30 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: DERHAKA KEPADA RAJA

kerana cita-cita politik mereka dengan biadab derhaka kepada raja,nyahkan mereka dari bumi Melayu ini



BANGKOK - Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap seorang wanita, Daranee Charncherngsilapakul selepas dia didapati bersalah menghina pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, kata seorang pegawai.

Wanita berusia 46 tahun itu melakukan kesalahan tersebut semasa berucap dalam beberapa perhimpunan antikerajaan anjuran kumpulan Baju Merah yang menyokong bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Perbuatan itu dilakukan di Taman Sanam Luang, di sini pada Jun dan Julai tahun lalu.
Dalam ucapannya, Daranee membayangkan bahawa rampasan kuasa oleh junta tentera bagi menggulingkan Thaksin pada 19 September 2006 didalangi Raja Bhumibol dan keluarga diraja Thai.

"Walaupun defendan menyatakan dia tidak bermaksud menghina raja atau mempengaruhi orang ramai, dia tidak terlepas daripada hukuman," kata seorang hakim.
Menghina institusi beraja adalah kesalahan berat di Thailand dan pihak yang berbuat demikian boleh dihukum penjara melalui undang-undang. - Agensi


Di negara kita, sesetengah pihak dari parti politik pembangkang sama ada yang perjuangkan Islam atau yang membantah perjuangan Islam dengan angkuh menghina Institusi Beraja kita. Kerana itu ada yang mengemukakan sama ke atas Sultan dan ada yang sanggup berbaring-baring ditengah jalan menghalang perjalanan Sultan. Perbuatan yang biadab dan tidak bertamadun ini harus dikenakan tindakan undang-undang yang keras atau berikan mereka pilihan sama ada ingin tinggal di negara ini dengan menghormati Institusi Beraja kita atau tinggalkan negara ini untuk ke negara pilihan mereka.

Sahabat saya, seorang blogger yang muda remaja mengulas isu ini dengan begitu baik dan bernas sekali. Sila klik disini untuk ke blog beliau.

6 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bos,

Ok bos, dan terima kasih tolong blog kawan. Ini semua ilmu yang diperturunkan dari bos untuk perjuangan cyber. Terima kasih sekali lagi Tok Guru (bukan nik aziz).

ISAC said...

Salam Bro,

Tak tahu pulak...Kat Pahang pun ada Tok Guru... Tok Guru Blog....
:)

Buat saudara seguru YG, raya dimana tahun ni? Solat Terawikh cukup ke?

srikandi melayu said...

salam bh..

Anak didik tumpang lalu,,tok guru blog,ramainya anak didik yer mentor, banyak2 anak buah, yg mana satu lah agaknya yg paling ditatang yerk. kekekekkekeekekek..harap2 lepas ni dapatlah jadi pohon yg berbuah-buah dgn lebatnya..larikkkkkkkkkkk

ajijasin said...

salam alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!
MARHABAN YA RAMADHAN!!!

MALAM KE SEPULUH RAMADHAN!!!
MALAM SEPULUH PERTAMA TERAKHIR RAHMAT ALLAH UNTUK HAMBANYA!!!

DAN SALAM MERDEKA!!!

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!

.@blogger.com said...

Salam semua,
Selamat menyambut Merdeka dan mengisi kemerdekaan ini untuk generasi masa depan ~bRAVEhEART

WARIS PURBA said...

Salam bro,

Bukan kunci Syurga je deme pegang, kunci Neraka pun demenya pegang jugok...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...