07 January, 2010

SAYANGKAN NEGARA - MELAYU MESTI BERSATU DAN PERKASA

Blog Perkasa Pahang yang masih dalam pembinaan



Response kepada blog Suara Prihatin Umno Jerantut (sini), tahniah bila Perkasa Jerantut berjaya diujudkan, saya dengar di Maran pun sudah. Tanpa prejudis kita sangat menyokong usaha murni ini. Tak lama lagi Perkasa Negeri akan diresmikan oleh MB Pahang di Temerloh (saya juga turut membantu mengiklankannya) semuga usaha ini akan mencapai kejayaan dan matlamatnya.

Saya nak ulang; semuga usaha ini akan mencapai kejayaan dan matlamatnya dan bukan matlamat serta kepentingan individu tertentu. Perkasa adalah harapan Melayu bagi mencapai perpaduan. Jika kita gagal, orang Melayu mungkin akan bosan pada apa-apa pun atas nama perpaduan Melayu.

Kerana itu Perkasa haruslah dilihat benar-benar mencerminkan perpaduan bangsa Melayu. Jawatankuasa yang dilantik hendaklah melibatkan semua pihak sama ada Umno, Pas atau mereka yang mewakili persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan. Berikan mereka peluang untuk berperanan dan menyumbang.

Kita cuma berharap agar janganlah Perkasa ini nanti hanya jadi sebagai gudang atau setor barang-barang lusuh dimana veteran-veteran Umno akan menjadikan tempat untuk menonjol semula. YDP Perkasa negeri-negeri dan daerah-daerah harus memberi perhatian dalam membuat perlantikan supaya ianya benar-benar menyeluruh dan mewakili semua pihak, sebagai satu pertubuhan umat Melayu. Bangsa Melayu mesti bersatu dan perkasa bagi menghadai cabaran masadepan.

Selamat berjuang, dan selamat berjumpa di Perasmian Perkasa Pahang nanti.

Allahhu-akbar!


~bh/

6 comments:

menyegar said...

Salam. Harap perkasa memang benar benar perkasa bukan pengecut

selagimasihada said...

Salam,

Perkasa-.....?
Pengeras-pelembek
pembesar-pengecil
pemberani-penakut
perompak-......?
peliwat-......?
perasuah-.......?

- said...

Jangan nanti Perkasa dipenuhi dengan orang-orang Umno yang dah terbuang. Raub umpamanya, jangalah lah ada lagi Dato' Shah nak cuba-cuba mencari tempat untuk mengintai peluang nak jadi MB Pahang. Kalau Perkasa dipenuhi orang-orang politik yang tamak dan rakus maka Perkasa akan menuruti sejarah Umno yang busuk sampai ke-usus. Presiden Perkasa Pahang kena pandang baik-baik siapa yang akan dilantik. Betul, jangan jadikan Perkasa sebagai setor atau gudang barang lusuh.

10 BUDAK HITAM said...

Salam sejahtera saudara,

Saya dengan ini secara rasminya menjadi followers blog saudara.

Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

http://10sibudakhitam.blogspot.com

Terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi.

YANG GAMBI said...

Salam bro, tahniah dan syabas dengan penubuhan Perkasa Pahang......

Kawan setuju juga dengan komen-komen di atas, ada kebenaranya, jangan nanti Perkasa diterauji oleh orang-orang yang hanya sekadar untuk menjadikan batu loncatan untuk diri sendiri naik ke atas..... akhirnya Perkasa jadilah macam sesetengah Pertubuhan/Persatuan yang hidup segan mati tak mahu.... pengikut-pengikut juga yang melarat bertempiaran tanpa hala tuju...

bRAVEhEART said...

Salam,
YangGambi - hehe!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...