Mari nyanyikan lagu katak, biar hujan akan turun basahi bumi ini
Semalam saya meredah di chatroll AIDC. Budak-budak disana semuanya resah sebab kepanasan yang teramat sangat. Adalah cakap-cakap pasal lapisan ozon yang semakin menipis. Ada yang kaitkan dengan limau nipis dan sebagainya. Bahkan ada yang nakal cakap pasal lapisan lain yang juga nipis, hehe.
Di Seremban, Yong dan kaum kerabatnya kata panas dan ada tempat-tempat yang bekalan airnya sudah terganggu. Hah! Kerejalah KJ! Adalah yang dah lama tak mandi agaknya tu. Serikandi kata di Damansara ada hujan. Maka adalah yang minta dihantarkan sedikit hujan atau awan hujan ketempat mereka supaya mereka juga dapat merasai hujan. Mmmm!
Apapun, hujan atau panas adalah urusan Allah. Kita bersyukurlah pada apa yang diberikan. Begitupun kita harus berusaha supaya kita akan sentiasa sihat dan bahagia. MB Pahang kata, kurangkan aktiviti-aktiviti luar di sekolah-sekolah. Ini bolehlah dipertimbangkan. Selain itu, banyakkanlah meminum air (air mineral, drinking water atau air masak) Yang budak-budak dalam AIDC tu cakap pasal cendol pulut ke air ABC tu ke, tak usahlah kerana itu akan lebih mendatangkan mudarat.
Makhluk lain pun risau dengan kepanasan ini. Katak-katak kedengaran berbunyi disana sini memanggil hujan. Kerana itulah banyak kita melihat dan ketahui katak-katak melompat kesana kesini.
Orang politik pun macam katak juga. Lompat sana lompat sini. Terbaru dan masih hangat dipasaran adalah mengenai YB Muhammad fairuz, mantan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang yang telah melompat keluar dari PKR dan melompat masuk ke UMNO. Maka suasana politik negarapun kembali panas.
Yang ahli partinya melompat keluar pun menggelarkan ahli itu tidak berguna dan tidak setia. Yang melompat keluar itu juga akan berkata kerana prinsip dan sebagainya dan parti yang akan menerima seseorang yang akan melompat masuk itu juga akan berkata bersedia menerima mereka yang telah sedar akan halatuju dan arah perjuangan sebenar.
Memang ini musim katak riuh. Mungkin juga musim katak mengawan. Tidak mengapalah kerana itu fitrah. Tapi bagaimanapun pastikanlah bahawa mengawanpun mesti mengikut fitrahnya, jangan main rodok saja. Pastikan juga masuk melalui pintu depan kerana pintu belakang itu adalah pintu 'kecemasaan'.
Pastikan juga segala perbuatan dengan cara yang halal. Masyarakat sudah tidak sanggup melihat anak-anak yang tidak berdosa dibuang disana-sini seperti membuang lampin pakai buang. Hidup juga harus beradab dan bersopan.
Arif Omar kata , Pas parti tak tau malu..(baca sini) ....kalaulah Pas ada "kemaluan'...(?) Pas masih mengigau dan mimpi dengan kenangan menteri besar Perak, Pas memimpin tetapi DAP yang berkuasa. Hehehe.
Apapun sudah ada bayangan bahawa Melayu akan bersatu. Perkasa telah mengorak langkah kehadapan. Kerana itu bangsa lain mula merasa bimbang dan berhasrat untuk mengagalkannya. Baca apakata Aspirasi Bangsa (sini) bagaimana suratkhabar Cina sudah mulakan perang saraf mereka, memperkecil dan menghina usaha ini.
Soalnya, kesedaran mesti ada dan Melayu mesti bersatu. Sudah sampai masa kita menyedari bahawa selama ini kita telah dipecah dan diperintah dan ekonomi yang menguasai politik. Kita harus kembali merebut segala yang hak bagi kita. Itu perjuangan sebenar untuk anak cucu kita nanti.
Ooo. Beberapa hari ini tidak kelihatan cucu mamak kutty. Mungkin dia sedang mengenggam telornya atau dia sudah bersiap sedia untuk melompat keluar dan masuk. Baguslah kalau dia sudah insaf, sudah sedar diri dan menyedari bahawa seburuk-buruk UMNO ini, namun UMNO masih kekal releven untuk perjuangkan bangsa Melayu berbanding parti-parti lain. Memang makhluk seperti cucu mamak kutty yang bebal ini susah nak diinsafkan, tetapi Allah akan membukakan hatinya.
UMNO itu Melayu dan Melayu itu Islam. Pas itu Islam(?) Mat Sabu..kah kah kah, Nik Aziz wali selipar dan menantunya..kah kah kah. Cucu mamak kutty? ...KAH KAH KAH, KAH KAH KAH!
Bacalah sini, catatan Husin.
3 comments:
kah kah kah keh keh keh koh koh koh....ente marah dgn cucu mamak kutty ye sin,ente buat posting kat blog brave heart ye.....oleh kerana ente sudah melanggar perjanjian dan ente marah ...sekarang ana mau jual sama ente....lelong lelopng lelong...murah murah murah...diskaun 25%....ini hj misai kontot banyak pembawak sial...harga boleh nego siap ada diskaun lagi....URGENT...aik betul2 le kau ni hj masai kontot pembawak sial...lelong murah,,boleh nego lagi siap ada diskaun pulak tu...pun takde org nak....tu le kecik2 taknak mampos,dah tua tua nak mampos pun susah pulak nak mampos...kah kah kah lente jgn marah pulak ye brave heart...nanti ente pulak kena lelong....dari cucu mamak kutty,insan yg berhati baik tapi pantang ...jika ada org yg suka menghina org lain...ente tengok mcm ana,ana tak suka mengutuk org...ana cuma maki org yg suka menghini org lain...terutama,bila ente menghina dan cuba menjatuhkan maruah org....keh terkehkeh keh keh
heh..heh.. braveheart! awak masih mimpi lagi ke? bila pulok orang melayu mula bersatu.Baru nak mula bepecahlah weh! ni bila PRU 13 lagilah berpecahnya. OKlah gini je.Umno sokong MCA Pas sokong Dap pulok, biar kita rasa hikmahnya.
keh keh keh, cucu mamak kutty.Saya percaya tuan sudah mendapat wahyu untuk memaki orang-orang yang tuan tidak sukai. dan tuan akan mendapat pahala kerana perjuangan memaki hamun itu. dan pasti tuan akan masyu syurga kerana kunci syurga kaum tuan yang memegangnya. teruskanlah usaha ini, mencari syurga sambil didunia dibayar untuk menerjah dimana-mana blog bagi menyebar dakyah. kah kah kah. takebeer! takebeer!kah kah kah
Post a Comment