Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia memberi amaran akan memecat ahli yang terbabit dalam rasuah bagi mengelak gejala yang menjejaskan pembangunan (rujuk Berita Harian 19 Disember 2009 ms 16). Saya tidak yakin usaha ini dapat dilakukan dengan berkesan dalam masa yang singkat namun saya berharap usaha dilakukan berterusan sehingga mencapai kejayaan.
Dalam menangani masalah ini usaha 2 hala haruslah dilakukan, bukan pihak kontraktor sahaja yang perlu disalahkan kerana pihak penjawat awam juga menjadikan rasuah sebagai sumber pendapatan tambahannya. Oleh yang demikian, pihak kerajaan terlebih dahulu harus membersihkan kakitangan mereka dari sikap buruk dan amalan rasuah ini.
Tidak hairan jika indek rasuah di negara kita semakin meningkat memandangkan perbuatan rasuah ini sudah dipandang halal oleh banyak pihak dan dibanyak jabatan-jabatan kerajaan. Malahan kita melihat dan mendengar semua individu yang berpeluang melakukan rasuah akan mengambil peluang berkenaan sedapat mungkin.
Siapa yang meluluskan tender bagi sesuatu kontrak? Siapa yang menjalankan pemantauan perlaksanaan kerja-kerja kontrak berkenaan? Mereka ini adalah barisan hadapan yang berpeluang besar terlibat dalam perbuatan jenayah rasuah. Apakah mereka rasa bersalah? Apakah hukumannya cukup berat jika disabitkan dengan kesalan berkenaan? Banyak pihak memandang bahawa apa yang mereka dapati sangat berbaloi berbanding hukuman yang akan mereka terima jika sabit kesalahan. Kerana itu mereka tidak merasa takut untuk melakukannya.
Dari jumlah jenayah rasuah yang didapati bersalah ada banyak lagi mereka-mereka yang masih bebas melakukan rasuah tanpa dibawa kemuka pengadilan, didapati bersalah atau merasa bersalah. Mereka diperingkat bawahan mungkin dilindungi oleh pegawai atasan supaya rahsia pegawai atasan tidak dibocorkan. Semacam ada kesefahaman diantara mereka. Jabatan manakah yang kita rasakan masih bersih dari rasuah di Malaysia ini? Memang susah hendak kita sebutkan jabatan manakan yang masih boleh dianggap bersih, malahan mungkin jabatan yang berkenaan dengannya juga tidak terhindar dari kemungkinan terlibat dengan gejala berkenaan.
Saya mendengar keluhan seorang kawan yang apabila tendernya untuk memajak sebuah resort ditolak kerana tidak menjadi ahli ’Shaklee’ yang mana pegawai yang mempertimbangkan permohonan itu adalah wakil pengedar produk berkenaan di daerah itu. Keluhan kontraktor lain juga kedengaran apabila pegawai yang bertanggungjawab dengan pembangunan sebuah hutan dimana resort yang sebutkan tadi, hanya memberikan projek kepada kontraktor tertentu sahaja yang sudah semestinyalah ada hubungan ’kasih sayang’ antara mereka.
Membebaskan rasuah harus dilakukan dari atas, kerana jika dipihak atasan bebas dari rasuah maka dapatlah mereka menguatkuasakan perlaksanaan dan peraturan yang ada. Jika mereka tidak bersih lalu bagaimana mereka hendak meminta orang lain menjadi bersih? Jangan jadi ibarat ketam yang berjalan bengkok namun meminta anaknya berjalan lurus.
Siapa sayangkan UMNO? Siapa musuh UMNO? Musuh kita ada disekeliling kita. Mereka mungkin terdiri dari kalangan pemimpin, penjawat awam sama ada yang menyokong UMNO atau yang sudah nyata menyokong lawan. Merekalah yang menjadi barah dan duri dalam daging terhadap UMNO dan bangsa Melayu. Mereka yang hanya mementingkan diri sendiri dan sanggup memakan bangkai saudaranya. Merekalah pemberi dan penerima rasuah.
Untuk mendapat keyakinan rakyat, DS Najib seharusnya memastikan anggota kerajaan dan penjawat awam bebas dari rasuah dan DS Najib harus lebih tegas lagi dalam melaksanakannya. Saya percaya PM mampu lakukannya bukan hanya kerana dia anak Pahang tetapi kerana dia ada keberanian yang masih tersembunyi. Justru, beliau harus menunjukkan keberanian itu. Benih yang baik, jatuh ke laut akan menjelma menjadi pulau!
(Sila klik untuk baca blog sahabat saya albabina328...)
4 comments:
Aku rasa yang banyak makan rasuah adalah terdiri dari pemimpin pakatan rakyat sebab kebanyakannya mereka inilah yang meluluskan projek kerajaan pusat. Memang celaka pemakan rasuah dari pakatan rakyat.
Pemimpin UMNO-BN tak akan makan rasuah kerana mereka adalah pembela bangsa melayu.
Sdr bERANIKAn hATi,
Saya hormati prinsip sdr, saya juga memegang prinsip, "yang benar tetap benar, yang salah tetap salah".
Oleh kerana berpegang kepada prinsip ini, maka jikalau saya dapati waris terdekat saya sendiri yang melakukan kesalahan, saya tetap mengatakan salah.
Saya harap sdr juga berpegang kepada prinsip ini.
Kepada Parpu Kunyit,
Sdr ni jenis entah ape-ape,
bagi sdr BN dan Umno semuanya betul, sehingga tahi BN dan Umno pun sdr kata wangi.
Berkata benarlah...
Mana ada tahi wangi, tak kira tahi siapa pun......
Salam, sdr ababina328 tersalah tafsiran tu. Parpu Kunyit tu buat satu provokasi dan maksudnya adalah bertentangan dengan apa yang diucapkan. Wallah0ualam ~ bRAVEhEART
Maaf kepada Parpu Kunyit jika benar seperti kata bRAVEhEART, bahawa semua itu hanyalah sindiran sahaja.
Kepada bRAVEhEART,
Saya ada menulis tentang Konvensyen PR di Shah Alam tu, kalau sdr baca betul2 sdr akan faham bahawa...
saya semacam menyokong PR...
Yang sebenarnya kalau pun saya penyokong PR ketika ini, saya tegaskan bahawa saya bukan penyokong tegar.
Saya lebih suka, kalau apa yang dirancang oleh PR ini, terus ditiru dan dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Walaupun ini dilihat akan merugikan PR, bagi saya tak mengapa, yang penting rakyat untung.
Post a Comment