24 August, 2009

PERJUANGAN 2 PARTI POLITIK MELAYU MENGHANCURKAN BANGSA SENDIRI.

Apabila kedua-dua Melayu kalah, kedua-duanya nanti akan jadi hamba di negeri sendiri dan anak-cucu akan menyumpah sepanjang hayatnya



Sejak dulu lagi 2 parti politik yang mewakili bangsa Melayu ini tidak pernah bersefahaman. Mereka (pemimpin-pemimpin mereka) sentiasa mencari perbezaan diantara mereka bukannya ,mencari persamaan yang ada. Ditambah lagi dengan api yang dinyalakan oleh bangsa-bangsa lain dan dari sekumpulan melayu sendiri yang kecewa dan memperjuangkan kepentingan peribadi, maka jurang diantara parti terbesar bagi orang melayu ini; UMNO dan PAS semakin lebar dan dalam.

UMNO – perjuangannya berteraskan semangat kebangsaan Melayu, namun rela berkongsi kuasa dengan bangsa-bangsa lain tanpa sebarang syak dan wasangka sejak dari zaman merdeka lagi. UMNO sebagai teras parti komponen Negara sentiasa mencorakkan arahtuju dan wawasan untuk negarabangsa dengan mendaulatkan Islam sebagai agama resmi kerajaan tanpa sebarang toleransi.

Sedangkan PAS pula – menjadikan Islam sebagai asas perjuangan dengan sikap ekstrem mereka sentiasa menolak kerjasama dengan UMNO dengan berbagai alasan termasuk antaranya UMNO tidak perjuangkan Islam, tetapi dalam masa sama mereka mampu berkerjasama dengan bangsa lain yang sah sebagai kafir harbi dan menolak perjuangan Islam.

Apakah yang mereka perjuangkan sebenarnya selama ini? Saya melihat yang mereka perjuangkan hanyalah untuk mendapat kekuasaan. UMNO ingin menjadi parti tunggal yang mewakili bangsa melayu dan begitu juga PAS yang ingin mencuri sedikit sokongan melayu untuk berkuasa.

Bukankah PAS juga secara tidak langsung perjuangkan melayu kerana ahli-ahlinya adalah dari kalangan bangsa melayu? Berapai ramai bangsa cina dan India yang menjadi ahlinya? Apakah PAS dapat terus kekal kuasa tanpa sokongan melayu? Kita percaya jika ulamak-ulamak dan tuan-tuan guru dalam PAS benar-benar jujur untuk untuk perjuangkan Islam, mereka mampu lakukan ini dalam UMNO kerana UMNO adaah sebuah parti yang kuat (ketika itu) dan menguasai kerajaan.

Kenapa tidak mereka lakukan itu? Jawabnya adalah kerana mereka hendak lakukan itu sendiri setelah mereka kuasai kerajaan. Bermakna mereka hendakkan kuasa , mereka hendakkan jawatan dan tanpa menolak kepentingan peribadi mereka serta kroni mereka sendiri. Inilah hakikat yang semua rakyat harus sedari. Ini sangat penting kerana sama ada secara sedar atau tidak pertembungan 2 parti ini akan menyebabkan kedua-duanya hilang kuasa dan bangsa melayu tidak lagi jadi pemerintah dibumi sendiri. Alangkah bodoh bangsa yang bernama Melayu ini.

Amanat kepada pengundi di Permatang Pasir:
Undilah calon Barisan Nasional! Jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang kerana mereka hanya ingin menrampas sedikit dari kesempatan yang ada tatapi hakikatnya mereka tidak akan mampu memerintah negara dengan aman dan damai. Jangan pertaruhkan masa depan anak cucu kita kepada mereka yang tidak bertanggung-jawab. Dan jangan juga terpengaruh dengan dengan PAS, syurga bukan milik mereka bahkan mereka juga belum tentu masuk syurga.



(Klik utk baca Penang Merdeka)

(Klik utk baca blog yangkita)

Apakah ulamak PAS ulamak tulin? (Klik utk baca)
http://bumiyang.blogspot.com/2009/08/ulama-tulen-tidak-tamak-kehidupan-dunia.html

12 comments:

mudz said...

Setuju dengan beranikan Hati
UMNO gagal menyatu-padu bangsa Melayu setelah 52 tahun memegang kuasa....malah UMNO telah menghianati dan menghancur Bangsa Melayu itu sendiri...diharap pengundi Permatang Pasir tidak lagi ditipu...cukup 52 tahun ditipu UMNO.

ibnu sidek said...

