Suara Anak Pahang - Perlu Baca

12 August, 2010

PAHANG: KEPIMPINAN UMNO YANG LEMBAB

Gambar Hiasan: Pelapis kepimpinan UMNO Pahang.




Semalam blog Pena Minang menulis tentang UMNO Negeri Sembilan yang caca-marba (sini). Hari ini blog Novandri, Minda Intelek Melayu pula menulis tentang UMNO Pulau Pinang (sini). Bloggers tidak pernah jemu menegur dan mengingatkan para pemimpin UMNO supaya jangan leka, berusaha lebih keras, jangan ego, jangan tidur, jangan sombong diri malangnya tidak banyak yang dapat diubah kepada pemimpin UMNO. Mereka masih dengan keadaan yang serupa. Pemimpin UMNO Lembab dan lemah dimana-mana.


UMNO Pahang apa kurangnya, mungkin tidak banyak hanya satu dua saja blogger yang berani menegur kepimpinan UMNO negeri tetapi itu bukan bermakna seluruh negeri mengangap kemimpinan tidak ada cacat-celanya. Orang tidak berani menegur mungkin kerana segan, malu-alah ataupun mengambi sikap tidak peduli, namun hakikatnya mereka sudah tersangat benci terhadap kepimpinan UMNO negeri.


Apabila ada satu dua blogger menegur pemimpin dan pemimpin beranggapan bahawa ini bukanlah suara majoriti dan mengambil sikap tak endah maka ini bermakna UMNO sengaja menempah petaka menjelang PRU13 nanti. BH sendiri sering menegur terutama peranan yang dimainkan oleh media sosial, yang sepatutnya dikuasai sepenuhnya oleh ataupun sebaik mungkin oleh UMNO namun setakat ini masih tidak nampak bahawa UMB Pahang dan Biro ICT Pahang mampu menguasainya.


Jika kita lihat / baca di facebook dan blog-blog yang ada, saya masih melihat bahawa mediujm ini masih dikuasai oleh penyokong pembangkang. Mungkin UMNO dibawah kepimpinan DS Adnan menganggap ini masalah terpencil dan beranggapan bahawa peratusan pengundi yang terlibat dan menggunakan media sosial berkenaan masih kurang makan beliau merasa UMNO masih selamat dalam PRU13 nanti. Mungkin beliau juga lupa bahawa dari hanya seorang pengguna media sosial berkenaan berita akan disebarkan secara manual kepada lebih ramai penggundi dan mereka akan lebih mempercayai apa yang disebarkan itu.


Saya tidak nampak bahawa dalam menyebarkan maklumat propaganda UMNO Pahang sudah berjaya menguasai pengundi di PRU nanti. Bahkan pembangkang nampaknya lebih berjaya menguasainya. Pahang Daily Online umpamanya berjaya menarik lebih 3000 pembaca dalam sehari, tidakkah mereka sedang menguasai minda rakyat?


Memang susah jika kita ada pemimpin yang tidak nampak masa depan dan kepentingan ICT / Media Sosial dan peranannya terhadap masyarakat. Malangnya, kita (Kerajaan UMNO/BN) yang mencipta ruang IT namun ianya dibiarakan dikuasai oleh pihak pembangkang. Malang juga bila kita ada Ketua Penerangan yang masih gelap hati dan mindanya.


Saya masih percaya, jikapun Pahang tidak jatuh ketangan pembangkang namun beberapa kerusi tetap akan dapat dirampas oleh pihak pembangkang dalam PRU nanti akibat dari keegoan pemimpin UMNO sendiri. Dalam bulan Ramadhan ini pemimpin diseru untuk berhenti seketika dari memikirkan bagaimana untuk memenihkan kocek mereka sendiri saja, tetapi lakukanlah sesuatu untuk kepentingan UMNO dan rakyat pula.

5 comments:

Anonymous said...

salam sdr,
negeri selangor pun tidak terkecuali
dari masalah ini....suara sudah hilang malah terdiam menikus....
satu satunya PKNS yang adalah milek melayu pun akan terlepas ketangan bangsa lain....

tenno perang said...

saya sokong laporan blog nih...ramai antara pemuda yang berpengaruh telah memilih pembangkang..mereka ini yang akan menarik sokongan pengundi muda yang lain...jentera UMNO dilihat sangat sunyi dan sepi...kalau ada aktiviti pun lebih kepada syok sendiri...pandangan ikhlas dari yang memerhati..wasssalam...

