30 December, 2009

SIAPA SAYANGKAN UMNO - ORANG PAS PUN DAH MULA BENCI TOK GURU

Ambo dah tuo, ingate ambo dah kure, otok ambo pung doh kure...
....celako mu ni blogger, nate mu...ishhh! Anok ambo pong blogger jugok! hik hik hik


  1. Bukan mudah untuk menyatakan kebenaran, dan bertambah susahnya untuk menerima kebenaran yang dinyatakan kepada kita jika kebenaran itu berbeza dari apa yang kita harapkan.

  1. Beberapa laman blog hari ini mengulas mengenai kenyataan Ulamak Tuan Guru Nik Aziz yang mencelakakan blogger.

  1. Apapun pertikaiannya, persoalannya adalah tidak wajar seorang yang dihormati sebagai Menteri Besar, Tokoh Politik, Ulamak dan Tuan Guru mengeluarkan kenyataan sedemikian disidang akhbar.

  1. Ini bukanlah contoh yang baik untuk ditunjukkan kepada khalayak. Sepatutnya beliau lebih berhemah dalam menjawab serta mengulas apapun dan melayani semua pihak, wartawan dan blogger dengan lebih bertimbang rasa serta berperikemanusiaan.

  1. Saya masih tetap menghargai Tun Dr. Mahathir sebagai seorang tokoh politik. Sentiasa menantikan ucapannya, temuramahnya dan kenyataannya yang bukan saja bernas tetapi menarik dan mengasyikkan. Beliau menepis provokasi dengan senyum dan sinis. Tidak meluahkan kemarahannya. Ini yang patut Nik Aziz dan lain-lain tokoh politik Malaysia contohi.

  1. Pebuatan mencemuh pihak lain dimedia (sebagaimana dilakukan Nik Aziz itu) bukan saja menjatuhkan maruah pihak berkenaan malahan turut menjatuhkan martabat Nik Aziz sendiri sebagai pemimpin dan tokoh agama yang disebut Ulamak. Inikah contoh terbaik pekerti seorang ulamak? Manusia yang mengikut sunah nabi? Pernahkan Nabi mencelakakan Abu Dajjal dan Abu Jahal kerana enggan mengikut ajarannya?

  1. Kerana itu saya sering beranggapan bahawa Ulamak dan mana-mana pihak yang terlibat dengan mana-mana agama adalah tidak wajar menyertai politik kerana dikhuatiri politik dan agama akan diselewengkan. Nik Aziz akan lebih bersih sekiranga beliau hanya seorang Tok Guru dan Ulamak (dan tidak ceburi politik)

  1. Kebelakangan ini kelihatan sikap Nik Aziz tidak menentu. Faktor usianya dan kesihatan mungkin penyebab utama. Oleh yang demikian, demi kebaikan dan maruah dirinya adalah dinasihatkan beliau meletak jawatan sebelum pengikut-pengikutnya hilang percaya kepada beliau dan menganggapnya hanya sebagai; seorang tuan yang nyanyuk. Husam sudah menunggu bila Nik Aziz dan tinggalkan kerusi tu. Lebih cepat lebih baik.


Blog yang mengulas mengenai Nik Aziz yang mencelakakan:



5 comments:

Frodo Baggins said...

tun antara tokoh yg sentiasa tenang menjawab provokasi media. word celaka ni cam haram jer, dah tu kuar lak dari mulut ulama .. kekdah nyer ..


>>______<<


happy new year abang besar!

one one no belen said...

Salam..ini adalah tanda tanda ulamak periuk nasi.

YANG GAMBI said...

Salam Bos, itulah akibat terlalu riak dan takbur dengan ilmu, takbur dengan pujian....... lebih mesra dengan si kafir untuk menghancurkan Melayu UMNO...... akhirnya Allah memberi pertunjuk.........

Unknown said...

Nik Aziz ni keliru samada nak jadi ulamak atau pemimpin atau dua2 sekali atau dua2 pun bukan.lantak kau la nik Aziz. Tapi kalau ikut yg sewajarnya mesti la pemimpin sebab dah bertanding dan menang pilihanraya, nak jadi ulamak tak payah bertanding pilihanraya.kalau jadi pemimpin kena fikir masa depan rakyat dan negeri ni sibuk lagi nak ngajar ugama, bagi la org lain ngajar ugama, kau fikir la tentang macam mana nak majukan negeri betul tak, tapi dgn modal agama lak dia jadi pemimpin, tah aku pun pening dgn nik aziz dan pas ni.Semalam dok merungut cilako2 kat tv yg ni ulamak pun bukan pemimpin pun bukan.

.@blogger.com said...

Salam Froddo, menyegar, Yang Gambi dan Rafie. Hakikatnya politikus PAS ni adalah tikus yang merosakkan agama dan masyarakat. Ni lah yang dikatakan haramjadah ni. Betul tak? > bh pun dah jadi kurang ajar juga kerana dah diajarkan begitu oleh pemimpin-pemimpin celaka ~ bRAVEhEART

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...