17 January, 2010

KEMPEN 'KITA PEDULI PAHANG'






Banyak kali saya memberi pandangan dan teguran terhadap Umno Pahang / kerajaan mengenai perlunya memberikan perhatian terhadap blogger Pahang agar dapat disatukan usaha dalam membantu kerajaan menentang kempen dan tohmahan pembangkang. Namun sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa isyarat dari mereka. Sindir sudah, tegur sudah, kutuk sudah namun kerajaan masih membisu seribu bahasa dan tak tahu bahasa. Demikianlah kepekakan dan ketidakpekaan pemimpin kita terhadap suara rakyat.

Apakah peranan blogger dianggap tidak penting? Jika tidak kenapa dibeberapa negeri bahkan pusat sendiri mengadakan beberapa siri pertemuan dan sebagainya bagi mendorong golongan blogger pro kerajaan ini terus memainkan peranannya? Mungkinkah ini kes terpinggir, maknanya hanya pemimpin Umno / kerajaan Pahang sahaja yang bersikap demikian!

Atas cadangan dan sokongan sahabat-sahabat blogger, saya baru-baru ini telah membentuk satu kumpulan 'Grup Blogger Pahang' di yahoogroup bagi tujuan merapatkan hubungan, menyatukan serta berkongsi pendapat dan pandangan dalam segala hal. Selain itu kita akan dapat juga menyuarakan sesuatu perkara dalam satu suara.

Nama Grup: Grup Blogger Pahang
Home page: http://groups.yahoo.com/group/bloggerpahang
Grup email: bloggerpahang@yahoogroup.com

Oleh yang demikian, saya berharap saudara-saudara yang berminat menyertai grup tersebut menghubungi saya di alamat email: braveheartblogger@ymail. com atau langsung memasukkan alamat email saudara di ruang yang disediakan dibawah ini dan kemudian enter.

Sebagai ahli, kita akan berkongsi sebuah laman bersama ahli-ahli lain, berkongsi maklumat serta foto. Sekiranya menghadapi sebarang masalah menggunakannya, saya akan memberikan panduan. Yang penting, disini nanti kita akan berkongsi segalanya dan secara sulit.

Setiap permohonan akan ditapis sebelum diluluskan. Sila nyatakan nama penuh, umur, jantina, lokasi, nama blog dan nombor telefon. Segala maklumat adalah rahsia dan hanya akan diketahui sesama ahli sahaja.

Selepas ini nanti kita akan mendesak untuk menemui pemimpin untuk menyatakan segala pandangan dan pendirian kita. Jika kita bersatu, saya percaya pemimpin samaada secara rela atau terpaksa akan menerima dan mendengar suara kita.


Subscribe to bloggerpahang

Powered by us.groups.yahoo.com



' Kita Peduli Pahang' 

~ bh

2 comments:

Godisuno said...

saudara braveheart,

Begitulah keadaanya kebanyakkan adun dan ahli parlimen BN di Pahang. Mereka leka, tak peka dan sebenarnya tak sesuai menjadi pemimpin kerana mereka kurang memikirkan tentang rakyat dan lebih mementingkan kantung mereka sendiri. Sedih kerana Pahang majoritinya adalah pemimpin Melayu. Tapi melayu mudah lupa. Keterlupaan mereka pasti menjahanamkan Melayu, Islam, Pahang dan Malaysia. Tak tau bila mereka akan insaf. Agaknya selepas Pahang jatuh ketangan orang lain. Aku sedih, geram dan marah... Ya Allah sedarkanlah mereka sebelum bahana besar melanda Pahang.

bRAVEhEART said...

Salam Godisuno,
Apa lagi cara yang kita ada untuk menegur dan memperbetukan mereka? Mereka tidak sayangkan Umno, tidak sayangkan Melayu dan Negara pun. Mereka hanya peduli diri sendiri dan hanya akan bertindak apabila merasa kedudukan dan kuasa mereka tergugat. Mereka boleh pertaruhkan apa saja bagi kepentingan mereka sendiri.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...