07 August, 2010

KONSPIRASI BLOGGER?



Logo: Grup Blogger Mata Duitan




Berikutan posting beberapa hari ini saya dihubungi rakan-rakan blogger. Dari kiri dan kanan, memberi pendapat dan pandangan. Nyata mereka lebih banyak mengetahui dari saya - dan memang wajar demikian itu.


Ada pihak berpendapat bahawa blogger STJ adalah individu yang bertanggungjawab dalam kes RM15K itu. Namun ada pihak lain menyatakan bahawa dia hanyalah pencacai kepada blogger SK yang sebenarnya 'Ular Sawa' yang juga terlibat dengan RM80K.


Nampaknya ada pihak yang menyokong satu pihak manakala ada pihak lain menyokong pihak yang satu lagi. Ini pun sebenarnya wajar kerana alasan kepentingan peribadi dan kelompok tertentu. Namun kedua-dua pihak itu kini diam membisu!


Cuma yang kecewanya adalah kami yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak mengetahui mengenai apa-apa dan membiarkan nama kami dijaja kesana kemari dan ada pihak yang memperolehi laba darinya. Saya sepatutnya lebih dahulu sedar bahawa dunia ini tidak sama rata.


Saya masih mengumpul maklumat dari beberapa sahabat untuk terus menulis mengenai isu ini. Saya ingin menyingkap segalanya hingga segalanya terdedah, apa yang patut saya sayang lagi? Saya bukanlah sebutir peluru!

8 comments:

WZWH said...

Salam Braveheart,
Lebih kerap dan selalu Braveheart heboh dan publisiti hal ini maka lebih suka dan gembiralah blogger pembangkang dan persepsi masyarakat kepada blogger pro BN akan jatuh dan negatif dan tidak berminat lagi membaca blog blogger pro BN. Rakyat tidak berminat hendak tahu cerita blogger BN makan duit peruntukan, rakyat mahu cerita apa kerajaan buat, apa pembangkang buat.

Rakyat Marhaen said...

bro

moral of the story- sepatutnya blogger jangan jadikan dunia blog nie sbg satu perniagaan.Kalau setakat tulis tapi hit tak byk mana..hentikan jerlah cara mcm nih..

ini baru cerita bab blogger dapat duit tapi tak bahagikan sama sendiri.Belum lagi cerita bab blogger ugut pemimpin UMNO utk elakkan daripada cerita dikeluarkan.

Kalau sikap ugut mengugut nih ada dikalangan blogger Pro UMNO, kita boleh nilai sendiri ler nilai diri masing2..

Buat dgn hati yang ikhlas dan bersatu dengan satu arah tuju.Baru kita dihormati

Anonymous said...

terus dedahkan supaya pihak atasan umno jangan ditipu dan mudah percaya pada sesiapa.

ini juga satu amaran kepada mana2 pihak nak kudakan blogger.

masaalah sumber maklumat dari papagomo tu tak boleh pakai.

dia ada rekod perkhidmatan buruk. apa dia? takyahlah dicerita.

bRAVEhEART said...

Salam,
Saya menulis bukan kerana nama dan bukan mencari rating. Kalau nk popular, tulislah tentang politik dan tokoh politik serta tambahkan dgn caci maki, tentu akan popular spt Hse PK. Saya menulis kerana menyatakan pendapat saya mengenai sesuatu.
Ada orang yang baru berblog mengajar saya (komennya tak saya siarkan) katanya jgn tulis keburukan blogger dan tokoh umno kerana akan untungkan pihak lawan. Maknanya jika berak tengah jalan memadai dengan ditutup dgn daun - najis tak kelihatan walaupun baunya masih dapat dihidu. Ini adalah pendekatan UMNO dalam menyelesaikan masalahnya. Ini yang membuat rakyat membenci umno dalam pru12 lalu. Kita masih tak mahu sedar? Perhhhhh!

GOMO said...

salam bro. bab yang perlu di fokuskan sekarang blogger makan blogger. macam kawan maklumkan sebelum ini.

si Rafi tu kaki Pow vvip. dia pow lama dah bab ni. Pow untuk dirinya sendiri dan tak menjual nama Blogger. Kalau ada pihak kata dia Pow rm15K di Hulu Selangor tu kawan tak nampak dan tahu.

tapi isu yang jelas adalah Blogger yang terang terangan makan duit Blogger si Sang KELDAI Pendek tu.
Hulu Selangor dia dapat peruntukkan untuk blogger. tapi blogger mana yang dapat?

di sibu macam tu lah jugak dengar khabar rm80 K. sapa yang dapat? ada lah kawan kawan kata dapat sikit. ok lah...

tapi pasal apa sikit sangat sedangkan bajet lebih???

bro? yang KENYANG TEMBOLOK ni adalah segelintir Blogger yang kononya Profesional. so kalau dah Tuan bagi makan dan sekarang Tuan nya tak dapat nak bagi makan maka yang di bagi makan tadi akan Melalak meminta minta.

nak di pendekkan cerita, Fokus nya adalah yang makan duit Blogger. Besar bajet tu. yang kita tahu takat tu. tapi yang kita tak tahu???

ada blogger sekutu sang KELEDAI kata Si Sang KELEDAI jaga KEBAJIKAN BLOGGER.

Lu dapat apa bro? Kebajikan apa lu dapat??? Maaf lah bro, aku pun sama macam hang. maybe aku kat KL so ada lah Fuction yang dapat ikut sana sini.

salam perjuangan Bro.
Maaf kawan katakan. Orang yang call awak pasal isu ni sebenarnya BARUA si SANG KELDAI.

bRAVEhEART said...

Salam Semuanya,
Hahaha, ini mcm sesi telanjang-telanjang sama blogger. Saya suka dedahkan kebenaran walaupun ianya buruk. Selagi kita sembuntikan selagi itulah kudis itu akan menjadi barah dan merosakkan seluruh tubuh.Bro semua, saya masih mengumpul maklumat dan saya akan ulang tulis perkara ini untuk pendedahan selanjutnya dan percayalah bahawa saya tidak ada apa-apa kepentingan selain dari membuat pendedahan dan mencari kebenaran yang nyata.

Rakyat Marhaen said...

aku setuju dgn kedua komen dr brave dan gomo...sikap kawan makan kawan nih satu perkara yg patut dijauhkan kerana masing2 dalam arah tuju yang sama..statement aku sebelum nih bukan tuju kepada sesiapa tetapi utk menyedarkan segelintir blogger yg rasakan dirinya hebat..

kelemahan patut ditegur dgn cara berhemat bukan ditutup.Kalau ditutup akan menjadi barah.aku setuju dgn brave...tegur mengikut pandang dan pendapat sendiri..

semoga pendedahan akan datang memberi pengajaran kepada blogger yg merasakan diri mereka hebat tetapi hanya pada nama...tetapi hati perut busuk..

bRAVEhEART said...

Terima kasih Rakyat Marhaen, kita akan dedahkan lagi mengenai blogger makan kawan nanti

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...