Suara Anak Pahang - Perlu Baca

20 August, 2009

TUTUP BLOG BH KERANA PROTES

INI SATU PROTES


Saudara rakan-rakan blogger, pengikut setia dan pembaca semua yang selalu singgah di blog bERANIKAN hATI ini.

Saya tidak tahu apakah saya akan bersara terus berblog atau hanya akan berehat seketika kerana memandamkan rasa kecewa kepada pihak tertentu. Persoalan utama adalah saya tidak berpuas hati serta kecewa kerana peranan kami sebagai blogger masih tidak dihargai. Pihak itu masih buta hatinya.

Mungkin peranan kami sebagai blogger di Pahang masih sedikit, tetapi sebesar manakah peranan sebahagian mereka didalam parti berbanding apa yang kita lakukan? Kebanyakan mereka juga bahkan tidak perjuangkan apa-apa selain dari kepentingan mereka sendiri.

Ketika banyak blogger pembangkang ditaja oleh parti mereka, blogger pro kerajaan bukan sahaja bergerak sendiri bahkan kadangkala terasa kurang dihargai, jadi untuk apa dan siapakah perjuangan ini?

Mungkin saya akan kembali, tetapi mungkin dengan perjuangan yang berbeza. Saya akan hanya junjung bumi yang saya pijak dengan membiarkan pula mereka menjunjung bumi yang mereka pijak.

SILA BERIKAN PENDAPAT SDR SEMUA DAN PENDAPAT ITU AKAN DIPERTIMBANGKAN SEWAJARNYA SEBAGAI ASAS KEPADA TINDAKAN YANG SAYA AKAN AMBIL KELAK. SAYA TIDAK AKAN MENULIS / BERBLOG MUNGKIN UNTUK SELAMANYA ATAU BAGI JANGKA MASA YANG SAYA SENDIRI TIDAK PASTI. KEPADA 127 PENGIKUT SETIA SAYA, SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH DAN MOHON MAAF ~ bRAVEhEART

36 comments:

srikandi melayu said...

Salam ABG BH...
Berjuang bukan hanya dgn keberanian, tetapi juga dengan kebijaksanaan..

Bukankah itu pegangan blog ini bh?? Hargai follower yg setia membaca dan mencari kebenaran disini..Kita adalah seperti satu rangkaian piramid..maklumat yg dtg dari kita dibawa kebawah melalui pengikut dan pembaca setia..Setiap blogger ada rantaian nye sendiri, putusnya rantaian itu, bermakna bertaburanlah mutiara yg diikat, Perjuangan itu memerlukan pengorbanan bang..salam dari adik...srikandi

PUTRA MERDEKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
PUTRA MERDEKA said...

jagan publist kan komen tadi sebab ada no hp teman...hehe
tq bro

PEJUANG CYBER said...

Salam Hurmat...

Berdiri megah
Lagak pahlawan
Menyumbang tenaga
Membela nusa bangsa
Pertahan kedamaian

Setia ikrar
Sedia berkorban
Demi maruah negara
Menghapus musuh durjana
Semangat perjuangan

Walau dihujani
Peluru tak bermata
Kau harungi
Dengan ketabahan

Teruskanlah
Perjuangan

Bangun segera
Pejuang perkasa
Teruslah berbakti
Semangat tetap membara
Jangan mati sebelumnya

Teruskan perjuangan sahabat! perjalanan masih panjang jauh lagi!!!

Salam Perjuangan...

Perjuangan Bangsa said...

Salam perjuangan,

Biarkan pemimpin buta ini tidak menghargai kita. Apa yang penting kita terus berjuang.

Kita tidak mengharapkan wang mahupun belas kasihan. Kita menyampaikan apa yang kita rasakan benar dan perlu disampaikan kepada rakyat.

Andai apa yang kita sampaikan benar maka kita tidak perlu takut untuk menyuarakan.

Biarkan pemimpin2 buta hati ni terapung dengan angan2 mereka, percayalah bahawa perjuangan kita adalah perjuangan sejati.

Rakyat perlukan kita blogger2s yang berani menampilkan kebenaran dan membuka mata rakyat yang dahagakan kebenaran biarpun pahit untuk ditelan.

