22 January, 2010

Pasir, Batu Putih dan Putih Mata

Selepas pulau Batu Putih ini, apa lagi yang akan kita gadaikan nanti?



Bukan dah tak nak peduli lagi pada Pahang, tetapi bila kita peduli, para pemimpin tetap tidak peduli apa yang kita suarakan. Saya tetap akan peduli lagi nanti. Ini mengenai pasir. Bila Tun dan bercakap mengenai pasir bermakna perkara ini serius dan mesti dipandang serius oleh rakyat.

Pasir, Batu Putih dan Putih Mata. Pasir yang dijual ke Singapura. Batu Putih yang terlepas ke Singapura kerana mungkin ada konspirasi besar dan rakyat serta bangsa Melayu yang terpaksa berputih mata. Yang tinggal untuk orang Melayu hanyalah batu Melayu yang hitam legam.



1. Tun Dr. Mahathir telah bersuara mengenai penjualan pasir ke Singapura (klik sini)


2. Berita mengenai itu juga tersiar dibanyak blog dan surat khabar termasuk new straits times (klik sini)


3. Singapura juga telah mendapat bekalan pasir dari Indonesia sebelum ini yang mana telah memberi impak yang besar kepada sebuah pulau di negara berkenaan (klik sini)


4. Kita tidak peduli apa pertikaian mengenai berapa lori pasir sehari yang dibawa ke Singapura, sama ada 500 atau 700. Soalnya adalah kenapa ada pihak yang sembunyikan ini? Kenapa rakyat ditipu?

5. Sentiasa ada konspirasi oleh pemimpin-pemimpin yang berkuasa di negara kita dan rakyat ditipu lagi dan lagi.

6. Telah sah bahawa pasir telah di jual ke negara jiran, dan kita tertanya-tanya apa konspirasi sebenarnya yang berlaku dengan Pulau Batu Putih? Apakah ini juga satu aktiviti penjualan yang tersembunyi dari rakyat dan kekalahan di mahkamah antara bangsa adalah satu lakonan.

7. Apa pun, bacalah sebuah sajak mengenai Batu Putih dari seorang sahabat saya: (klik sini)


SAJAK UNTUK ANAK MELAYU

putih mata Melayu
Batu Putih jatuh ke tangan orang
seperti sejarah Temasek
dalam maknanya peribahasa Melayu;
’Ayam terlepas tapi tangan bau taik’
menangislah Melayu
airmata darah
sehingga titisan hujan juga
turut memerahkan tanah
bumi pusaka ibunda
hilang ’Batu’ Melayu itu angkara siapa?
siapa si kitul dan raja mendaliar-nya?
aku di sini dan engkau di sana
yang rugi Melayu juga -
kerana tidak bersatu,
pandanglah ke hadapan
jeling juga Pulau Mutiara
banyaknya kapal asing berlabuh
namun sauh telah dibongkar
layar telah terkembang
Melayu jangan lupa kata-kata;
apabila jong pecah, yu akan kenyang
yang tinggal hanya Melayu
- mengiggit jari
mengiggit jari sendiri.



20.12.2009

3 comments:

ISAC said...

Tajuk tu kena tukar Putih Mata Bro....

Arif Omar said...

semua nya terjadi kerana ramai lagi rakyat malaysia ini berketurunan dan berperangai seperti si kitul dan raja mendeliar.

one one no belen said...

Salam. Tak apa kita kehilangan batu putih,pasir dan kita berputih mata asal kita jgn kehilangan batu 2 biji kita tu.Tak apa tak apa.Kita masih selesa.kita boleh berjudi lagi.yg susah nanti rakyat bukan kita.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...