Suara Anak Pahang - Perlu Baca

27 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: ORANG PAS PUN BELUM TENTU MASUK SYURGA





YAB Datuk Seri Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Ulamak Nik Aziz Bin Nik Mat merangkap Mursyidul Am PAS berkata: ’Penyokong UMNO tidak masuk syurga’. Apakah syurga Allah hanya untuk ahli-ahli dan penyokong PAS sahaja? Mungkin untuk ahli-ahli dan penyokong DAP dan PKR juga? Apakah mendaftar sebagai ahli PAS boleh dianggap permohonan untuk masuk syurga? - walaupun orang itu melakukan kerosakan dan membawa bencana dimuka bumi ini?

Beberapa hari lepas saya berhubung dengan seorang sahabat melalui YM dan perbualan itu saya rakamkan disini (dengan izin beliau). Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya itu kerana membenarkan perbualan kami disiarkan kepada umum.

Berikut adalah sebahagian dari perbualan kami (tanpa sebarang pengubahsuaian):



Sunan Ampel: salam bossss

Saya: salam

Sunan Ampel: sibuk ke..?

Saya: tk juga, nk siapkan posting blog utk esok

Sunan Ampel: wah rajin yer.. hehehehe takpe2 adalah habuan di kemudian hari

Saya: habuan?? mmm syok sendiri je ni, yg penting kita tulis ada org nk baca

Sunan Ampel: kekekeke niat baik habuan nya baik lah

Saya: mmm

Sunan Ampel: bukan pasal habuan tapi pasal perjuangan kan, sy tenguk bh consistant. ... Tadi member ajak g minum sorang dua2 ustaz balik mesir. sorang penyokong pas.. sorg lagi macam saya natural

Saya: mmm, ada apa citer menarik org balik mesir?

Sunan Ampel: hehehe berbincang pasal agama .. hudud dan pas soal rasuah hehehehe
bh nak tau tak..

Saya: nak...mungkin boleh jadi modal posting akn dtg...

Sunan Ampel: kenapa member yg lagi sorang natural tak masuk mana mana parti..?

Saya: mmm

Sunan Ampel: sebab dia kenai ustaz2 yg balik mesir tu..sapa member2 dorg juga
macamana nak hapus rasuah kalau masa jadi student dulu pun bagi rasuah juga kat airport. hehehehe bagasi terlebih hulur kat pekerja nama sape2 dia bagitau..la cuma nak posting tak boleh letak nama.. sumber lama masa menuntut org2 tu la jugak sekarang konon hentam umno rasuah..hehehehe macamana tu bh..?

Saya: adil lah tu, hehehe kalau mereka jadi pemimpin dan berpeluang pun mereka balun juga apa beza antara org pas dan umno? manusia biasa

Sunan Ampel: betul tu saya lebih pada menyokong umno dan org umno

Saya: utk esok sy ulas komen zaid ibrahim tadi...kata tak patut kita kecam anwar sebagai ketua pembangkang tetapi bila anwar kecam najib? tak ada pun mereka sebut itu tak wajar. Patutlah agaknya pada mereka.

Sunan Ampel: sebab pas tak sepatutnya membenci umno..zaid ibrahim org nuar kan..?

Saya: Mmm



Kita mengucapkan selamat ke syurga kepada orang-orang PAS, walaupun mereka berbuat kemungkaran didunia ini. Nasib mereka lebih baik dari orang-orang UMNO kerana Tuan Guru mereka adalah pemegang kunci syurga. Selepas ini akan ramai dan berebut-rebutlah semua pembuat dosa dan kemungkaran untuk menjadi ahli PAS kerana ingin ke syurga yang Tuan Guru dan Ulamak mereka janjikan dan akhirnya ahli-ahli PAS akan terdiri dari; penjenayah, pelacur, perasuah, penipu, pemakan harta anak-anak yatim, penzina, perogol, peliwat...hah? PELIWAT??? Oooooo! dia tu!.... yang akan mengiringi tuan-tuan guru dan ulamak yang menyesatkan ke kerajaan langit

3 comments:

ibnu sidek said...

Wahai anak kepada bapak yang banyak mengajar supaya jangan sesekali memfitnah jika tiada bukti dan sesungguhnya orang yang mengajar kebaikan diharamkan oleh Allah memasuki neraka dan sesiapa yang membuat fitnah akan dimasukkan dalam api neraka Allah dan ketahuilah oleh kamu wahai anak cucu Adam bahawa syaitan akan menolong kamu untuk membuat kejahatan dan kalau BH rasa apa yang dikatakan itu betul dan terasa diri tu betul sangat kenapa tak dikeluarkan bukti agar kami tahu yang ulama dalam Pas adalah salah dan berdusta dan sekiranya anwar itu yang bersalah dan DAP itu cina bagaimana pula dengan MCA dan MIC adakah mereka orang melayu. Wahai anakcucu adam ,kalau kamu berani katakanlah yang islam yang dibawa oleh Muhammad SAW adalah salah dan kamu sebagai umat melayu tidak sukakannya kerana apa yang dibawa oleh ulama kami adalah kesinambungan dari Rasullah dan kitabyang dibaca adalah dripada kitap yang ditulis oleh ulamak-ulamak yang terdahulu.jika kamu kata yang ulamak kami ajaran sekarang salah maka samalah seperti kamu mengatakan ajaran yang dibawa Muhammad saw itu juga salah? Kamu hanyalah seorang yang kerdil belum ada ilmu untuk menghukum orang itu masuk syurga dan tidak dan fikirkanlah adakah Najib dan pemimpin Umno layak masuk syurga? jika tidak kenapa kamu mengikutinya dan menyokong orang yang zalim adalah seperti membakar diri sendiri. sedarlah wahai BH yang kini hanya menunggu kematian yang akan dilaksanakan oleh Malaikat dan menjemput kamu ke alam kubur dan akan ditanya apa yang kamu amal kan didunia ini dan apa bekal kamu untuk akhirat dan sesungguhnya apa yang kamu lakukan sekarang adalah memfitnah ulamak yang ingin membawa kamu kejalan yang betul apa yang dihendaki oleh nabi Muhammad SAW.Jika kamu rasa yang Samy vellu tu betul dan sekarang Ong juga betul ,teruskanlah sesungguhnya kamu dalam kesesatan. walaupun kami belum tentu masuk syurga tetapi kami menuju kearah itu iaitu satu perintah Allah yang mahukan manusia menegakkan dan menjalankan hukum Allah dibumi ini.Kami hanyalah insan kerdil yang hanya mampu bersuara dan menunjukkan rasa tidak hormat kepada penzalim.

.@blogger.com said...

Betul seperti disiar di tv dan akhbar bahawa Nik Aziz kata 'penyokong UMNO tidak masuk syurga', betul PAS mengkafirkan orang UMNO, betul PAS tidak mahu bersembahayang berimamkan orang bukan PAS, betul PAS kata undi PAS masuk syurga...semuanya betul dan benar belaka!!!

Apache said...

bodoh betul la..bila masa pulak umno kata nabi muhammad salah..Nik ajis tak betul adalah...ulamak PAs...ular dalam semak banyak la...banyak hukum islam sangat lah dikelantan te...dah la separuh rakyat kelanatan duduk luar tumpang negeri2 lain....bila orang cakap fitnah...nyamuk diseberang nampak..bangkai gajah depan mata tak nampak....nak hukum islam suruh pemerintah buat..beri panduan dan kerjasama..kalau dah sempurna dan satu padu tentu semua kerja jadi mudah..ini dari dulu sampai sekarang..tak abis-abis..bila susah mintak kerajaan umno bantu..bila senang lupa diri..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...