaan pandai memilih siapakah selepas ini akan jadi Ahli Parlimen Jerantut untuk dijadikan dahan untuk berpaut.

3. Walau siapapun kelak akan jadi Ahli Parlimen Jerantut, beliau hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa akan dijadikan sokongnya supaya tidak akan berulang peristiwa sokong membawa rebah. banyak pihak melihat bahwa kelemahan UMNO BN Jerantut selama ini adalah kerana sokong-sokongnya. (Baca blog-blog Jerantut yang banyak dan membincangkan persoalan sama sebelum ini. Sila tujuk senarai blog-blog Jerantut di notakaki)

4. Secara peribadi, BH tiada masalah sama ada Ahli Parlimen masih dikekalkan yang lama atau bertukar kepada yang baru, kerana yang lebih penting adalah membersihkan sokong-sokongnya terlebih dahulu supaya dapat sejajar dengan UMNO Kebangsaan dalam mentranformasikan UMNO di Peringkat Bahagian. Bagi menegakkan UMNO dan mengukuhkan strukturnya, UMNO mestilah disokong oleh mereka yang boleh diharapkan, telus, bersih, cekap dan yang penting sekali adalah amanah.

5. Yang banyak kita dengari adalah kebencian rakyat kepada UMNO adalah kerana sikap pemuka-pemuka UMNO Bahagian yang lebih merupakan pejuang yang hanya cenderung memungut harta rampasan perang bukan kerana keikhlasan dalam perjuangan itu sendiri.

6. Apapun, UMNO bahagian mesti melakukan perubahan yang drastik dan dapat menyakinkan rakyat bahawa UMNO Bahagian memang serius dan ikhlas untuk berubah. Andaikata UMNO gagal melakukannya, nantikan saja rakyat untuk mengubahnya.


# Blog-blog Politik Jerantut (Sebahagian):
1. Suara Api
2. Borok Politik Weh
3. Patpatsikulipat
4. Karok
5. 1,2,3,SiLekuk
6. MuaraSat
7. WZWH
8. uRag dRrulug
9. Orang Bukan Orang
10.Surat Untuk Pemimpin

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...