10 August, 2010

HANGAT: PERTEMUAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO DENGAN PEMIMPIN UMNO NEGERI PAHANG








Petang semalam - satu pertemuan diantara pemimpin tertinggi UMNO dengan Pegawai-pegawai dan Pemimpin UMNO Bahagian-Bahagian Negeri Pahang telah diberitakan diadakan di Kediaman Menteri Besar Pahang.


Tan Sri Muhyiddin Yassin antara lain mungkin telah memaklumkan isyarat dan amanat kepada UMNO Negeri bagi bersiap sedia menghadapi Pilihanraya UMUM ke-13 pada bila-bila masa tidak lama lagi.


Turut dilaporkan kelihatan hadir ialah Dato' Jamaluddin Jarjis, Dato' Sharkar Shamsuddin dan beberapa pemimpin tertinggi negeri. 


Nampaknya tidak lama lagi rakyat akan menunaikan hak mereka bagi memilih parti dan kepimpinan bagi daerah dan negeri masing-masing. Apakah UMNO/BN sudah benar-benar bersedia?


Pahang akan menghadapi gelombang yang tidak pernah dijangka oleh pemimpin-pemimpin UMNO negeri selama ini. Mungkin pemimpin UMNO negeri manganggapnya sebagai satu perkara kecil akibat kegagalan mengesan gelora hati rakyat atau memang mereka masih merasakan bahawa mereka sentiasa kuat, berkuasa dan akan kekal selama-lamanya.


Saya melihat negatif dan merasakan bahawa UMNO akan kehilangan beberapa kerusi dalam PRU akan datang nanti jika pemimpin masih leka.

1 comment:

sembang kedai kopi said...

Salam.Kalau UMNO masih mencalonkan pemimpin pemimpin yang haprak sudah tentunya UMNO akan tewas beberapa kerusi yang panas.Yang pasti 2 kerusi dun di parlimen Jerantut mungkin akan jatuh ke tangan pembangkang jika masih tak menukar calon disana :-)

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...