Suara Anak Pahang - Perlu Baca

19 August, 2009

FATWA SESAT - PENYOKONG UMNO TAK MASUK SYURGA

'Bukan ahli UMNO tak masuk syurga, tapi penyokong UMNO tak masuk syurga' - kata Nik Aziz.

Habis kalau nak masuk syurga kena sokonga siapa? DAP atau PKR? Jadi penyokong DAP dan PKR juga akan masuk syurga? Isu agama wajar diharamkan dalam kempen politik dan ulamak serta agama wajar diharamkan sebagai landasan berpolitik jika kita benar-benar sayangkan agama Islam



Dari satu slot berita di TV semalam ada menyiarkan penafian Ulamak Politik DS Tuan Guru Nik Aziz tentang penyamaan diantara perjuangan UMNO di Malaysia dengan Rakyat Palestin di bumi Gaza. Yang lebih pentingnya adalah penafian beliau tentang kenyataannya beberapa hari lalu bahawa ahli UMNO tidak masuk syurga.

Beliau dalam kenyataannya menafikannya sekeras-kerasnya bahawa beliau tidak menyatakan bahawa ahli-ahli UMNO tidak masuk syurga, namun menurutnya apa yang belaiu katakan adalah penyokong UMNO tidak masuk syurga.

Demikianlah putar belit seorang ulamat politik yang sentiasa berubah fatwanya berdasarkan keadaan semasa, yang penting pada mereka adalah keuntungan politik semasa.

Kita sedar bahawa apa yang ulamak politik songsang DS Tuan Guru Nik Aziz bimbangkan adalah kehilangan sokongan dari penyokong PAS sendiri kerana pengalaman di Manek Urai lalu sangat memalukkan PAS. Walau pun PAS menang tetapi kemerosotan majoriti undi itu memberikan mereka kekalahan moral bagaikan menconteng arang kemuka.

Berbalik kepada persoalan diatas, apakah hak beliau sama ada sebagai Menteri Besar Kelantan, Mursyidul AM PAS, Ulamak (Politik), Tuan Guru dan sebagainya untuk menjatuhkan hukuman dan memberi fatwa bahawa menyokong UMNO tidak masuk syurga? Siapa beliau yang menentukan syurga neraka bagi seseorang manusia? Kenyataan beliau ini nyata songsang dalam agama dan mungkin akan membawa kepada kesesatan.

Kita tidak mahu agama dipolitikkan. Agama dan politik adalah dua perkara berbeza dan tidak boleh disatukan walaupun ianya saling melengkapi antara satu sama lain dalam kehidupan kita.


(Klik dibawah untuk bacaan seterusnya)

http://waadat.blogspot.com/2009/08/nik-aziz-lebih-baik-diam.html

http://yeopperak.blogspot.com/2009/08/nik-aziz-marang-perapu-kepundek-parang.html

6 comments:

bungaraya said...

Nik Aziz ini adalah satu contoh pemimpin melayu yang membawa melayu kearah perpecahan. kalau kita kata beliau macam tu, tentu sekali beliau akan marah. Tetapi itulah hakikatnya. Nik Aziz, Anwar Ibrahim, mahfuz dan lain-lain itu sekarang ini, mungkin mereka menyedarinya juga, dalam proses menghancurkan kesatuan bangsa melayu Malaysia!!!!!!!!!
Datuk Seri najib bukan Malaikat. Belaiu juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.
Oleh kerana itu demi survival melayu dan isdlam dalam negara ini, kita seharusnya membantu beliau, bukan sebaliknya memfitnah dan mencuba menjatuhkan beliau. Bila Datuk najib jatuh, UMNO juga akan jatuh dan melayu secara amnya akan jatuh tersungkur. Dan semua ini kerana emosi anwar ibrahim dan nik ajis itu.!!!!!!!!
Mereka ingat [perpaduan dan kesatuan bangsa itu omong kosongkah!!!!!
Lihat bagaimana Lee Kuan Yew menyatukan cina singapore sehingga melayu disana tenggelam!!!!
Ingatlah apa keutamaan kita dalam perjuangan dan kemajuan serta pembangu8nan bangsa dalam negara kita. Negara kita tidak seperti Indonesai, Thailanda dan Filipina.
Disana Cina hanya kurang drp 10% population sahaja.

red rooster said...

bersetuju dgn komen Bungaraya.

.@blogger.com said...

Salam.

Sdr, bungaraya dan red rooster, kalau semua kita ada kesedaran spt sdr bunga raya, kita akan jadi bangsa yang kuat dan dihormati didunia, malangnya melayu suka berpecah sesama sendiri, rela bersahabat dgn mush untuk jatuhkan melayu yang lagi satu. PAS dan PKR memang haramjadah! ~ bRAVEhEART

Admin www.morhabshi.com said...
This comment has been removed by the author.
Demang Lebar Daun said...

UMNO telah meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dalam perlembagaan Malaysia.

Ingat: PAS cuma ada 23 kerusi parlimen. Jadi, PAS usah bicara tentang Negara Islam.

enJINer Inc said...

dah baca ke penjelasan nik aziz pasal sbb apa tak leh masuk syurga ni... jgn pakai hentam jek... kalau tatau tanya... jgn jd bodoh sombong tak paham tanya..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...