Walaupun kebenaran tenggelam, lama kelamaan akan timbul jua.

Kita penggerak penyatuan bangsa, jangan kita leburkan harapan anak bangsa kita dengan perjuangan kental mereka.

teruskan perjuangan BERAHIKAN HATI !!!!!!!

Percayalah ramai yang akan berdiri dan menyokong anda. Selamat berjuang

PaKMie said...

Salam bro BH.

"...Hari ini, seperti juga semalam, para bloggers mempunyai keinginan untuk mempertahankan kebenaran mengikut hak-hak yang benar. Tetapi di samping itu kita juga perlu kepada ketahanan dan jati diri..."

Disanubari sdh tentu terasa bahawa kita semua tidak berguna dan pengorbanan kita tidak dinilai,walau apapun yang mereka anggap dan perlekehkan, semuanya akan beransur-ansur hilang apabila Kita semua para bloggers bersatu dan kuat. Kekuatan yang kita miliki itu akan memberi jawaban dgn sendirinya kpd mereka2 yang menghargai bertapa pentingnya peranan blogger, suatu masa nanti kalau pun tdk dihari ini. Negara akan terlepas dari kekuasaan melayu, dan lama-kelamaan melayu tetap kehilangan tanah air sendiri...Kita perlu tingkatkan ketahanan dan lebih tabah dlm menempuh cabaran2 dan dugaan. Hari ini ternyata peranan Blogger memainkan peranan yg penting tambahan dalam disaat Kerajaaan kian terhimpit dalam memperjelaskan isu2 yg sengaja dilemparkan oleh pembangkang.

Para bloggers BPN sdikit sebanyak yg msmpu menlonggarkan ikatan kekusutan itu melalui penjelasan2 dlm blog masing2 terhadap setiap tuduhan jahat oleh pembangkang pada hari ini.

Dari rakan pelayar setia BH www.Pakmie.blogspot.com

Berjuang dan teruskan perjuangan...dari PaKMie dan rakan2 di Kota Bharu.

Pemburu Syahid said...

Salam....

Yang jenis taja menaja nih parti dan puak puak korang jer.

Bloggers Pakatan Rakyat takde yang ditaja.

Lagipun, menulis blog nih bukannya kena keluar duit pun. Tak timbul soal taja menaja.

So, janganlah nak "warnai" diri kami dengan "warna" diri korang.

che_wan said...

Salam bro.

Didalam ajaran Islam, kita diharuskan memantapkan niat terlebih dulu sebelum melakukan setiap ibadat.

Jika niat kita untuk mencari keredhaan Allah maka setiap ibadat kita InsyaAllah akan beroleh manfaatnya.

Keterlaluan jika aku katakan berblogging ini boleh disamakan dengan ibadat kepada Allah tetapi konsepnya adalah sama iaitu niat.

Jika niat kita berblogging ini untuk mencari nama dan kedudukan, maka jika tak tercapai apa yang di niatkan mulalah kita akan berasa putus asa. Aku tak maksudkan bro insan sebegitu tetapi semuanya bergantung kepada niat serta matlamat berblogging.

Lagi satu perkara,apabila kita beroleh nama dan kedudukan didalam sesuatu bidang yang kita ceburi,akan wujud dua ujian yang harus kita tempuhi. Riak dan takabur.

Dan apabila kita diselubungi oleh dua sifat ini, maka kita akan berasakan bahawa hanya kita sahaja yang betul maka hanya kata2 kita sahaja yang perlu diterima pakai. Nauzubillah, mohon dijauhkan sifat sebegini dari jasad dan roh kita.

Akhir sekali bro, kita berjuang di arena maya ini bukan untuk pemimpin. Kita berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Pemimpin akan bertukar ganti tetapi agama, bangsa dan tanahair tiada galang gantinya.

Terpulanglah kepada bro membuat pilihan dan aku dan rakan2 blogger yang lain tetap menghormati apa juga keputusan bro.

Tepuklah dada dan tanyalah hati apakah niat sebenar perjuangan dan dimanakah matlamat tujuan perjalanan. InsyaAllah bro akan dapat jawapan.

From Pmtg Pasir with love and respect. Salam Perjuangan.

paneh said...