Ana setuju benar tu Mudz,
kalau diberikan kepada orang yang sudah gagal menyatukan melayu, bertukarlah kepada mereka yang inginkan menyatukan orang islam bahawa sesungguhnya penyatuan orang-orang islam lebih besar peranannya dan diberkati Allah SWT Insya'Allah. Berjihadlah kamu dengan menyatukan umat islam supaya tidak dipermainkan oleh orang yahudi lahnatuLLah. selamat berpuasa.

srikandi melayu said...

Salam...
kekekeke nak golak den dongar mudz dan ibnu sidek ni...

Ibnu Sidek-"Berjihadlah kamu dengan menyatukan umat islam supaya tidak dipermainkan oleh orang yahudi lahnatuLLah." wakakakakakakakakaka. bukan ker Nik Aziz yg takut nk brjihat tentang kafir laknatullah DAP. Isu Beer pun said NO KOMEN.. jihat ongah ko..Yg Nuar Beraham ni pulak, nk jihat utk diri sendiri pun kecut tolo..bersumpah muballah bukankah jihat jugak wahai ibnu sidek oiii?? malu aku nk sebut perkataan jihat sedangkan org yg ko ikut tu sendiri lari dari brjihat..udah-udah ler tu..

alblanco said...

Askum
ini kira kira promosi untuk undi umnoGok nih..bagus betul sejak balik dari merajuk nie makin ganas tulisan dia..ader aper2 ker..ker dah raser diri dihargai atupun dah dapat aiscream potong ha...haa..Pas memperjuangan Islam,Umno memperjuangan aper sebenarnya adakah Umno mamperjuangan Islam jugak cuba lihat betul2 wahai pencacai semua..kalolah Umno memperjuangkan Islam adakah Umno melaksakan aper yang di sebut dalam Al-quran dan Hadis nabi sekarang ini? Kalo stakat pada nama hati tidak..lu pikirlah sdiri,
oh ya satu lagi..org Pas nie extrem..dari segi mana aku nak tanya ko? kalo dari segi perbuatan,org umno tak extrem ker..yang dok melaung situ sini tu aper? dalam tv pun korang sempat lagikan nak mempromote aper yang kamu bangkangkan kan..cuma korang extrem nampak bijak sikit walupun akal pendek,kitaorng ni org kampung jer..
last skali tok ari nie..Salahkah org Pas extrem memperjuangan Islam !
dengan itu wahai sahabat2 aku semua Undilah Pas Untuk Kesejahteraan Ummah
salam ramadhan
takbir3

srikandi melayu said...

Salam semua..

ALBLANCO-"Pas memperjuangan Islam,Umno memperjuangan aper sebenarnya adakah Umno mamperjuangan Islam jugak cuba lihat betul2 wahai pencacai semua..kalolah Umno memperjuangkan Islam adakah Umno melaksakan aper yang di sebut dalam Al-quran dan Hadis nabi sekarang ini"

Skrg ko tolong jawab dari aspek mana PAS perjuangkan Islam?? Dimana gemilangnya Islam yg PAS bawa seperti zaman nabi, Sosial hancur, moral hancur, ekonomi lagi hancur, pendidikan bole kira dgn jari..kepimpinan bole ikut air liur jer lah

PaKMie said...

Salam Bro bH...

Tajok yg menarik dan huraian yg mantap...syabas bro!

Sama2lah kita berjuang demi agama,bangsa dan tanah air tercinta.Kita tidak ada masa lagi,hanya menanti masa sahaja melayu utk terus berpecah...

.@blogger.com said...

Salam,
Sampai 2 kali srikandi melayu datang memberikan komen. Ada apa2 ke? Minat sangat kat blog bh ni ke? Apasal tak mohon blog ni jadi hak milik? Apa pun terima kasih kerana mempertahankan pendapat.

Dia aorang bertiga ni memang tahap bebal. Tak faham maksud tulisan. Yang kita persoalkan adalah pertelingkahan 2 parti ini akan memb uatkan melayu hilang kuasa dan akhirnya bangsa lain menguasai bangsa melayu. Dalam kontek ini, PAS yang harus menyertai UMNO kerana UMNO majoriti. UMNO perjuangkan melayu dan melayu itu islam, ini sangat- SANGAT JELAS bahkan bagi mereka yang buta penglihatan, melainkan bagi mereka yang buta hatinya.

Sdr mudz, ibnusidek dan alblanco, mana blog sdr? mana pandangan peribadi sdr yang bukannya ciplak serta ikut kata orang lain? Saya nak lihat dan saya juga nak komen pandangan sdr disana.

Komen lebih mudah dari menciplak, dan menciplak lebih mudah dari menulis dengan akal dan fikiran sendiri. Sila nyatakan blog sdr supaya kita boleh berdiskusi dengan lebih telus dan jelas ~ bRAVEhEART

srikandi melayu said...

