11 January, 2010

Pahang Daily Online - Isu kalimah Allah dan bakar gereja, kenapa Umno juga?

Blog karat dan penyebar fitnah No. 1 negeri Pahang



Blog pencacai No.1 Negeri Pahang, Pahang Daily Online tampil dengan berita yang sengaja diperburuk-burukkan, Iaitu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan tragedi pembakaran gereja. Seperti biasa, jiwa karat mereka akan sentiasa menuduh Umno yang mendalangi ini semua. Sebagai lidah resmi Pembangkang dan PKR Pahang, PDO memang hanya berniat untuk menyebar fitnah semata-mata.

Isu khalimah Allah yang sepatutnya ditangani dengan baik oleh Kerajaan UMNO BN nampaknya gagal dilaksanakan oleh mereka. Susulan tindakan mahkamah yang membenarkan penggunaan nama tersebut dalam sebuah akhbar Kristian (Herald)baru-baru ini, maka kini kekecohan terus berlaku seolah-olah negara ini berada dalam keadaan huru-hara. Walhal sebaliknya, yang bagai "cacing kepanasan" dan "gila meroyan" siang dan malam tentang isu mainan UMNO ini adalah puak-puak mereka sendiri - demikian kepala berita diblog Pahang Daily Online.

PDO seperti blog dan pemikiran pembangkang lain mengaitkan demo sebagai didalangi oleh UMNO. Kemudiannya apabila berlaku insiden pembakaran gereja Umno juga dituduh mendalangi itu. Soalnya, segala yang buruk akan diletakkan kepada Umno, begitulah bila hati dan jiwa mereka telah karat. Pada saya peribadi, saya melihat pihak pembangkang ini adalah sama seperti puak Yahudi, membaling batu dan sembunyi tangan malahan membaling batu dan menuduh orang lain yang melakukannya.

Mereka juga tidak peduli apa risiko yang akan kerajaan dan rakyat tanggung dengan pembohongan-pembohongan mereka asalkan cita-cita mereka untuk memporak perandakan negara berjaya. Namun setakat ini negara masih kekal aman dan stabil. Dakyah-dakyah yang dilakukan oleh pembangkang termasuk PDO sendiri telah ditolak oleh rakyat yang mulai sedar akan penipuan mereka itu.

Dalam kes pembakaran gereja, rakyat melihat adalah tidak lojik Umno yang mendalanginya kerana faedah yang akan Umno/kerajaan dapati adalah tidak ada langsung berbanding faedah yang akan pihak pembangkang akan dapati dari Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan nanti. Sudah tentu pihak pembangkan akan memainkan sentimen perkauman dan agama kristian untuk memancing undi kristian di Sarawak nanti. Banyak pihak yang sudah maklum akan mainan politik pembangkang terutama DSA yang sanggup meggadai apa saja demi kepentingan politik peribadi beliau.

Apa yang berlaku sekarang adalah percubaan mengalih pandangan masyarakat dari isu kes liwatnya serta penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang disokong oleh beliau. Kita lebih bimbang bahawa ini adalah agenda besar kristian seluruh dunia yang ingin mencemarkan imej Islam dan Malaysia sebagai negara Islam membangun yang selama ini menjadi model kepada masyarakat Islam antarabangsa.

Diharap pihak PDO yang berjiwa karat ini dapat mensucikan hati nurani mereka demi kesucian agama Islam yang kita anuti dan junjung tinggi ini. Janganlah kerana ketaksuban terhadap pemimpin membuatkan mereka hilang pertimbangan dan sanggup menggadaikan maruah Islam hanya kerana cita-cita peribadi pemimpin berkenaan. Akuilah hakikat bahawa rakyat telah sedar dan menolak mereka. Mereka sudah tidak ada tempat lagi dihati rakyat. Baliklah kepangkal jalan.

3 comments:

Dollah said...

Perangai UMNO memang suka buat taik. Khaak Thuihhh!....

.@blogger.com said...

Perangai Pas memang hamPas dan haram jadah. Tok guru membawa ke neraka jahanam pergunakan agama untuk kepentingan peribadi anak menantu dan kroni.

YANG GAMBI said...

BH, inilah perangai puak-puak syaitan menyamar ulama dalam PAS..... tengok sajalah macam mana dia orang ugut kickdefella dengan kapak..... kat Penang pun mcm tu juga teruk mamat India tu kena belasah...... kalau puak-puak ni dapat memerintah, mafia, kongsigelap, samseng akan jadi pelaksana undang-undang.... Polis mungkin hanya jadi jaga mengawal rumah-rumah dia orang je...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...