Salam BH,

Liutanent Adnan semasa digantung kaki ke atas dan kepala ke bawah di pokok ceri serta ditikam dengan benet oleh setiap tentera Jepun yang lalu di tepinya tidak pernah mengeluarkan sepatah kata waima perkataan "ADUH" sekalipun. Malah Allahyarham merenung setiap mata tentera Jepun yang menikamnya sehinggalah menghembuskan nafas terakhirnya.

Apa yang leftenen Adnan dapat daripada perjuangannya? Adakah Allahyarham mati sia2? Bahkan beliau mati pada usia muda tanpa sempat melihat wajah anak keduanya.

Andainya leftenen Adnan melihat Malaysia hari ini yang telah dipertahankan dengan nyawanya sendiri, pasti dia tidak akan menyesal.

Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan tidak seharusnya mengharapkan balasan. Kita jangan lupa bahawa Allah mengurniakan rezeki dan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Jika ianya bukan milik kita, usaha macamanapun, jika takdir mengatakan sebaliknya, kita tetap tidak akan memilikinya.

We always believe that Allah will not change one’s fate unless he himself makes the effort to do so.

Shah Qamary said...

salam bro bh..
ni 1st time sy bca blog bro..
malangnya 1st time menjengah blog ni terbaca topik yg xberapa sedap dibaca.. tutup blog..

siapalah sy utk memperkatakan mengenai niat saudara ni..
tp menyedari suasana politik negara kita yg kian tidak menentu ni, adalah besar peranannya pd kita semua utk sama2 berjuang utk agama, bangsa dan negara kita.

sekiranya soal pemimpin yg tidak menghargai kumpulan bloggers berbangkit, perkara ni perlu diutarakan pd saluran yg sepatutnya. kita patut menyatakan keseriusan kita dlm mempertahankan parti dan perjuangan kita, setara dgn perjuangan pedang dan mata pena.

peranan bloggers zaman ini adalah setara dgn peranan penulis dan penyajak pd zaman pra-kemerdekaan negara. sekali lg sy ingin memohon pertimbangan saudara berundur dr medan perang ini..

anak toyol said...

Saya adalah org yg menyaman umno rm218juta.Itu perniagaan dan pelanggaran perjanjian.Tp tdk sekelumit pun dari dulu hingga skrng mengkhianati perjuangan umno yg diasaskan olih pejuang2 umno terdahulu.Siksa hidup saya selama ini hanya Allah yg tahu..tapi sbg pejuang melayu pantang derhaka, pantang menyerah kalah...

Topeng Perak® Unmasked said...

Kah kah kah kah kah...!!!

Tak "dihargai"...???

Kah kah kah kah kah...!!!

Kah kah kah kah kah...!!!

Lucu..!

ISAC said...

Salam BH,

Apa "pejuang Scotland" nak merajuk? Nak bawak diri, bersembunyi di hutan Pahang? :( .... Rentikanlah bro...Macam "SPRM" pulak sikit-sikit nak merajuk...

Komunis pun dah masuk bandar bro...dah ramai pun yang menjadi "ahli mjlis", "YDP", "exco" kerajaan negeri dan bahkan dah ada yang menjadi "ketua menteri" , cuma "Melayu2" kat sebelah sana aje yang "buta" mata hati....Kononya memperjuangkan Islam dan hak kesamarataan...

Kita ada pilihan, samada mahu terpinggir macam Melayu/Islam di Singapura, Melayu Moro di Filipina Melayu Pattani di Selatan Thai ataupun seperti masyarakat Rohinya di Burma?

Cuma ironinya mereka itu adalah masyarakat minoriti di negara masing-masing dan sebaliknya kita yang asalnya majoriti kini telah terpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil yang sedang menanti untuk "ditalkinkan".

Jika kita masih ada masa untuk "merajuk" dan memencilkan diri dari arus perjuangan, adakah nanti nasib kita akan menjadi lebih baik?

Ko lupakanlah sahaja pasal nak merajuk tu....Orang tua ni kalau merajuk buruk rupanya....Buat Putra Merdeka, aku dah amik no hp ko....:)

AbgTuah said...

