29 January, 2010

PEMUDA UMNO PAHANG SOKONG KJ LETAK JAWATAN

Lepas ni, KJ boleh berlaku filem pulak.
Judul dah ada; Ku Tinggal Noreng Kerana Maya Koreng




Memang dah gempar exco Pemuda meminta KJ melatakkan jawatan secara sukarela. Ini bukan kerana benci dan dengki, tetapi ini kerana semangat sayangkan parti. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi Umno mesti tetap kuat dan bertahan dihati rakyat.


KJ menyandang jawatannya dengan cara yang kurang beradab dan diluar susila bangsa Melayu. KJ juga tidak mampu menyatukan Pemuda menjadi satu sayap yang gagah perkasa dan kuat untuk menguatkan Umno, sama ada secara terancang atau tidak. KJ melantik Ketua-Ketua Pemuda Negeri yang bukan kehendak suara akar-umbi semata-mata bagi mendapatkan pengaruh untuk menjadi PM pada usia 40 tahun. Pemuda juga dalam keadaan yang paling lemah berbanding masa-masa lalu.


KJ menjadi Ketua Pemuda bukan dari bawah. KJ langsung tidak menyerap semangat Umno dan tidak memahami perjuangan parti. KJ memang sepatutnya berundur secara terhormat dan segera.


Pemuda Umno Pahang sokong KJ letak jawatan? Yang terhutang budi tentu akan tergadai body. Tidak semua orang lahir dengan bakat sebagai pemimpin. Tidak semua pemimpin akan disayangi pengikut. Tidak semua pemimpin akan berjaya mencapai dan mengecap hasil perjuangannya sendiri. Sejarah banyak membuktikan bahawa ramai pemimpin hanya terkandas ditengah jalan, bahkan ada yang tertikam dan menikam belakang. (baca apa kata Husin Lempoyang - sini)



Baca juga link-link dibawah kebanyakkannya meminta KJ letak jawatan:


















6 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

Musuh UMNO ialah Anwar Ibrahim dan PAS bukan KJ.

Main politik pun tak tahu UMNO nie.

Mukhriz cakap pun tak boleh, macam khalid ibrahim. silap haribulan, Khir toyo jadi Pemuda.

pkrpasdap.blogspot.com

bRAVEhEART said...

So, apa maslah ko? Ada aku kata Mukhriz kena jadi KP? Kalau KT jadi ketua pemuda apa masalah ko? Ini lah jenis org tg taksub kepada pemimpin. Bagaimanapun, terima kasih kerana dtg bertandang dn tinggalkan komen, Saya hargai pandang tuan. Salam/

Arif Omar said...

KJ ? INI LAH DIANTARA 50 % KEKALAHAN UMNO DALAM PRU 12.KAMI SEBAGAI ORANG LUAR UMNO MENGETAHUINYA.

Arif Omar said...

KJ ? INI LAH DIANTARA 50 % KEKALAHAN UMNO DALAM PRU 12.KAMI SEBAGAI ORANG LUAR UMNO MENGETAHUINYA.

bRAVEhEART said...

Salam Arif,
Saya malas nk ulas lagi, bukan takur berok2 KJ marah, tapi saya takut saya tk dapat kawal marah pada beruk2 KJ. So, cool down!

bRAVEhEART said...

PEMBETULAN:
Salam Arif,
Saya malas nk ulas lagi, bukan takut berok2 KJ marah, tapi saya takut saya tk dapat kawal marah pada beruk2 KJ. So, cool down!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...