Gambar Hiasan - Masjid Negeri di Kuantan
Menulis tentang Pahang sebenarnya bukanlah kawan suka benor, sebabnya bukan akan menambah rating pembaca diblog, tapi kerana prihatin kepada negeri sendiri maka tetaplah kawan akan terus menulis. Kawan tau pemimpin negeri kawan bukannya membaca blog-blog ini, sebab mereka tu antara yang buta IT disamping buta hati. Tapi kawan menulis untuk rakyat terutama golongan muda yang celik IT ini membaca dan menyedari apa berlaku di negeri kawan yang luas terbentang serta indah dan permai ini, huhu!
Semalam kawan mengisahkan tentang blog-blog Umno Pahang yang sudah berkarat kerana pemimpinnya yang pekak dan tidak melihat potensi dan kepentingan media baru dalam menyumbang pengaruh terhadap rakyat bagi meraih undi pada pru13 nanti. Berbaza sekali dengan blog pembangkang Pahang Daily Online yang begitu komited dan konsisten dalam menyebar maklumat walau tidak semestinya benar. Mereka lebih bijak menggunakan media baru lengkap dengan klip video dan akhirnya rakyat akan terpengaruh juga.
Banyak pihak berkata Pahang akan jadi seperti Selangor, P.Pinang, Kedah atau setidak-tidaknya jadi seperti Perak. Mungkin juga menukar kerajaan negeri akan dapat menyedarkan pemimpin berhati batu dan mengajar mereka sekaligus. Blogger Pahang YB Raz mungkin lebih tahu kerana beliau juga dari Bentong dan kenal MB Pahang luar dan dalam.
Semalam TV3 menyiarkan berita mengenai Pahang. Maka tambah gahlah Negeriku Pahang. Berita pertama di Raub berkaitan perlombongan emas oleh sebuah syarikat Australia. Masalahnya adalah pengunaan bahan kimia yang boleh menganggu kesihatan penduduk berhampiran. Penduduk telah membuat bantahan 6 bulan lalu namun hanya baru-baru ini mendapat perhatian pihak kerajaan pusat. Bagaimanapun nampaknya kerajaan menyebelahi pemaju dengan berkata bahawa bahan kimia tersebut tidak memudaratkan. Ayat yang sangat lazim dan mudah untuk dituturkan. Apa kata Menteri berkenaan pindah dan berumah tangga berhampiran lombong berkenaan untuk menguji tahap sebenar kesan kimia tersebut? Setpol MB Pahang orang Raub, bantulah tempat sendiri - sayangkan rakyat jenguk-jengukkan, sayangkan isteri baru jangan ditinggalkan!
Berita kedua, di Kuantan tentang pembinaan sebuah masjid yang lewat namun tempohnya dilanjutkan. Dimaklumkan juga bahawa ditapak pembinaan ketika itu hanya ada 5 orang pekerja sahaja. Ini bermakna pihak kontraktor terbabit memang bermasalah. Soalnya perkara sedemikian bukanlah sesuatu perkara baru. Telah banyak kali berlaku dimana-mana. Memang ada sesuatu yang sangat-sangat tidak kena. Kita tidak ada bukti tetapi masyarakat dapat merasai bahawa ada berlaku korupsi. Pihak yang berkenaan, silalah dekatkan diri mereka untuk mencari siapa dalangnya dan ambil tindakan tegas. Penjawat awam dibayar gaji oleh kerajaan namun berniaga dalam tugas (rasuah-maruah sdn. bhd)
9 comments:
SETUJU. AKU PUN NAIK GERAM. MACAM MATI SEMUANYA DI PAHANG. AKU BALIK KAMPUNG TAK ADA PERUBAHAN LANGSUNG. LETIH DIBUATNYA. PERANCANGAN JANGKA PANJANG PUN TAK ADA. LETIH, LETIH.
Salam. Aku pun dah letih nak komen kat pemimpin2 UMNO ni. Kita komen pun mereka buat pekak aje. tak apalah taulah aku nak ajar nanti. bukan lama pun PRU13 tu. Nanti kita tgklah mcm mana rupa UMNO sebagai pembangkang pulak.
lagi satu koi nok namboh pahang ni dari dulu sampai sekarang masalah penyakit lembu kuku dan mulut selalu berlaku jadi kerajaan kena fikir kaedah2 yg sesuai utk bendung gejala ni bila pegi kursus je org negeri lain sokmo kata lembu pahang tok leh jual keluar penyakit.
tapi ko takan undi parti2 org kecewa pulok nak lagi terok ko kecewa. dah kecewa nak buntut ko pulok rabok.
Assalamualaikum Tuan BH,
Pada pendapat saya, pemimpin UMNO di Pahang perlu fokus kepada aktiviti turun padang. Pergi ke akar umbi (iaitu rakyat) untuk ambil tahu masalah yang ada kemudian selesaikan. Hal-hal berkaitan dengan blog, publisiti dan penerangan kenalah dilakukan oleh para blogger pro-UMNO Pahang. Pembantu khas YB & rakan-rakan kenalah ambil inisiatif menjadi tukang tangkis fitnah yang dilempar, dan menjadi agen menyebarkan maklumat berkenaan aktiviti YB. Takkanlah nak tepis fitnah pun YB sendiri terpaksa tulis blog. Biarlah YB fokus kepada membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Cuma pendapat saya yang tidak seberapa.
Salam BH,
Kawan paling setuju awok guna perkataan kawan, walau pun bahasa diri kawan telah di mulakan oleh Yang Gambi tetapi tak salah kita sama-sama gunakan bahasa diri org Pahang ini...
Kawan nak tau ape kerja Menteri Besor Pahang sebenornye?
Masuk office main solitaire ke ?
Salam dan terima kasih sahabat semua.
Kali ini saya nk komen satu persatu:
Arif - Tahniah kerana blog sdr di-link-kan dari blog small talk, tetapi kami tidak kerana kami blogger haprak.
Menyegar - ciri nak jadi pemimpin mestilah pek
Rafie - Sakit kuku dan mulut? Pemimpin negeri sakit mulut sebab tu senyap dan sunyi je, tetapi rakyat jadi sakit hati.
Kembara Politik - Itulah persoalannya! Pemimpin tak mengiktiraf kami bahkan tidak hargai kami. Sepatutnya kami diletakkan dibawah satu force untuk membantu kerajaan tetapi mereka tak perlukan kami, blog pun mereka tak baca. Mereka buka saja buta IT tetapi juga buta hati.
Ababina - Dalam perbualan harian selalu juga kita guna gantinama 'kawan', tetapi di blog bila menulis mengenai Pahang saya rasa sesuai gunakannya bagi menghayati jatidiri kita.
Mdnor - Kerja dia praktis tepuk buntut bagi persediaan PRU13 nanti. Rakyat akan tepuk dahi.
jangan ler petik nama kawan..malu ler kawan dibuatnya hehee..
tapi memang betul pahang ada banyak masalah.
ekonomi pahang tak berkembang. banyak sumber pelancongan tak digunakan sebaiknya. masalah pembangunan tak seimbang,pemimpin UMNO kurang mendekatkan diri dengan rakyat.
kuantan sendiri tak menarik.kerajaan negeri pahang patut belajar dengan kerajaan melaka bagaimana menarik pelancong dan cantikkan bandar.
cuma rakyat pahang bersyukur dapat sultan yang prihatin. kalau tak, makin rasa tersisihlah rakyat pahang nie.
ini cuma pandangan peribadi.
angkat suara blogger InsyAllah Pahang akan maju.
Post a Comment