SALAM HAMPIR MENITIS AIRMATA BILA MEMBACA KISAH LEFT ADNAN YANG DITULIS OLEH PANEH.

SUNGGUH MULIA, BERANI DAN TIADA TARANYA PENGORBANAN ARUAH. SEMUGA ROH ARUAH DIRAHMATI ALLAH DAN DITEMPATKAN DINATARA PARA SHUHADA.

BUAT BH..CONTOHILAH PERJUANGAN LT ADNAN TERSEBUT..

"PATAH SAYAP, PARUH BERTONGKAT PARUH..NAMUN DAKI, TETAP KITA DAKI JUA"

"MUJUR LALU, MELINTANG TETAP KITA PATAHKAN"

TERUSKAN PERJUANGAN.

WASSALAM..

mudz said...

Bodoh punya blogger....buat kerja nak dihargai....tak payah tulis blog lagi baguih..

Bodoh punya Melayu

Kembara Politik said...

Salam Tuan,

Kadang-kadang kita kena tengok semuala apakah tujuan kita berblog.

Adakah kerana mahukan pengiktirafan. Apakah kerana mahukan pemimpin menjemput kita berbincang dan sebagainya? Kalau tujuan asal kita berblog untuk menyampaikan kebenaran, maka kita akan sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada (dengan apa yang kita buat).

Kita akan buat sesuatu kerana kita benar-benar ikhlas tanpa perlu dikongkong oleh pemimpin tertentu.

Saya mahu menceritakan pengalaman saya. Sepanjang berblog memang ramai pemimpin yang pelawa untuk diadakan perjumpaan dan perbincangan.

Namun, saya tidak pula dapat hadir atas alasan yang pelbagai. Sebagai blogger anonymous, saya merasakan tidak perlu saya mendedahkan identiti semata-mata mata diajak oleh pemimpin tertentu.

Jadi biarlah kita dengan istiqamah kita. Berjuang menulis kebenaran tanpa mengharapkan apa-apa.

Cukuplah sekadar berasa puas sekiranya rakyat mula melihat dan sedar akan apa yang benar.

Teruskan perjuangan Tuan!

YANG GAMBI said...

Salam,

Pejuang-pejuang UMNO yang bersama-sama Dato' Onn ketika menentang Malayan Union sampai sekarang anak cucu mereka ada yang tidak dikenali malah langsung tidak bernama.....

Sebagai pejuang tulin penegak kebenaran, biarkanlah janji kita menyatakan yang benar untuk anak cucu....

Kalau nak kira dihargai, kawan berjuang beersama UMNO sejak seusia 18 tahun anak jati Pahang, apa yang mereka pandang, kawan diketepikan kerana berpihak kepada bekas Ketua Bahagian, malah periuk nasi kawan dibubuh pasir...

Kawan hanya berkata di hati "rezki bukan datang dari dia dan Allah mendahulukan doa orang-orang yang dianiaya, sekali pun ianya seorang kafir". Akhirnya kita lihat kebnarannya....

Teruskan berjuang BH, walau pun kita tidak dikenali atau dihargai untuk anak, cucu, cicit kita....

crocs said...

jangan harapkan sesuatu atas kebaikan yang dilakukan.. allah melihat dan setiap perlakuan akan diberikan balasan berlandaskan nawaitu

ibnu sidek said...

Salam, ana rasa apa yang diperjuangkan mestilah perpandukan kepada rasa takut dengan Allah dan berpendirian untuk membela nasib rakyat dan tidak mengira siapa yang hargai dan tidak. Dan yang paling penting sekali apa yang kita tulis hendaklah ilham dari Allah SWT dan jika kita tak tahu dan hanya menuduh dan mengharapkan penghargaan bermakna kita sudah lari dari perjuangan itu sendiri dan tidak ada keikhlasan dalam apa yang kita perjuangkan. sebagai pejuang dalam Pas dan Pakatan Rakyat tidak pernah ada yang sponser dan kami bergerak mengikut dan kehendak kami dan tak pernah mengharapkan penghargaan dari mana-mana pihak dan kami tahu apa yang kami lakukan dan perjuangkan adalah kerana Allah SWT dan kami mengharapkan dapat Pahala dan ganjaran dari Allah SWT semata-mata. terserah kepada BH untuk meneruskan atau tidak dan untuk peringatan kepada blogger Umno karat salah seorang dari blogger anda telah menghadapi saman RM 10 juta dari TP Pas.(kickdefella) dahlah tiada sponser kini kena saman pula, jadi sebelum menulis tu cari fakta yang boleh melindungi kita jangan jadi orang yang hanya tahu menulis dan menyokong Umno tapi anda tidak dipimpin dengan rasa takut kepada Allah SWT dan mengikuti ajaran Rasullah SAW supaya kita tidak menuduh dengan tanpa bukti...wassalam

