07 March, 2010

MADAH PUTERI NAFISAH





Khas untuk cucu mamak kutty (Melayu ke bangsa apa ntah ni, atau memang dari bangsa yang tak berbangsa) serta kaum kerabat yang sepertinya:

Dalam mencari bahan-bahan untuk menulis dan membuatkan cucu mamak kutty serta kaum kerabatnya menyukai saya, saya menemukan kata-kata ini dari sebuah blog 'adik' saya dan saya rasakan patut saya lakukan 'copy and paste' supaya dapat dibaca oleh cucu mamak kutty serta kaum kerabatnya.

Semuga Allah membukakan pintu hati mereka dan mengetuk minda mereka yang bebal untuk menerima dan memahami bahawa Islam adalah Agama dan Pas adalah parti politik (yang hanya menggunakan agama sebagai sandarannya)





1 . Menasihati orang yang bersalah, tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

2. Kalau kita jemu makan makanan yang selalu dimakan, tidak mengapa.
Tapi jangan jemu membuat kebaikan kerana selalu melakukannya.

3. Pemurah biarlah bertempat. Bakhil begitu juga.
Barulah dikatakan pandai berbelanja.

4. Membuang sifat marah tidak mungkin karena merupakan fitrah awal kejadian manusia.
Yang salah meliarkan sifat marah. ALLAH berfirman maksudnya:
Orang Mukmin itu membenamkan sifat marah.

5. Seseorang itu diikuti karena beberapa faktor:

i. Kerana kebenarannya.
ii. Kerana kuasanya.
iii. Kerana ada sesuatu padanya yang diharapkan.
iv. Kerana fanatik orang dengannya.
v. Kerana kejahilan orang yang mengikutnya.
vi. Kerana orang terhutang budi kepadanya.

6. Orang yang selalu memikirkan kesalahan orang,
orang yang hasad dengki dengan orang,
orang yang meletakkan dunia dalam hati dan orang yang berdendam,
tidak pernah tenang jiwanya.

7. Pemurah banyak caranya.
Pemurah dengan harta.
Pemurah dengan ilmu.
Pemurah dengan tenaga.
Pemurah dengan kuasa.
Pemurah dengan nasehat.
Pemurah dengan senyum.

8. Kesalahan itu satu dosa.
Bertambah dosa bila tidak mahu mengakui kesalahan,
akan bertambah besar dosa itu bila tidak mahu bertaubat dengan dosa.

9. Susah hati dengan sebab dunia, akan menghitamkan hati.
Susah hati dengan dosa, akan memancarkan cahaya.

10. Susah hati dengan dosa akan membawa keselamatan.
Susah hati dengan sebab dunia akan merosakkan.

11. Orang yang mengaku buat baik,
janganlah diharapkan kebaikan daripadanya.

12. Orang yang ingin hidup kerana hidup,
tidak sama dengan orang yang mahu mati kerana hidup.
Lebih-lebih lagi tidak sama orang yang mahu hidup untuk mati.

13. Tenanglah di dalam segala hal
walaupun kerana mahu menunaikan kebaikan seperti sembahyang.
Kerana tenang itu adalah sifat Mukmin.

14. Mengumpulkan manusia tidak sama dengan mempersatukan manusia.
Kerana mengumpulkan manusia itu menyatukan fizikalnya
tapi menyatukan manusia ialah menyatukan hatinya.

15. Bersatu fikiran, fizikal dan hati tidak sama.
Bersatu fikiran tidak mesti bekerjasama. Bersatu fizikal tidak mesti satu arah.
Tapi bersatu hati itu akan sehidup semati.

16. Akal terang dengan ilmu.
Hati terang dengan zikir serta mujahadah untuk membuang mazmumah.


5 comments:

bRAVEhEART said...

Kah kah kah! Mudah2 tidur saudara semalam diberikan hati yang terang oleh Allah untuk menempuh hari-hari depan. Saya sentiasa akan mendoakan kebahagiaan saudara dan mendoakan Allah membukakan pintu hati saudara. Amin! Allah lebih mengetahui niat hati saudara dan niat hati saya. Kah kah kah! Kita hanya insan kerdil disisi Allah. Kalau memang niat saudara nak memaki saya sepanjang hayat saudara saua juga rela dan redhakan. Alhamdulillah!

Anonymous said...

oot apa ne sendiri posting sendiri komen

Scud said...

biarkanlah mereka dengan fahaman mereka. puak pembangkang ini dah tak boleh nak diajar lagi.

bRAVEhEART said...

Orang Kaya Bentong,
Tak boleh nak diajar tu maksudnya tak masuk ajarlah tak? Bukanlah maksudnya mereka itu kurang ajar sangat kan? Aku tak kata cucu mamak kutty kurang ajar pun.

PUTERI said...

Salam BH,

terimakasih kerana berkongsi madah tersebut dalam blog tuan. Semuga ada manafaatnya untuk pembaca blog ini...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...