23 January, 2010

RASUAH

Rasuah: bukan hanya orang bukan Islam, bahkan yang kononnya menegakkan Islam pun turut terlibat, yang bertitle Pak Haji pun sudah sebat asal bernama duit dan.........it





Mungkin ada yang menganggap ini isu lama, tetapi ianya tidak pernah selesai walaupun ia dilupakan seketika. Namun ianya adalah barah yang semakin merebak. Sebuah akhbar melaporkan begini;

JOHOR BAHRU 19 Mei - Amalan rasuah di negara ini berada pada paras yang membimbangkan apabila persepsi masyarakat terhadap amalan itu menunjukkan penurunan dari setahun ke setahun.

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, daripada skala 10 sebagai skor penuh, Indeks Persepsi Rasuah Malaysia berada pada skor 7.04 pada 2006, merosot kepada 6.76 pada 2007 dan turun 6.32 pada 2008.

"Kebimbangan tinggi masyarakat sehingga menyebabkan indeks persepsi rasuah yang semakin buruk, dipengaruhi kemunculan banyak kes tangkapan, aduan dan siasatan pada tahun lalu.

"Amalan rasuah ini tidak boleh dihapuskan tetapi kita boleh kurangkan dengan mendadak menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk lebih agresif menangani gejala ini," katanya.

Rasuah bermula sejak awak kewujudan manusia lagi, justru memanglah sukar untuk membendungnya.Namun tidak dapat sesuatu dilakukan bagi menyekatnya dari merebak terlalu cepat dan membawa padah yang buruk kepada negara.

Kadar rasuah sangat membimbangkan berikutan indeks persepsi yang menurun (klik sini) Amalan rasuah di Malaysia dipandang semakin menjadi-jadi (klik sini) Dan ini meletakkan negara dalam keadaan yang merbahaya. (klik sini)

Memang bukan senang untuk membuktikan ada nya rasuah berlaku, namun ianya ibaratkan angin yang tidak mampu kita buktikan ianya adaa namun kita masih merasa hembusannya.

Dimana dan apa yang tidak lagi melibatkan rasuah di negara kita? Pejabat-pejabat kerajaan dan penjawat awam melakukan kerjanya dengan lebih lancar dengan adanya duit kopi. Permohonan-permohonan tidak atau lambat diproses jika tidak disertai duit kopi. Kerana itu di Pahang, permohonan tanah mengambil masa lebih dari 10 tahun untuk dapat diproses.

Di bahagian penguat kuasaan, Polis dan JPJ juga tidak terkecuali. Berita semalam mendedahkan bahawa PUSPAKOM juga tidak bebas dari anasir rasuah. Dan penyakit ini menular sehingga ke akar umbi dan akan menjadi budaya dalam masyarakat kita.

Untuk memasukki tender sesebuah projek kita dikehendaki membayar beberapa persen kepada pihak tertentu. Bahkan ini didakwa berlaku juga diperingkat paling atas dalam pentadbiran. Perhatikanlah sekeliling kita, segala-galanya adalah berkaitan dengan rasuah dan kehidupan kita sudah terikat dengannya.

Yang akan lebih menderita akibat adalah orang-orang kampung yang inginkan sesuatu dan berurusan dengan penjawat awam namun tidak mampu memberi kerana apa-apa sebagai balasan dan akhirnya kehendak mereka tidak akan dapat layanan. Kita akan mewujudkan jurang yang lebih luas diantara masyarakat yang kaya dan yang miskin. Negara juga akan runtuh kerananya.

1 comment:

Jeepers Creepers said...

rasuah bukan saja berkaitan wang ringgit. pertolongan dan surat sokonganpun kira rasuah heheee

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...