.@blogger.com said...

komen kedua dipadamkan atas permintaan penulis sendiri, harap maklum

Kembara Politik said...

Salam.

Buat Ibnu Sidek,

Sebelum menulis carilah fakta yang sebenar. Syeih Azidi Syeih Aziz aka Kickdefella adalah orang Dato' Husam Musa (PAS). Beliau berkerja dengan Dato' Husam (dalam kerajaan negeri)dan dikatakan menjadi lidah rasmi Dato' Husam. Saman YB Nasha terhadap Kickdefella lebih kepada rasa tak puas hati Nasha berikutan perang dingin antara kumpulan pro Hadi (Nasha) vs pro Nik Aziz (Husam). Jadi, elok Saudara buat dulu penyelidikan sebelum membuat sebarang tuduhan terhadap UMNO/BN. Takut-takut nanti Saudara memfitnah pula.

Kembara Politik said...

Buat Ibnu Sidek,

http://kickdefella.wordpress.com/2008/04/18/siti-nur-azreen-has-returned/

Baca dan nilai sendiri, di sebelah manakah Syeih Azidi aka Kickdefella ini? Jangan terlalu mudah menuduh UMNO.

The Hobbit Frodo said...

salam

Bro BH, seyes ke??

Please NO!

Bro Jinggo said...

Salam Hurmat...

“Ingatlah bahawa perjuangan itu bukan perjuangan namanya!!! kalau ianya begitu mudah dan tidak ada halangan serta ujian yang harus dilalui. Sememangnya Allah mengetahui segala-galanya jadi berdoalah banyak-banyak mendapatkan pertolongan dari Allah SWT.

Hidup ini kadang-kadang tidak adil, tetapi hanya Allah yang adil, maha kaya lagi maha pengasih. Oleh itu kepada para perjuangan semua, Jangan patah semangat, teruskan perjuangan. Angaplah ini semuanya permainan, permainan hidup dan kita tidak ada apa-apa melainkan menjadi sebahagian daripada permainan itu. Yang kita ada hanyalah diri kita dan keluarga kita…”

Salam perjuangan

BJ

magn said...

jadi macam saya dan ramai lagi keluarga dan kawan kawan saya yg tidak buat maklumat dan takut kan azab dr allah.

keluar umno masuk PAS.

magn said...

maksud saya tidak buta maklumat

leeza said...

Jgn BH rasa hampa atau berkecil hati. Walaupun tidak ditaja, mungkin ada hikmah disebaliknya, kalau kita ditaja maka timbul pulak fitnah jahat dari musuh. Yang penting maklumat serta perjuangan kita perlu ada dilandasan yg betul. Jgn kita anggap perjuangan kita tidak dihargai malah ada pemimpin sudah membuka mata dan minda atas usaha kita cuma cara kita mungkin agak ketinggalan sikit dari segi fakta, dan permasalaha. Mungkin YPD Pang5 boleh approach wakil wakil ADUN kawasan blogger kita mengunakan kita sebagai satu platform dlm usaha membantu rakyat dan dimasukkan didlm blog kita. Saya juga lihat ada blogger kita ini yg pro satu satu pemimpin dan hentam pemimpin lain jika kita tidak berkenan umpama kita ini tidak sepakat. Orang cakap sepakat membawa berkat. Ada pemimpin anggap remeh bila sentuh bab IT.

Janganlah cepat mengalah, setiap perkara yg berlaku sama baik atau tidak mestilah dikemaskinikan, tak baik dibaikkan, yg baik maka terus diperbaiki. Teruskan perjuangan dan brave ur heart, mcmana kita lihat filem braveheart mel gibson begitu consistent walaupun dilemahkan tetapi semangat tetap kuat...FREEDOMMMMMMMM.

