Pahang Daily Online baru-baru ini menulis begini (sepenuhnya):
Kerajaan Najib Hampir Tumbang Malam Tadi -
KUALA LUMPUR, 15 Dis [10.45 am] - Dewan Rakyat bergegar dan Kerajaan Najib nyaris sahaja tumbang malam tadi! Usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat (Isnin, 14 Disember 2009) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis iaitu dengan 3 undi berbanding Pakatan Rakyat. Sebelum itu, usul bagi perbekalan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dikira lebih awal iaitu sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan hanya dengan 1 undi majoriti, iaitu 60 di pihak Pakatan Rakyat dan 61 di pihak BN. Proses pengundian yang dikenali sebagai “belah bahagi” itu berlangsung kira-kira jam 10.45 malam sehingga kira-kira jam 11.30 malam, dengan beberapa ahli parlimen BN bergegas tiba dan mulai masuk ke dalam dewan sekitar jam 10 malam. Sebelum itu, sesi jawapan menteri bagi kementerian terakhir iaitu KDN juga seperti sengaja dilengah-lengahkan bagi menanti ketibaan ahli-ahli Parlimen BN bagi mempertahankan Kerajaan Najib. Menurut jadual, sepatutnya jawapan menteri tamat kira-kira jam 9.30 malam, tetapi berlarutan sehingga lebih jam 10 malam. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di perkarangan Parlimen kira-kira 10 minit lebih awal berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sampai sekitar jam 10.10 malam. Speaker Dewan, Tan Sri Pendekar Amin yang membacakan keputusan itu menyebutkan dengan kiraan undi untuk meluluskan Bajet 2010 ialah keseluruhan BN-66 dan Pakatan Rakyat-63. Keputusan berkenaan bagaimanapun tidak boleh dibantah walaupun
Komen pengarangnya pula begini (sepenuhnya):
[Soalnya sekarang, mana perginya 18 orang lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat malam tadi?. Apakah mereka tidak tahu bahawa undi "belah bahagi" itu akan dijalankan sebelah malam?. Jika kesemua mereka ada, sudah pasti satu kejutan besar akan berlaku. Kenapa mereka "ponteng"dan "tuang" agaknya?. Sepatutnya kesemua mereka itu berada di dalam dewan agar kiraan undi menyebelahi Pakatan Rakyat. Ini tidak, perangainya tetap sama dengan ahli parlimen BN yang suka tuang dan"buat kerja lain" daripada bersidang. Inilah sikap yang tidak bertanggungjawab mereka yang kononnya mahu bergelar pemimpin rakyat sebenarnya. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim harus mengambil tindakan terhadap kesemua yang ponteng itu, agar peluang sebegini tidak terlepas lagi di masa yang akan datang hendaknya].
Kenyataannya adalah begini:
1. Akan tumbangkan kerajaan Satu Malaysia pimpinan DS Najib seperti yang dinyatakan PDO kerana kerana pengundian ’belah bahagi’ itu hanyalah mengenai usul meluluskan Bajet 2010 dan tidak ada kaitan dengan sebarang undi tidak percaya terhadap DS Najib?
2. Penyokong pembangkang serta media penyokong pembangkang juga telah sedar dan insaf bahawa mereka telah melakukan kesilapan dengan mengundi wakil rakyat pembangkang dalam PRU12 lalu kerana mereka juga sebenarnya tidak boleh diharapkan serta tidak komited terhadap tugas dan tanggungjawam mereka mewakili rakyat yang mengundi mereka dahulu. Selain itu tembelang wakil rakyat pembangkang telah semakin jelas kelihatan. Selain tidak mampu bertugas dengan cekap sebagai wakil rakyat, mereka juga terlibat dengan banyak skandal rasuah, pecah amanah serta penyalah gunaan kuasa. Ada antara parti komponen gabungan Pakatan Rakyat ini juga hanya perjuangkan kepentingan individu serta kepentingan bangsa mereka sendiri sahaja. Pakatan Rakyat yang diwar-warkan sebagai barisan alternafit sebenarnya tidak pernah ada kesepakatan terhadap arah tujuan politik mereka bahkan tidak ada sebarang kesepakatan dalam membangunkan negara.
3. Mungkin sebahagian wakil rakyat BN tidak perform dengan baik namun sebagai sebuah parti komponen, BN telah berpengalaman dan menunjukkan prestasi baiknya selama ini. Kalau marahkan nyamuk, kenapa kelambu hendak dibakar? Justru itu perbuatan menolak BN sebagai parti pemerintah adalah silap sama sekali. Yang patut kita lakukan adalah menyingkirkan wakil rakyat yang tak perform baik dan menggantikan dengan mereka yang difikirkan dapat berkhidmat dengan baik.
1 comment:
Allah merestui kerajaan BN...
Post a Comment