Dulu mereka sanggup baring dijalanan kerana Nizar.
Apakah mereka sanggup baring sekali lagi kerana Allah pula?
Jika mereka tidak sanggup berbaring kerana Allah,
nyata mereka ini golongan yang sesat.
Diseluruh negara kita mendengar bantahan aman dilakukan. Orang-orang Melayu telah bangkit dan bersuara bagi menegakkan Islam. Hati nurani Melayu telah tersentuh apabila kalimah 'Allah' dipermainkan. Melayu telah bersatu tanpa mengira fahaman politik bersuara membantah keputusan mahkamah membenarkan bukan Islam menggunakan nama Allah.
Rata-rata kita melihat bahawa Melayu mampu bersatu dalam memperjuangkan agama Allah. Melayu bersatu dalam memperjuangkan Islam. Parti politik bukan agama, bahkan sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam dan ingin melaksanakan hukum hudud tidak langsung bersuara. Mana janji mereka untuk menegakkan Islam?
Kini kita sedar bahawa parti itu hanya menipu umat Islam konon memperjuangkan Islam tapi semata-mata berhasrat untuk meraih sokongan dan undi semata-mata. Malahan parti itu yang bersekongkol dengan parti yang 'ultra kiasu' itu tidak berani menyatakan pendiriannya kerana takutkan kafir harbi.
Kalau dahulu ada yang sanggup berbaring dijalanan kerana memperjuangkan Nizar, kenapa tidak mereka itu berbaring dijalanan sekali lagi kerana Allah? Apakah mereka lebih memperjuangkan Nizar dari Allah?
Jika mereka tidak bersama membantah keputusan mahkamah membenarkan, bermakna mereka tidak perjuangkan agama Allah. Bermakna mereka hanya berjuang untuk Nizar tetapi tidak untuk Allah. Bermakna parti itu bukan parti yang memperjuangkan Islam.
(Klik pautan)
~ bh/
2 comments:
teman bukan orang UMNO tapi tahniah kpd Umno the great.Parti yg sangat prihatin dan berjiwa 1malaysia.
Salam BH, kawan risau juga dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja mengambil kesempatan dengan isu, lepas tu tuduh orang UMNO punya kerja.......
Kawan bukan menuduh mana-mana pihak....
semua orang tahu, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain, memandangkan mereka sedar masyarakat Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan pembangkang, untuk itu, mungkin perkara macam ni akan dilakukan supaya kaum-kaum ini akan benci kepada Kerajaan BN.........
Kena hati-hati muslihat 'yahudi' laknat ini...
Post a Comment