Salam,
BH-"Sampai 2 kali srikandi melayu datang memberikan komen. Ada apa2 ke? Minat sangat kat blog bh ni ke? Apasal tak mohon blog ni jadi hak milik? Apa pun terima kasih kerana pertahankan pendapat."

brkali2 pun bole kan bh. Sapa lak yg nk marah kan,Kalau tk mohon pun mesti dapatnya kalau mintak blog ni, malas jer nk request.Tu pun sib baik komen tk jadi artikel. kekekeekekkeke..larikkkkk

alblanco said...

askum...
aper kejadahnyer aku nk tolong paham aper yang ko tulis..aper aku nak tulis aku tulislah suka hati akulah ha..ha…kenaper perlu Pas masuk UMNO…tak kan sebab majority? Tak masuk akal lansung…UMNO sebenarnya perlu masuk Pas sebab UMNO perlu didikan agama semula untuk membersih hati yang telah kotor…
Wahai saudare BH..ko nie macam mimpi yang tak der kesudahan ataupun macam ayam baru bangun dari tidur masih pening2 lagi…ko cakap UMNO perjuangan melayu dan melayu itu islam  kalo melayu tak ikut dan tak buat aper yang ALLAH SWT suruh mcm maner? Kita boleh panggil ISLAM ker?
Kita org Islam biar ader beza dengan org bukan islam...jangan nampak tak der beza aper yang patut dan aper yang tidak...betul kan srikandi melayu...

ibnu sidek said...

Salam, ana bukannya nak begaduh alam siber ni, taksiapa yang untung dan tak siapa yang rugi. penat nulis jer.. tapi apa yang hendak dikeutarakan ialah sikap dan perangai yang dibawa oleh umno itu telah lari dari ajaran islam. dengan tidak bertudung oleh isteri pemerintah dan sikap ini saja telah melambangkan si suami seorang yang dayus dan tidak disukai oleh Allah SWT.Kalau nak dihuraikan satu persatu takut serikandi melayu meluat pula, kalau betullah umno memperjuangkan melayu kenapa cuba nak hapuskan kebijaksanaan melayu dlam PPSMI, kalau umno nak perjuangkan melayu kenapa dlm tulisan jawi disekolah dihapuskan dan banyak lagi, kalau orang melayu itu islam kenapa ramai orang melayu yang tidak sembahyang dan apa pula kita nak lebelkan dengan lina joy dan datuk azhar bukankah mereka itu melayu yang beragama kristian?ke dah keluar dari jadi melayu?

menyegar said...

Em best jgk tgk semua bloggers memberpi pendapat kat dlm ni. Tapi sebenarnya kalau umno tu setan. pas tu iblis. 2x5 aje. yg sebenarnya korang semua yg kena tipu dgn pemimpin pemimpin tu. mereka semua tu memimpin utk mendapat kepentingan aje,. yg bangang nya korang semualah jadilah manusia yg ada akal jgn jadi lembu yg di cucuk hidung.Apa sgtlah islamnya pas tu? dah beberapa tahun tawan kelantan ada ke dia org jalankan undang undang islam kat kelantan? ada ke sekolah islam kat kelantan? ada ke hos;ital islam kat kelantan? baiklah kofrang ikut al arqam ada jugak nampak sistem yg mereka buat .jgnlah tertipu kerana kebodohan.

Anonymous said...

dengan tidak menyebelahi mana2 pihak melainkan berdasarkan hati seorang pemuda islam dengan lafaz Bismillah:-)

ada salah faham terhadap apa yang perlu diperjuangkan.melayu itu bukan islam.melayu itu hanya bangsa.walau majoriti melayu itu islam tapi islam tetap agama dan melayu itu tetap bangsa:-)dan dah makin ramai melayu murtad,maka tolong jangan samakan melayu dan islam:-)kalau melayu itu islam,habis tu siapa Arab,cina dan india yang beragama islam.siapa mereka?:-)kalau semua nak mengaku bangsa2 masing adalah islam macam mana?:-)

kalau satukan orang melayu sahaja,maknanya kasihan orang2 islam dekat palestin dan tempat2 lain, tiada orang nak tolong sebab diaorang bukan melayu...

kalau pertahankan melayu,kita kan dapat melayu.kalau pertahankan islam kita dapat islam.:-)saya ingin bertanya,apa yang bawa kita ke syurga?melayu atau islam?:-)

renung2kanlah..melayu tanpa islam tiada apa2,lemah,hina tapi kalau islam tanpa melayu ianya tetap gagah,benar,dibawah naungan Allah sentiasa.:-)

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...