06 January, 2010

SAYANGKAN NEGARA - MALAYSIA POLITIK TELANJANG

Unta pandangan dari belakang, tentu ada yang suka belakang ni, hehe


Closed up kemaluan unta tapi gambar dari blog Husin Lempoyang tentu lebih hebat




Politik negara kita sangat menarik dan pelik. Apabila ada pemilihan, kita sepatutnya memilih mana yang terbaik. Jadi, sepatutnya kempen politik akan lebih kepada menunjukkan apa yang akan kita lakukan jika kita dipilih menjadi wakil rakyat supaya rakyat memilih kita dan rakyat akan memilih siapa yang menawarkan yang lebih baik antara mereka.

Tetapi politik kita tidak. Yang kita tunjuk bukan apa kebaikan yang akan kita lakukan jika kita memerintah, tetapi kita hanya menunjukkan apa keburukan yang ada pada pihak lawan. Maka dalam kempen, kita akan menelanjangkan lawan kita dan lawan kita juga akan menelanjangkan kita. Justru, kedua-dua pihak akan telanjang dan kelihatan kotor.

Walaupun politik menelanjangi lawan bukan hanya berlaku dikalangan orang-orang Melayu namun ianya tetap mencemarkan maruah mereka yang beragama Islam. Kalaulah semua pemimpin Melayu Islam kita sudah telanjang dan kotor, siapakah yang tinggal dan masih bersih untuk kita pilih?

Kita sebagai pemilih sepatutnya lebih bijak dengan menolak mereka yang dalam kempennya hanya mencaci dan mencerca lawan, menelanjangi lawan, sebaliknya memilih mereka yang mampu menunjukkan keazaman untuk benar-benar membantu rakyat dengan perancangan yang menyakinkan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Apa yang rakyat mahu adalah kehidupan yang lebih sejahtera.

Apakah kita akan masih ingin memilih mereka yang telah ditelanjangi dan cemar maruah mereka sebagai orang yang akan memimpin kita? Kita tentu tidak gemar memilih mereka yang begini sebagai pemimpin kita. Kita tidak akan rela dipimpin oleh mereka yang tidak bermaruah dan rendah moralnya.

Kita rakyat mesti juga berubah. Kadang-kadang parti yang kononnya memperjuangkan Islam juga kelihatan tidak benar-benar perjuangkan Islam. Apabila perjuangan dan pendirian mereka untuk pertahankan Islam dituntut, mereka hanya diam membisu. Isu pengunaan perkataan 'Allah' oleh bukan Islam umpamanya sudah membuka pekong didada siapa.


Nota:
Pautan di atas adalah untuk blog Husin Lempoyang. Memang jual orang seperti dalam gambar tu akan lebih untung dari jual unta walaupun kedua-duanya telanjang, huhu!

4 comments:

10 BUDAK HITAM said...

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Salam dari 10 Si budak hitam..

bRAVEhEART said...

Salam, insyallah sdr. Sama ada sebagai sahabat atau bukan namun saya hormati setiap perjuangan setiap orang ~ bRAVEhEART

ISAC said...

Selama ni aku ingat, aku kenal pemilik blog ini, rupa2 nya sangkaan aku melesat....

Lagi bahaya mamat ni rupanya....Unta pun belum tentu "selamat" jika bersama dengannya...

jangan marah bro...

Wassallam...Kalau marah nanti cepat tua, tahun baru, umur dah bertambah lagi satu (tahun) bukan bini ye....Begitu cepat masa berlalu...

bRAVEhEART said...

Salam Bro Isac,
Ko punya komen is very the hampas. Berani ko kutuk aku depan2, selama ini ingatkan cuma berani main belakang. Rangkap ke-4 tu nak jawab susah sikit, tapi ko boleh baca apa kata husin lempoyang, di sini - http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2009/12/pasarkan-produk-pada-tok-kadi-dan-tok.html

(Copy dan paste url)

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...