12 December, 2009

Kod etika para blogger – Kod etika anggota kabinet

foto: Pahang Daily Online


  1. PM 1 Malaysia, DS Najib menyuarakan supaya blogger beretika apabila menulis dilaman blog masing-masing. Tanpa sebarang prejudis dan tanpa sebarang keraguan kita menyokong penuh pandangan itu. Kita percaya para blogger juga harus dipandang sebagai berprofesionalisma. Sudah sampai masanya blogger mengangkat martabatnya sendiri dan bukan lagi menjadi pencacai yang tidak bermaruah.


Kita faham bahawa perbezaan pendapat adalah sesuatu yang semestinya. Merasakan pendapat masing-masing selalu benar adalah satu perkara yang pasti juga, namun dalam menyatakan pendapat masing-masing bukan bermakna membuat spekulasi dan menyebar khabar angin sesuka hati kita. Tulisan kita haruslah berasas supaya tidak menyebarkan fitnah kepada masyarakat. Diblog, para blogger selalu merasakan bahawa pendapat mereka adalah benar manakala pengunjung yang memberikan komen merasakan bahawa pendapat mereka juga benar. Sebenarnya, kedua-dua pihak mungkin benar pada sudut mereka masing-masing.


Mungkin agak susah untuk mempraktikan etika dalam berblog, namun kita berpendapat bahawa kerajaan harus melakukan sesuatu dalam mewujudkan kod etika blogger. Satu pertemuan besar-besaran dengan semua para blogger tanpa mengira fahaman politik dan jurusan penulisannya harus diadakan dan satu resolusi harus dibuat dalam menetapkan garis panduan dan kod etika blogger untuk dipatuhi bersama. Kita rasa banyak pihak akan menyambut baik usaha ini kelak dan saya percaya pihak Blogger Pembela Negara (BPN) bersedia untuk menjadi perundingcara pertemuan itu jika diberikan kepercayaan.


Kita percaya para blogger akan menerima baik cadangan ini, melainkan mereka yang hatinya memang telah hitam....(puak sebelah sana lah tu, agaknya) ~ bRAVEhEART menunggu melihat siapa yang hitam hatinya itu.




2. Dalam menyediakan kod etika untuk blogger, kerajaan juga harus melihat akan perlunya diujudkan kod etika yang bertujuan untuk mengawal tata etika anggota kabinet juga. Kita rasakan ini juga perlu memandangkan kebelakangan ini terdapatnya anggota kabinet yang dilihat tidak beretika ketika memberikan kenyataan. Walaupun ada perbezaan pendapat namun umum merasakan bahawa ianya harus diucapkan dengan berhemah terutama melibatkan seorang negarawan.


Tindakan seorang anggota kabinet baru-baru ini yang mencemuh Tun Dr. Mahathir sangat dikesali oleh seluruh rakyat dilihat sebagai biadap dan kurang ajar. Kerana itu, sepatutnyalah menteri di jabatan perdana menteri bertanggung- jawab dalam menggariskan kod etika anggota kebinet supaya anggota-anggota kebinet akan kelihatan lebih berhemah dalam membuat teguran terhadap mereka yang sepatutnya lebih dihormati.


Perbuatan mencemuh Tun Dr. Mahathir dilihat hanya sebagai ingin mendapat ’political mileage’ untuk dilihat sebagai hero semata-mata, namun ianya mendatangkan reaksi yang tidak menyenangkan dari rakyat selain memberikan peluang kepada pihak pembangkang untuk menghentam semula pihak kerajaan UMNO khususnya.


Ramai berpendapat bahawa menteri berkenaan patut meminta maaf secara terbuka kepada Tun atau tindakan tegas terhadapnya patut diambil. Ada juga yang berpendapat bahawa ianya patut dipecat dari jawatannya sebagai anggota kabinet. Perbuatannya itu bagaikan pembangkang kerajaan didalam kerajaan sendiri dan hanya akan menguntungkan pihak parti pembangkang. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, justru beliau patut memohon maaf atau dipecat!


Kita percaya anggota kabinet juga akan bersedia menerima baik cadangan ini, melainkan mereka yang hatinya memang telah hitam....(orang itulah, agaknya) dan mungkin juga kod etika ini juga nanti boleh dijadikan sebahagian dari asas kepada KPI yang sedang dilaksanakan kini ~ Rakyat sedang menunggu apa akan berlaku selepas nanti.

7 comments:

ababina328 said...

Saya sokong jika diwujudkan Kod etika Blogger,

Blogger yg tidak beretika ini wujud di kalangan kedua-dua puak,BN atau PR.

Oleh itu demi keharmonian, puak yg tidak berdisiplin ini perlu dikawal.

Nak mengutuk... boleh ! tapi biarkah beradap, jangan sampai mencarut, memakihamun.

Bukan apa ! saya bimbang jika sikap buruk ini berterusan, pembaca bosan dan beralih ke media lain yg lebih bersopan.

PakLah said...

Blogger yang paling berhemah dari pro UMNO adalah 'parpukari'. Bahasa yang digunakan pun sangat bersopan santun. Inilah contoh blogger terbaik yang pernah UMNO hasilkan.

Berani Iman said...

Salam

Tuan yang bijaklasana.

Kenapa tuan tak kembali kepada Al Quran . Tak perlu tuan menuunggu kod etika yang dicipta oleh manusia. Al Quran telah menjelaskan segala - galanya tentang etika untuk blogger, kenapa masih lagi mengharapkan ciptaan manusia. Cuba tuan fahami betul - betul dalil daripada nas Al Quran, Ianya menjelaskan segalannya tentang blogger :

1.Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [al-Hujurat 49:6]

2.Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar. [al-Baqarah 2:111]

3.Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. [an-Nur 24:14-15]

Saya rasa dengan dalil ini, sudah cukup segala - galannya jika dijadikan peramalan tuan.

sekian

cucu mamak kutty, said...

salam untuk berani iman....ni braveheart sorang bloger bodoh,bodoh cara berpikir dan dia tulis semua nya adalah lidah rasmi si det tu,klu kau ckp apa pun dgn dia takde faedah pun,buat aku yg si braveheart ni yg sesuai untuk dia lebih berguna klu kita maki aje,musibat betul kau ni braveheart

Berani Iman said...

Assalamualaikum......

Salam Perjuangan sahabatku cucu mamat kutty.

Mungkin cara kita berbeza tetapi saya percaya matlamat kita serupa.

selamat berjuang.

kelambuharimau said...

SEMUA NAK JADI HERO NI YANG SUSAH..BUAT AJE KERJA SAMA2 TAK PAYAH NAK TUNDING JARI KAT SAPA2

one one no belen said...

adakah wartawan jugak beretika? ini persoalannya

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...