Suara Anak Pahang - Perlu Baca

26 August, 2010

KERAJAAN SATU MALAYSIA - RAKYAT SEMAKIN HILANG PERCAYA


Gambar hiasan: Sebuah rumah disebuah kampong tradisi dipedalaman


Harap tulisan ini dibaca oleh PM atau menteri-menteri tidakpun oleh pak guard-pak guard serta pembancuh kopi menteri untuk dipanjangkan kepada mereka supaya mereka tahu inilah suara dari anak merdeka yang harus didengar:


Terbaru, kerajaan mengumumkan pemberian khas bantuan kewangan RM500 kepada penjawat awam. Terdahulu kerajaan telah mengumumkan kepada peserta Felda peruntukan sejumlah RM300. Bagaimana dengan pekebun, petani dan nelayan? Apa yang mereka dapat? Bukan saja kerajaan BN malahan kerajaan PR juga menumpu kepada golongan yang sama. Baca sini dan  sini.

Nasib orang-orang kampong tradisi nampaknya tidak dibela. Dengan kenaikan harga barangan serta potongan subsidi itu dan ini membuatkan nasib rakyat miskin ini tidak diperhatikan. Kita faham mereka ini tidak dinilaikan hanya kerana mereka tidak ada 'bargain power' lantaran suara mereka tidak sekata sebagaimana suara peneroka Felda. Malangnya sebenarnya mereka inilah golongan yang sangat memerlukan bantuan kerajaan.


Jika diperhatikan betul-betul mereka kebanyakannya adalah terdiri dari golongan tua serta mereka yang taraf ekonominya sangat rendah kerana tidak memiliki aset atau asetnya (tanah) yang tidak ekonomik.


Nampaknya kerajaan lebih mengutamakan kesinambungan kuasa politik mereka sahaja dan perjuangan terhadap rakyat miskin bukanlah satu agenda utama. Dalam kata lain, kerajaan hanya mengutamakan mereka yang berupaya mengancam mereka atau yang suaranya serta undinya mampu menguggat mereka, justru rakyat di perkampongan tradisional akan sentiasa dipinggirkan.


Peneroka Felda diberi perhatian kerana kerajaan cuba mengambil hati peneroka yang kebelakangan ini menunjukkan sokongan kepada pembangkang. Penjawat awam juga cuba dipancing kerana kerajaan sedar bahawa kebanyakan penjawat awam juga tidak menyokong kerajaan. Lebih malang kerana sebahagian penjawat awam adalah duri dalam daging kerana merekalah yang banyak terlibat dalam gejala rasuah. Bahkan ada antaranya yang juga menerima saham felcra sedangkan orang yang lebih memerlukan tidak  menerimanya.


Kaum asing juga selalu diberi muka oleh kerajaan dan kebanyakan desakan mereka terpaksa kerjaan patuhi dan bertolak ansur. Sebagai contoh, semasa PRK Hulu Selangor, kaum Cina menerima banyak faedah kerana kerajaan ingin memancing undi mereka.

Di Pahangpun masih banyak kampong-kampong dan rakyat dipedalaman yang tidak dihiraukan kerajaan. Ada kampong yang bukan saja MB tidak pernah lawati bahkan nama kampongnya pun MB tidak pernah dengari. Wakil-wakil rakyatnya juga kurang berminat melawat kerana jumlah undi yang sedikit serta keyakinan bahawa mereka akan tetapi mengundi kerajaan.


Jadi siapakah sebenarnya pembela kaum Melayu dipedalaman dan kampong-kampong tradisional? Maaf! Saya semakin hilang percaya kepada Satu Malaysia dan kepimpinan kerajaan sekarang ini.




4 comments:

Anonymous said...

benar tu,golongan yang benar benar memerlukanya melopong seperti penoreh getah,pesawah,nelayan kecil,pekerja kilang dan lain lain yang tak bersangkutan dgn kerajaan.beri kepada semua orang fakir miskin sehingga tiada lagi laporan kedaifan disana sini.

akmy said...

Macam gambar rumah kat kelantan je!

pemudaRembau said...

suatu perubahan mesti berlaku, ideal yang tumpul mesti dibelakangkan, untuk mengisi ketumpulan ini, suatu lonjakan mesti dilakukan.
Kita akan melihat suatu perubahan yang besar akan berlaku dalam UMNO, melalui gerakan keinsafan Pemuda UMNO.
Pemuda dibawah Khairy akan bergerak secara tersusun untuk mengubah pemikiran lama yang melingkari ahli UMNO selama 23 tahun. Zaman ini dinamakan zaman gelap UMNO, dimana pada zaman ini lahir berpuluh penyakit yang sekarang menjadi barah kepada UMNO.
23 tahun UMNO diperintah secara kuku besi, 23 tahun ahli UMNO dijamu dengan rasuah dan politik wang, 23 tahun UMNO mempelihatkan kehilangan indetiti melayu secara berterusan.
Saudara Khairy akan bangkit dengan panji seorang pahlawan.

airman_1 said...

salam,
melayu akan jadi minoriti pada pru13 akan datang sekarang pun penang, kelantan,selangor, kedah telah pun diprintah olih dap n ajis telah pun dijinakkan olih dap, jadi bersedialah semua utk menjadi pembangkang selepas pru13 melayu yg telah pun terbahagi kpd 3 bahagian 20% umno 20% pas dan 20% keadilan, bersedialah utk menjadi melayu minoriti sprti melayu diseberang tambak johor..bye

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...