Syed Abu said...

Meneliti tulisan saudara, sinerio ini mungkin betul pada masa sebegini di tahun lepas. Tetapi kini keadaan blogger tidak menyengat dan tidak mempunyai isu untuk dipertengahkan. Pahang tidak seperti Selangor dan Pulau Pinang di mana kadar jangkauan IT agak tinggi. Maka medium internet bukanlah satu option yang berkesan. Walaupun benar kunjungan 3,000 pembaca tetapi bukan semuanya pengundi di Pahang. Silap fakta menganggap jikalau masuk sahaja website itu bermakna dia pengundi . Saya fikir kepimpinan UMNO dan BN Pahang telah membuat perkiraan yg betul dan tepat. IT bukan semestinya keutamaan untuk kemenangan BN di Pahang.

Anonymous said...

Salam Perjuangan,
Dalam pemerhatiaan harian saya, sejak PRU lepas,pemimpin-pemimpin UMNO negeri ,bahagian dan cawangan masih tidak sedar bahawa mereka setiap hari dicemuh dan diteguri kerana sikap angkuh, sombong dan denial simdrom masing=masing. Jika sikap ini tidak berubah segera, jangan haraplah untuk melihat keuntuhan kerajaan pimpinan UMNO pada PRU-13 nanti. UMNO kini sedang menghadapi masalah besar tetapi mereka masih tidak mahu menerima hakikat ini. Rata-rata orang UMNo sendiri bercakap harapam UMNO untuk kembali teguh dan kuat amat nipis. Mesej pucuk pimpinan atasan (MT) tidak dapat dihayati okleh pucuk pimpinan bahagian dan cawangan. Peringkat perhubungan juga nampaknya kuranng berminat untuk memperbaiki diri.UMNO kini kehilangan arah dan keutamaan perjuangannya juga keluar sasaran. UMNO tidak mahu menerima bahawa Orang Melalyu kini terbahagi kepada tiga pahaman politik - PAS, Keadilam dan UMNO. Orang Cina kini telah menolak MCA dan Gerakan manakal Orang India juga tidak lagi sokong MIC. Talihayat UMNO di Sabah dan Sarawak juga kini kurang meyakinkan. UMNO stronghold ia itu Johor, Melaka, Pahanga, Sabah,. dan Perlis tidak sekukuh seperti dahulu lagi. Harapan UMNO untuk merampas balik Selangor, Kedah, dan Perak pada PRU akan datang amat sukar sekali kerana ketiadaaan unity dan kompromi antara pemimpin dengan akar umbi. Negeri Sembilan akan tersungkur dan Terengganu juga bersar kemungkinan kembali kepada PAS. Kelantan jangan cakaplah. UMNO kena overhaul dan berani untuk berpindah kuasa kepada muka-muka baru yang lebih paham kehendak semasa. PM Najib kerana berani buat perubahan, gantikan jemaah menterinya sebelum persingan Parlimen akan datang. NOn-performer, penumpang dan kayu mati serta problerm makers mesti digugurkan. Menteri-menteri senator perlu dikurangkan terutam mereka yang ditolak oleh penggundi pada PTU lepas. UMNO masih disayangi ramai tetapi juika sesutu tidak dibuat segera ahli UMNO sendiri akan menolak UMNO pada PRU 13 nanti.

Anak Umno

Anonymous said...

UMNO negeri masih tidor nyenyak lg.. tak larat nk buka mata dan hati.masih dibuai mimpi indah.jgn salahkn rakyat nnt kerana mereka ini yg tak berusaha keras dlm menyaingi pihak pembangkang yg telah lama merapatkn diri dgn rakyat.
tlg le bangun wahai UMNO pahang cukup2 le bermimpi indah tu.kpd MB jgn dibuai dgn kata2 manis celikkn mata dan buka minda anda..berdirilah dibumi yg dipijak dgn realiti anda akan kalah jika masih diawangan....ini bknlah ugutan tp kenyataan.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...