31 January, 2010

SAPAAN HARI AHAD DARI BRAVEHEART

Salam kepada MB Selangor juga, segala pub, kelab malam dan dangdut tu biarkanlah beroperasi 24 jam, Pas tetap akan sokong Pakatan Rakyat.




Salam kepada semua sahabat-sahabat. Semoga Allah berikan keberkatan dan panjangkan usia.

Salam Taiping Mali dan Parpukari serta sahabat-sahabat blogger yang masih berkampong di Ipoh. Semoga mencapai segala matlamat yang diinginkan. Semoga mencapai kejayaan demi kejayaan dalam perjuangan. Saya dengan sangat rendah diri memohon maaf kerana disaat akhir tidak dapat menyertai perjuangan saudara semua. Semoga suatu ketika nanti saudara-saudara tidak akan gagal pula untuk sertai perjuangan bersama-sama kami. Kepada saudara Taiping Mali, saya masih rasa terhutang budi kerana bersusah payah menghadiri majlis perkahwinan anak-anak saya tahun lalu. Saya akan tetap mengiingati itu.

Salam kepada semua saudara-saudara yang saya temui dalam majlis dialog idealisma generasi baru di Angkasapuri semalam. Pertemuan itu juga akan tetap saya kenang dalam ingatan. Gomo yang banyak bertukar pendapat dengan saya dan banyak membantu menangani masalah kunci kereta sahabat saya. Kalau tak ada Gomo tentu tak selesai masalah. ( Tapi kalau tak ada gomo tentu tak ada banyak masalah, hehe) Kepada Abang Tuah dan Ori Oyabun, saya rasa ada kemesraan dan keserasian. Megat Pisau, saya hormati awak walau masih muda dari saya. Penglima Perang Cyber, muda dan nampak bersemangat.

Salam kepada yang lain-lain juga, saya akan simpan segala kenangan dari pertemuan ini dalam kenangan termanis untuk diabadikan. Mungkin ada yang tak terucap, tetapi kita akan faham maksudnya. Saya melihat dan mendengar.

Kesal juga tak dapat hadir di Perkasa Selangor. Terutama apabila Tun Dr. Mahathir ada disana bersama-sama. Hargai dan sayanglah TDM selagi beliau masih ada bersama kita. Tidak akan ada lagi pemimpin Melayu sepertinya walau dalam 100 tahun lagi.




3 comments:

MPP said...

Bro, kita sembang punya lama, langsung hang tak kenal aku nooo..hahahaha.

Walau apa pun, aku harap hang bantulah blogger2 muda dari Pahang terutamanya blogger baru UMB.

Kita bukannya masih muda. Generasi baru lambat laun akan mengambil alih tempat kita didalam perjuangan maya ini.

Hidup blogger Pahang !

bRAVEhEART said...

Salam dan sori bro, memang ada yang tak tercatatkan bukan kerana terlepas pandang namun kadang2 dalam kesempatan yang sedikit kita tidak mampu mendapat segalanya yang kita harapkan. Saya juga telah korbankan dia kerana sahabat semua. Saya juga korbankan keutamaan saya untuk mendekat dia kerana sahabat-sahabat juga, dan inilah perjuangan yang memerlukan pengorbanan...dari segala segi. Maafkanlah saya atas segala kelemahan yang saya lakukan.

AbgTuah said...

SALAN BRO..

ALHAMDULLILAH AKHIRNYA KITA(BLOGGER) DAPAT MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN SECARA BERTEMU MUKA.

YA BRO SELEPAS BERTEMU MUKA DAN BERBUAL MAKA KITA DAPAT SALING MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN DENGAN LEBIH DEKAT DAN MESRA.

SEELOK-ELOKNYA PERTEMUAN SEBEGITU DIADAKAN SELALU..TETAPI ADA BEBERAPA PERKARA YANG SUKAR DIATASI IAITU JARAK LOKASI MASING-MASING JAUH DIANTARA SATU DENGAN LAIN.

SO BRO JIKA ADA REZKI..
SEMUGA KITA JUMPA DILAIN KESEMPATAN

..SELAMAT BERSANTAI DIHARI MINGGU..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...