02 March, 2010

ANTARA BATU-BATU DAN MUTIARA

Pencipta mimpi




Perkembangan politik negara kebelakangan ini sangat menarik dan penuh warna-warni. Ada yang dari sini lompat kesana begitu juga dari sana lompat kesini. Semuanya atas kepentingan peribadi masing-masing. Kita cuma berharap agar pemimpin-pemimpin Umno dan kita sendiri tidak terlalu ghairah dengan perkembangan ini. Kita bimbang bahawa yang kita kutip dan pungut itu nanti hanyalah batu-batu sahaja sedangkan kita terlepas pandang pada mutiara sebenarnya.

Kita bimbang kera di hutan disusukan dan anak sendiri di rumah mati kelaparan. Kita bimbang jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak kalah sabung, ayam menang kampong tergadai. Kita bimbang bahawa ini hanya mainan untuk melekakan kita. Untuk membuat kita merasa kita makin kuat tetapi sebenarnya kita masih seperti dulu juga.

Sayugia seperkara harus diingat, bahawa kelemahan pembangkang bukanlah bererti kekuatan kepada kita. Mungkin saja pembangkan bertambah lemah tetapi kita masih tidak juga bertambah kuat dari dahulu. Justru, janganlah ada antara kita yang menjadi seperti Pak Kaduk, melihat ayam menang dan kita melompat terkinja-kinja sehingga koyak baju dan seluar kertas kita. Akan beroleh malulah kita nanti apabila 'kemaluan' kita terserlah kepada khalayak ramai.

Saya ingin ulang sekali lagi bahawa; 'kelemahan lawan bukan bermakna kekuatan kita'







4 comments:

Tok Pambu said...

Satu2 nya blogers UMNO yang ada nampak berfikiran sedikit waras.

Apa yang tercatat di penghujung komen anda itu memang benar dan nyata.

Kebanyakan pencacai2 UMNO terutamanya bloggers UMNO belum pintar lagi dalam ilmu telek kan dalam percaturan politik kaum cina dan india.

Sebenarnya kaum cina dan india telah beraleh arah dan bertukar selera. Kini kaum ini sudah membuat sokongan sepenuhnya terhadap DAP.

Paling malang bagi UMNO kerana sebahagian besar kaum melayu pula telah memerangi UMNO. Kaum melayu yang bermusuh dengan UMNO ini pula telah memberi sokongan kepada DAP.

Kaum bukan melayu sudah bersatu dalam DAP, sedangkan kaum melayu masih berpecah-belah.

Ini lah masalah BESAR yang dihadapi oleh UMNO. UMNO pasti akan rebah kerana perpecahan kaum melayu.

Untuk menyatukan UMNO dengan PAS samalah dengan niat untuk menyatukan Kambing dengan Harimau.

one one no belen said...

Saya bersetuju dengan saudara nalapambu.Itulah hakikatnya sekarang.Kemarahan org melayu kepada UMNO ada jugak benarnya.ini kerana para pemimpin UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa.Mereka semuanya hanya berjuang utk poket mereka sendiri dan mengabaikan tanggungjawab mereka untuk membela bangsa mereka.Namun membakar kelambu kerana marahkan nyamuk jugak bukanlah satu penyelesaian yg baik.Dan untuk UMNO menatik semula sokongan rakyat,PM mestilah menolak pemimpin pemimpin yg nyata tidak disenangi oleh rakyat jika mau UMNO terus relevan.Jika tidak,tak mustahil UMNO akan tumbang dan menjadi pembangkang di parliment nanti

Scud said...

UMNO masih lagi lemah. Walaupun pelbagai usaha dibuat oleh DS Najib, tetapi kalau tiada sokongan dari ketua bahagian maka ianya menjadi sia sia.

Memang betul pendapat saudara, pembangkang lemah bukan bererti UMNO kuat.

Kalau UMNO masih tidur, pasti akan tewas.

MIC dan MCA juga sama. Harus selesaikan segera masalah dalaman.

Senjaliza said...

Salam Perjuangan dan salam 1Malaysia.
Terima kasih.
Selamat Berjuang.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...