01 March, 2010

PERANG MEDIA SOSIAL DAN RUNTUH MORAL

Edisi Sisipan 2.25Ptg: SIAPA DI BELAKANG? Oleh bh,
(min.sHOGUn. baru habis kursus UMB di Janda Baik dan kepenatan, kah kah kah!)

UMB Pahang tidak akan dapat berperanan baik jika masih diketuai oleh orang yang salah


Pada demonstrasi membantah campurtangan Ahli Parlimen Australia dalam institusi kehakiman negara beberapa hari lalu, KJ ditempelak kerana merampas acara yang disusun awal oleh beberapa Ngo. Perbuatan ini dianggap biadap serta tidak menghormati orang lain. Dilaporkan bahawa beberapa Ngo telah merancang demonstrasi tersebut pada jam 10 pagi dan KJ pada saat akhir telah merancang perkara sama namun mengadakannya lebih awal pada jam 9 pagi.


Yang menjadi pertikaiannya adalah, KJ telah merampas acara diatas usaha orang lain yang mengumpulkan khalayak dalam jumlah yang ramai dan KJ kemudiannya datang serta menggunakan khalayak yang sama untuk mendapat publisitinya. Dia datang seakan seorang jeneral yang tidak diundang kemudiannya memimpin perjuangan untuk mengibar panji-panji kejayaan. Banyak pihak memendam rasa kesal terhadap kejadian tersebut dan melihat perbuatan itu sebagai tidak bermoral, namun itulah politik.


Parpukari dan Sam Marahku meluahkan rasa marah mereka, dan saya bersetuju dengan mereka. Memang dari segi politiknya KJ berjaya namun dari segi moralnya, KJ memang tidak ada moralnya.


---------------------------


Kumpulan Blogger Pembela Negara (BPN) dibentuk secara sukarela atas kesedaran individu untuk membantu kerajaan setelah menerima tamparan hebat akibat kegagalan mendapat undi majoroti 2/3 yang disebabkan antaranya oleh peranan blogger pro pembangkang. Perjuangan itu dilakukan secara ikhlas dan dengan penuh tanggungjawab


Namun setelah menyedari kepentingan dan peranan media sosial penting dan dapat membantu meningkatkan simpati dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, maka Pemuda UMNO dibawah pimpinan KJ telah menbentuk Unit Media Baru (UMB) yang melakukan peranan yang sama namun lebih menyeluruh. KJ yang satu ketika pernah mencaci blogger akhirnya menyedari kesilapannya memandang rendah terhadap peranan blog sebagai alat yang berkesan dalam media sosial.


Dengan dana yang ada maka UMB dapat meningkatkan usaha ini secara serata diseluruh negara. Namun yang dikesalkan adalah kenapa BPN dibiarkan begitu saja umpama melukut ditepi gantang. Bahkan dalam diam beberapa blogger yang dulunya ahli BPN diserapkan kedalam UMB. Kenapa ahlinya yang berpengalaman diambil tetapi badan itu sendiri dibiarkan dan tidak dipedulikan? Bagaikan lebah sesarang, madunya diambil namun sarang dan lebahnya dibakar dan terbang terbuang.


Bandingkan dengan senario diatas, ada persamaannya? Dalam hal ini, BPN telah dijadikan mangsanya dan UMB mendapat labanya. UMB seharusnya lebih jujur dalam usaha memajukan media sosial pro UMNO/Kerajaan. Janganlah bersikap membunuh rakan seperjuangan kerana ingin merampas penghormatan. Saya masih ingat, selapas PRU12 dan dalam membantu Perak, BPN lah yang kehadapan berjuang sedangkan UMB belum atau masih dalam proses kelahiran. Kita harap UMB mengambil langkah positif dan tidak melukakan hati rakan seperjuangan. BPN juga harus distrukturkan semula dan merangka halatunjunya dengan lebih jelas, atau bubarkan dan menyerap kedalam UMB.


Parpukari dan Sam @ Marahku mungkin setuju dengan saya bahawa UMB juga tidak bermoral bila menyingkirkan BPN tetapi memancing ahlinya bagi membantu mereka.


Perjuangan dan kejayaan haruslah juga dengan bermaruah dan pemimpin media baru di negeri-negeri pun (termasuk di negeri aku) perlu bermaruah ~ bRAVEhEART

1 comment:

one one no belen said...

Salam. Adakah ahli ahli politik itu sendiri bermaruah? jawapannya TIDAK.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...