Suara Anak Pahang - Perlu Baca
23 August, 2009
‘Keputusan Telah Dibuat’ The Return of bRAVEhEART
SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAH DALAM BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI
Saya nyatakan rasa kecewa saya, bukan kerana kepentingan peribadi tetapi untuk umum, untuk keseluruhan para blogger Pahang dan lain-lain blogger seluruh Malaysia sama ada pro kerajaan dan pembangkang. Saya mohon pendapat dan pandangan sama ada patutkah saya terus berblog atau berhenti begitu saja.
Saya menerima banyak komen dari penyokong kerajaan dan juga penyokong pembangkang dengan berbagai pendapat diberikan. (Sila lihat komen di ruangan berekenaan) Saya merasa teruja, bagaimana insan sekecil saya ini turut diberikan perhatian oleh sebilangan kawan dan lawan. Bukan setakat komen di kaki posting, malahan saya menerima banyak juga email dengan pelbagai pandangan serta ada juga yang berupa ‘tawaran’ yang rasanya sukar juga untuk ditolak jika hati kurang kental dan berani. Mungkin juga tawaran itu hanya sekadar gurauan tetapi nampak sebagai cukup menyakinkan. Bagaimana pun keputusan telah saya buat berdasarkan komen yang pembaca semua berikan;
Dari penyokong – mereka meminta supaya jangan putus asa dan memberikan harapan seta semangat untuk terus berjuang. Saya tidak teruja dengan ini semua kerana saya menulis bukan kerana mencari nama dan pujian. Jadi, maaflah kawan-kawan kerana sokongan dan pujian kamu semua tidak langsung menarik perhatian saya.
Dari pembangkang, penyokong pembangkang – mereka memperlekehkan saya, mencaci dan mencerca - dan seperti biasa bahawa caci maki adalah mainan puak pembangkang dari yang dipanggil tuan guru, ulamak hinggalah sahabat-sahabat mereka yang kafir harbi dan kini di ikuti oleh penyokong mereka yang jumud.
Saya telah membuatkan keputusan atas dasar bertindak balas dari cacian dan provokasi dari kalangan musuh yang saya anggap sahabat, saya akan terus berjuang, bukan untuk seseorang, bukan untuk sesebuah pertubuhan tetapi untuk kebenaran yang saya percayai. Mungkin kawan-kawan selama ini akan menganggap saya penderhaka apabila menentang kepercayaan yang saya pegang selama ini dan musuh-musuh juga akan menganggap saya sebagai penentang mereka bila saya juga tidak bersetuju sebarang gagasan yang mereka bawa
Kepada puak-puak sebelah sana, maaflah kerana saya masih belum melatah dengan provokasi sdr, malahan keinginan untuk berjuang itu semakin kuat dan tercabar.
Perjuangan saya adalah untuk kebenaran yang saya percayai, walaupun saya bukan lakukan itu secara bersendiri ~ bRAVEhEART.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
7 comments:
saya mohon anda teruskan perjuangan demi Agama dan Negara.saya sokong anda selalu dan jom kita berjuang bersama2.
Salam.
Betul2....R.A.M. Berjuang Untuk Bangsa, Agama & Negara.
Bro BH, ada "typo error" , "Insan" bukannya "Insane". Jauh maksud dia tu...
Selamat berpuasa semua :)
Wassallam...
Salam ramadhan dan selamat berpuasa BH,
Syabas, dengan keikhlasan tuan meluahkan semua yang tersirat. Kawan telah berguru dengan tuan, adalah menjadi satu semangat untuk terus berjuang di alam cyber dengan diiringi tuan.
Terima kasih kerana meneruskannya..
Salam,
Terima kasih RAM, ISAC dan YangGambi atas segala sokongan yang diberikan. 'typo error' ? sudah diperbaiki, tetapi bagaimana bro juga buat silap? type...bukan typo...tak bermakna langsung tu, huhu ~ bRAVEhEART
The return of the Sifu- thank you Braveheart!
Glad to have you back on the bloggers league!
Salam...
kekekekeke..isac nk lawan sifu yerk...kan dah kene balik..typo tk do makno eh!!!! Welcome back bh. dh abis ker merajuk tu..sib baik rajuk tk jadi jeruk..
camner pun mentor..blog tk sempat nk update lah..ingatkan mentor lama merajuk..leh gak ambik kesempatan dan alasan.
Salam syg untuk semua, dan bh sayang semua; RAM,ISAC,YG, ABG dan Srikandi Melayu. OK, kita teruskan perjuangan! ~ bRAVEhEART
Post a Comment