2. Dalam konvensyen, Mubarak dilihat menguasi dan memandu dalam perbincangan kertas kerja yang akhirnya suara sebenar dari akar umbi disekat atau ditapis dan tidak sampai keatas sebagaimana yang dikehendaki oleh Presiden parti. Tidak lagi ada ketelusan.
3. Pasdec, dalam projek perumahan/rumah kedai yang dibina sama ada oleh Pasdec atau diatas tapak tanah milik Pasdec dijual dengan harga tinggi yang tidak mampu milik oleh kebanyakan orang Melayu. Kerana itu kebanyakannya terjual kepada kaum Cina dan akhirnya orang Melayu terpinggir. Pasdec sepatutnya sediakan kuota bagi premis perniagaan untuk bangsa Melayu, jika tidak ini akan menyebabkan dimonopoli oleh bukan Melayu.
4. Dalam kes tertentu ada Majlis Perbandaran merobohkan gerai perniagaan yang diusahakan oleh orang Melayu. Apakat sudah tidak ada pertimbangan dan tolakansur bagi orang Melayu yang sedang bertatih untuk berniaga? Orang Melayu sudah tidak ada lagi keistimewa di negara sendiri.
5. Umno perlu mengawasi penjawat awam yang merupakan duri dalam daging yang sentiasa menikam Umno dari belakang. Ahli Umno tidak lagi dapat berbangga terutama bila berurusan dengan pejabat kerajaan, jika kita ahli Umno, permohonan kita akan diabaikan kerana penjawat awam adalah dari kalangan pembangkang yang hanya akan memberikan kesempatan dan membantu sesama mereka saja. Ini juga terjadi kepada tender pembekalan makanan dengan kementerian pendidikan. Kegagalan pemimpin Umno memantau kakitangan awam yang pro pembangkang membuatkan ahli Umno kecewa. TS Muhyiddin kena buka mata dan bersedia kerana ahli Umno ingin membalas dan meghukumnya kerana janji yang tidak ditepati.
6. Dalam masa sama Wanita UMNO juga mengadakan konvensyennya pada 20hb februari 2010 dari 9.30 pagi hingga 4.30 ptg. Sesi itu dan sesi ini, ucap itu dan ucap ini, forum ‘Wanita UMNO nadi Transformasi & Inovasi Negara’ dari 10.00 pg hingga 1.00 tgh hari. Sungguh cekap wanita UMNO, hanya dalam 3 jam segalanya boleh diselesaikan, agenda transformasi. Apakah segalanya telah tersedia dan wanita hanya hadir untuk menganggukkan kepala. Namun agenda tersembunyinya, terutama Negeri Sembilan dan Pahang - TS Muhyiddin harus disedarkan, jangan sampai tertikam belakang.
Kepada UMNO negeri-negeri yang belum lagi mengadakan Konvensyennya, tegakkanlah dan perjuangkanlah agenda bangsa Melayu kita bagimemperjuangkan Agama, bangsa dan negara. Jika UMNO sudah lari dari landasannya, apalagi yang orang Melayu harapkan dari UMNO?UMNO tidak perlu takut pada tuduhan parti dan bangsa lain bahawa UMNO ini parti rasis kerana bangsa lain pun dalam masa sama melakukan perkara saya - memperjuangkan bangsa mereka, malah mereka lebih komited dengan 'ultra kiasu'nya.
Janganlah kekecewaan UMNO Pahang akan dibawa kepada keseluruhan UMNO dan menjadikan UMNO tidak lagi perjuangkan orang Melayu. Jangan nanti hanya UMNO yang perjuangkan nasib pelbagai kaum dengan mengenepikan bangsa Melayu sedangkan bangsa lein memperjuangkan nasib mereka saja dengan mengenepikan nasib bangsa Melayu. Siapakah nanti yang akan rugi?
Bertolak ansurpun mesti ada batasnya ~ bRAVEhEART
4 comments:
Nak buat camne bro kalau cakap lebih pasal melayu camne nak dpt bajet dr tokeh2 utk pemilihan dlm parti atau pun pilihanraya, dah la tu org melayu asal nampak pemimpin je nak itu nak ini tak bagi tak dpt undi dlm pemilihan atau PR harap elaun wakil rakyat tak cukup utk itu semua, harap usahawan melayu masa susah menjerit2 minta bantuan dah senang buat hal sendiri je. jadi usah la kita jerit2 pada pemimpin umno tentang tentang isu2 melayu. berbeza dgn pas segala usaha dan pengorbanan utk agama semata2 walaupun banyak melalut, tapi tak kesah la pengikut jadi setia dan sedia pula menyumbang, kerana agama katakan.
Bro Rafie,
Mungkin juga kita dah tak perlu cakap apa2 lgi. Dan kita juga sudah tak boleh bercakap ttg apa2 pun, waima ttg bangsa sendiri. Mungkin kita patut jadi lembu katok je. Serta kita menjayakan program: MTB - Makan tidur, berak. Kita jangan peduli pada bangsa dan negara lagi, jual dan gadaikanlah apa yang kita ada. Hudup kita pun bukannya lama sangat lagi dah. Biar lantak lah!
Braveheart! aku setuju dengan awak,walauapapun kita, kita mesti menjaga keutuhan bangsa kita baru boleh kita menjulang agama kita..kalau tidak melayu pasti kecundang kalau bangsa lain mengusai negara. sedangkan sama orang melayu islam pun ada 'orang kito' atau 'bukan orang kito'.
Salam Awangmaser,
Saya kenal awak di Jerantut. Tapi yang penting kesedaran bahawa Melayu mesti bersatu dengan menolak perjuangan politik ketepi buat sementara waktu. Jadilah seperti bangsa Cina, sewaktu memilih dalam politik mereka akan memilih namun mereka akan bersatu semula atas nama kepentingan bangsa Cina mereka. Susah sangatkah kita lakukan itu?
Post a Comment