DozzVader said...

Salam,

Dear BH,

we,as freelance bloggers,should FIGHT for the truth, Fight for our rights, our family and our children rights to live without worries in our beloved TANAH MELAYU! We fight against Communist-Chauvinist, Racist, Anarchist and poisonous radical leftwing ideology that is threatening our history and our future.We BLOG for WHAT IS right! Fight for what is rightly ours in the name of Alif, Ba, Ta.. Agama, Bangsa dan Tanahair.

Have Faith in what you're doing, Bro.

Salam,

dozzvader.blogspot.com

pakteh said...

Jika semua penulis samada penulis media baru atau lama mempunyai semangat yang hanya sekejap, sudah pasti tidak ada kejayaan yang terhasil.
Banyak tulisan2 yang hebat mula dihargai selepas ketiadaan mereka ataupun puluhan tahun atau belasan tahun selepas ianya ditulis.
Jika Blogger yang hanya mula aktif sekitar 2 ke 3 tahun atau paling lama 5 tahun, sebenarnya usia itu masih baru dan masih ditahap mentah.
Atau...sesuatu nukilan dihasilkan dengan harapan mendapat perhatian atau mendapat respons segera, pasti hasilnya akan mengecewakan tetapi jika nukilan setiap blogger adalah hasil keikhlasannya untuk menulis, pasti usahanya akan berjaya walaupun terpaksa menunggu tahun 2020 atau 2050 nanti.

alblanco said...

kih..kih..kih...lucu..lucu,ko tak tahu ker..blog nie ko buat sdiri pastu ko tulis sdiri pastu ko aper2lah semua ko, jadi aku nak tanya ko.hebat sangat kah ko nie sampai nak org hargai? hebat sangatkah penulisan ko? aku tengok ko nie dok mencarut jer banyak? jadi baik ko muhasabah diri ko tue k..yang pastinya kalo buat kerja tue biar ikhlas,sebab tak ikhlas jadi nak merajuk tue..kesian jugak kat mamat nie..kih..kih..
lagi satu ko kata nak menyepikan diri..mcm budak2 tak dapat icecream ko nie...
oklah aku renti sini dulu....
byer..

Dollah said...

TAKDE MAKNANYA KITA MENULIS JIKA TIDAK DIHARGAI. PEMIMPIN HANYA MEMENUHKAN KANTONG MEREKA TETAPI KITA APA YANG DAPAT, CUMA CACIAN DAN MAKIAN... LEBIH BAIK JADI PEMBACA DAN BIARKAN MEREKA2 YANG DIBAYAR MEMBUAT KERJA. ITU LEBIH BAIK

ISAC said...

Lagi sekali salam Bro....

Tak habis lagi merajuk?

Mmmm habis lah air sungai Pahang jadi masin dik air mata ko bro....

Wassallam....

Ezad said...

jgn mcm tu bro..

berjuang bukan utk dihargai..

zulmin said...

wuhaHAHAHA.....
SALAM...
bagus la tu ...
bjuang meletakkan islam teratas je yg sempoi... takyah merajuk2 baik ke buruk ke DIA yg settlekan...
tp kalau rasa pjuangan x betul elok la behenti....

ibnu sidek said...

kepada kembara politik,

sebenarnya apa yang ana nak beritahu bahawa PAS TIDAK KIRA SIAPA , kalau buat fitnah maka dia akan berdepan dengan saman seperti mana yang kini telah dibuat oleh Tok Guru nik Aziz menyaman media pro umno dan kalau orang sendiri pun kena saman inikan pula pro umno yang tulis tidak guna otak dan fakta yang betul, ana mintak maaf kerana ada yang tertinggal dalam posting terdahulu. selamat berpuasa.

zeza said...

salam bh

biar rebah dgn tergemgam mutiara ditangan.daripada berdiri tegak dengan kehancuran didepan

biar niat dahului perbuatan
agar tenang dalam gelombang

biar basah dalam berhujan
daripada kering dibakar kepanasan

biar blog bh berterusan
untuk dinilai bila hilangnya pejuang.....

zeza

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...