16 August, 2010

MEDIA SOSIAL PAHANG ANTARA TIKUS DAN LABU

Wajah Si Tikus yang membaiki labu Media Sosial Pahang. 
Bila lagi nak adakan kursus blogger? Peruntukan masih banyak kan?
Kita sebat je lah, hehe


Sangkakala, adalah sebuah blog yang berada didalam liga blogger Jerantut di bawah link Suara Prihatin UMNO Jerantut. Terbaru blog Sangkakala menulis berkenaan blogger yang sepatutnya tidak dipolitikkan oleh tokoh-tokoh politik kita. (Klik sini)




Apa yang hendak kita sampaikan kepada UMNO Pahang terutama UMB Pahang dan Biro ICT Pahang bahawa sekarang ini seakan ada satu kebangkitan suara dari para blogger di pahang ini yang tidak bersefahaman dengan pemimpin kerajaan (bukan parti UMNO) kerana alasan yang tertentu.




Apakah UMB Pahang hanya akan membiarkan kudis ini bernanah dan menjadi pekong didada? Saya melihat kebangkitan ini harus disekat kerana jika tidak pasti ia akan memberikan impak yang tentunya bukan sedikit kepada UMNO dalam PRU13 nanti.




Saya telah banyak kali memberikan isyarat untuk difahami oleh pemimpin kita namun nampaknya mereka masih terlena dalam mimpi dan berharapkan DS Najib mampu selesaikannya. DS Adnan harus melihat bahawa dalam pentadbirannya ada musuh dalam selimut yang dengan sengaja membiarkan dia jahanam.



4 comments:

Anonymous said...

Punya lah takde keje orang Pahang ni ni. Takde Isu sangat, penyudahnya mengutuk sesama sendiri je.
Perjuangan apa kalau macam ni?
Anak muda tengok, buat malu je.

bRAVEhEART said...

Salam,
Sebab pemimpin Pahang yg ada dan terpilih adalah yg tersalah dipiliih. Kalau Anon diatas bukan orang Pahang, tau usah lah nak campor tangan tapi kalau orang Pahang kena campor dengan kaki-tangan sekali. Bukan kerana tak ada isu tetapi siapa lagi yg hendak betulkan jika bukan kita kalau orang lain semuanya penakut untuk bersuara atau sudah di'brruppp'kan

Anonymous said...

Lagi malu jika kita diamkan diri

bRAVEhEART said...

Salam Anon 11.13,
Lupa nak tanya, apa isu lain yg kita ada? Apa isu yg awak bawa dan awak tulis? Mana blog awak? Kan awak kursus di Rompon dulu? hehe

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...