04 February, 2013

POLITIK 'KUDA MUDA' vs. 'UNTA TUA'

Selagi mereka masih ada, harapan pembangkang pasti sukar


1. UMNO BN berada didalam keadaan yang sangat lemah dalam PRU12 lalu. Kerana itulah BN kehilangan banyak kerusi. Pemerhati menyifatkannya sebagai dilanda tsunami politik. Apa yang berlaku adalah menefestasi berontak dan tidak puas hati rakyat yang diterjemahkan kepada kertas-kertas undi.

2. Namun UMNO BN telah melakukan transformasinya dengan pantas dan berkesan setelah dipimpin oleh DS Najib. Tidak hairan kerana DS Najib adalah pemimpin muda yang dapat merasai kehendak dan citarasa golongan muda. Bagaimanapun bukanlah tersangat mudah untuknya melakukan perubahan itu kerana DS Najib terpaksa berhadapan dengan golongan tua didalam kepimpinan UMNO dan BN sendiri yang tidak faham dan sukar berubah. Sehingga sekarang masih ada bahagian-bahagian yang tidak mampu berubah selaras dengan perubahan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO pusat.

3. UMNO BN Jerantut juga masih kuat dan teguh. Tuduhan 'Suck-Mongkol' bahawa parlimen Jerantut akan jatuh kepada pembangkang hanyalah mimpi dan angan-angan kosongnya. Jika UMNO BN Jerantut harus kalah maka ianya pastilah dalam PRU12 lalu ditenggelamkan oleh tsunami politik yang melanda negara, namun itu tidak berlaku. PRU13 nanti akan berbeza sama sekali. Sokongan terhadap kerajaan BN semakin kukuh, golongan muda juga sudah percaya dan menyokong kerajaan. Golongan yang berontak dan protes dengan menyokong pembangkang dalam PRU lalu juga akan kembali kepangkal jalan. Justeru pembangkang jangan bermimpi akan ada gelombang tsunami politik kali kedua.

4. Parti politik pembangkang dipimpin oleh golongan tuan yang tidak memahami kehendak generasi muda. Ini membuatkan kerja DS Najib lebih mudah. Pemimpin bukan saja tidak memahami kehendak generasi muda bahkan usia tua mereka dan kekurangan tenaga membuatkan mereka sukar bersaing dengan DS Najib. Lihatlah DS Najib kesana kemari menghadiri banyak program-program tanpa menunjukkan keletihannya dalam usaha mengukukhan UMNO BN sedangkan pemimpin pembangkang sudah kehabisan tenaga serta hilang upaya.


                               
Fizikal Nik Aziz pun selalu letih dan sakit-sakit walaupun mulutnya masih 
kuat kafirkan orang itu dan orang ini, bahkan mendoakan pecah perut kepada DS Najib.


5. Jika parti pembangkang terutamanya Pas ingin memberikan cabaran kepada UMNO BN, parti berkenaan juga mesti dipimpin oleh pemimpin muda yang kuat fizikal dan mentalnya serta yang faham akan kehendak pengundi-pengundi muda. Malangnya Pas lebih rela pertahankan pemimpin tuanya dan memecat pemimpin muda seperti apa yang berlaku kepada Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini. Tindakan itu membuatkan Pas terus dan tetap berada didalam kepompongnya sendiri, dan jumud.

6. Apa yang jelas adalah pihak pembangkang sudah hilang haluan dan arah tuju dalam perjuangan. Pakatan pembangkang semakin hari semakin rapuh dengan beberapa isu yang tidak mendapat persefahaman dan persetujuan bersama. Parti yang konon perjuangkan Islam sudah kelihatan tidak lagi terguh pada perjuangan kerana terpaksa dan dipaksa bertolakansur untuk menjaga perpaduan mereka itu. Malangnya Pas sahaja yant terpaksa bertolak ansur dan kehilangan sedikit demi sedikit sedangkan DAP mendapat semakin  banyak dari masa kesemasa.

7. Pas juga sudah tidak konsisten kepada perjuangan Islam. Bahkan menegakkan negara Islam sudah bukan lagi agenda utama mereka apabila didesak DAP untuk jadikan membina 'negara berkebajikan' sebagai perjuangannya. Apakah kerajaan BN bukan kerajaan berkebajikan dan kebajikan bagaimana yang mempu mereka lakukan ? Kalau kerajaan Kelantan diambil sebagai contah, kita nampak Pas gagal sama sekali memberikan kebajikan kepada rakyat dan penyokongnya selama memerintah. Apakah kebajikan yang dimaksudakan hanyalah kebajikan untuk para pemimpinnya serta puak kerabak dan kroninya sahaja?

8. Saya sangat yakin bahawa dalam PRU13 ini nanti BN bukan saja akan mendapat kembali mandat 2/3 bahkan dalam masa sama akan terus menenggelamkan parti-parti pembangkang yang ada dinegara kita. Parti-parti pembangkang yang ada dinegara kita masa kini sudah tidak lagi relevan. Jika kerana mereka parti pembangkang maka kerja mereka hanya membangkang setiap apa yang kerajaan lakukan tanpa memberikan cadangan bagaimana untuk melakukan sebaliknya, maka memang mereka sudah tidak diperlukan sama sekali.



                                 
BN tetap dihati - dulu, kini dan selamanya.


No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...