Suara Anak Pahang - Perlu Baca

07 August, 2010

CERAMAH PERKASA DI JERANTUT





Semalam (6hb. Ogos 2010) jam 9.30 malam bertempat di Dewan Majlis Daerah Jerantut telah diadakan ceramah isu-isu politik Malayu. Selain dari YDP Perkasa Pahang merangkap Naib Pengerusi Perkasa YBh. Dr. Zubir Harun, turut hadir menyampaikan ceramah adalah Presiden Perkasa, Dato' Paduka Ibrahim Ali.


Ceramah yang bermula lembab itu akhirnya bertambah meriah dengan kehadiran ramai yang memenuhi dewan. Seperti biasa, kemahiran berpidato yang dimiliki oleh Dato' Paduka Ibrahim Ali membuatkan hadirin bersemangat mendengar ceramahnya hingga keakhir.


Antara lain beliau menjelaskan bagaimana sikap Pas yang selalu memutarbelitkan kata mereka serta mengeluarkan berbagai fatwa bagi menyokong apa yang mereka lakukan disamping mengeluarkan fatwa lain bagi menyalahkan UMNO. Sikap lidah bercabang Pas ini sudah sinonim dan sudah menjadi budaya dalam Pas.


Pas sanggup mengadai apa saja hatta nama Allah sekalipun demi mendapat sokongan dan kerjasama dengan DAP kafir harbi.Sebaliknya menolak kerjasama dengan UMNO. Mereka lebih rela berpelukan dengan DAP dari UMNO yang sama sebangsa dan seagama.


Pas sanggup berkerjsama dengan DAP tanpa sebarang syarat, namun apabila diajak berunding untuk kerjasama dengan UMNO maka mereka melatakkan syarat itu dan ini. Apa yang sebenarnya Pas mahukan? Ikhlaskan mereka untuk berkerjasama atau hanya sekadar mencuri kesempatan untuk mendapat sedikit berkuasa?


Bukan susah menjadi YB Pas kata Dato' Ibrahm Ali kerana mereka tak perlu berbuat apa-apa untuk rakyat. Andainya rakyat memohon bantuan rumah PPRT maka pemimpin Pas akan menjawab; 'Tidak usah kita ributkan dengan harta dunia ini kerana diakhirat nanti kita akan mendapat mahligai yang besar didalam syurga'


Di Kelantan, mereka berpolitik bukan bermusim sebaliknya sepanjang tahun. Mereka adakan ceramah sepanjang masa dan rakyat diberikan gula-gula dengan menampakkan indahnya syurga sehingga mereka lupa akan kehidupan dunia ini. Rakyat hanya nampak syurga tetapi pemimpin mereka berebut-rebut mengutip harta dunia. Rakyat diperbodohkan dan terpedaya serta hidup dalam kemiskinan. Kerana itu di Kelantan, mereka dari kalangan pemimpin jadi kaya raya merebut segala harta yang ada tetapi rakyat jelata dibiarkan sengsara sambil bermimpikan tentang syurga.


Demikianlah Pas yang kononnya perjuangkan Islam namun apabila Islam dihina oleh DAP, mereka langsung tidak berani pertahankannya. Pas bukan pejuangkan Islam tetapi pergunakan Islam untuk mendapat kuasa bagi kepentingan peribadi dan kroni mereka.


Malanglah bagi Pas bila mengharapkan seorang gembala tua untuk memimpin jalan mereka sedangkan gembala tua itu sering lupa, hilang ingatan dan tersesat jalan. Bukanlah Nik Aziz sendiri yang tidak baik tetapi Nik Aziz tidak baik kerana kelemahannya yang tidak mampu menguasai anak buahnya yang sikapnya lebih rakus dari orang-orang UMNO dalam mengejar dunia.


Apa pun dia tetaplah bodoh bila diperbodohkan anak buah dan anak menantu. Bila mulut Nik Aziz sebut 'Isle' dan 'Agamo' anak buah dan anak menantu akan sebut 'harto dunio', hehehe..apa beza Pas dengan UMNO?

6 comments:

denai semantan said...

siapakah perkasa untuk membicarakan soal politik antara Pas dan Umno,.. Ibrahim Ali perlu perbanyakkan muhaasabah politik sendiri sebelum membicarakan soal politik Malaysia,.... umum mengenali siapa Ibrahim Ali yang sebenarnya.,...

bRAVEhEART said...

Salam denai semantan,
Sdr menanya siapakah Ibrahikm Ali untuk bicarakan soal politik UMNO dan Pas, tetapi saya juga ingin bertanya siapa pula sdr yang ingin persoalkan Ibrahim Ali tentang itu dan ini?

Anonymous said...

Anda bolih beri apa jua gelaran kpd Ibrahim Ali tapi perlu juga menerima hakikat yg beliau sememangnya berjiwa Melayu.
Org Melayu sewajarnya berterima kasih kpd beliau kerana berusaha mengambil alih peranan pemimpin UMNO yg telah menjadi bacul kerana terlalu takut kpd MCA dan MIC.
Saya amat setuju jika PERKASA menjadi parti politik utk menggantikan UMNO.

bRAVEhEART said...

Anon,
Sy sangat setuju pendapat dn pandangan sdr mengenai peranan yg Ibrahim Ali ambil dari tokoh-tokoh UMNO yg sudah tidak berani bersuara perjuangkan Melayu namun menjadikan Perkasa sbg satu parti sy tidak setuju kerana itu akan lebih pecahbelahkan bangsa Melayu. Biarlah Perkasa sebagai NGO dan satukan Melayu Pas dan UMNO, selebihnya dalam politik terpulang kepada mereka sendiri.

Anonymous said...

salam tuan....
sy ade memerhatikan
..... tulisan tuan dan saya bersetuju dengan tuan..

bRAVEhEART said...

Salam,
Terima kasih Anon 12.29, mungkin kita sependapat dlm bnyk hal, justru kita cari persamaannya dan tolak segala perbezaannya.

August 8, 2010 10:53 AM

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...