24 August, 2010

PEMIMPIN PUNCA KEGAGALAN URUSTADBIR UMNO?

1. Saya membaca posting ini dari blog UMB Pergerakan Pemuda UMNO Pahang;


Mana Datang Budgetnya???
Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Baru -baru ini, kecoh dalam beberapa blog yang memperjuangkan UMNO mempertikaikan UMB Pahang. Malah ada juga beberapa dakwaan yang UMB Pahang sendiri pun tidak pernah dengar. Diantaranya, UMB Pahang dapat budget tetapi tidak membawa manfaat terhadap perjuangan alam siber.

Pelik, tapi itulah hakikatnya. Persoalannya, mana datang budget itu? Siapa yang bagi dan siapa yang menerimanya? Yang menulis blog mengenai UMB Pahang dapat budget ni tau ke siapa yang menulis untuk blog UMB Pahang ini?

Tambah menghairankan, ada juga blog yang turut bersekongkol dengan Pahang Daily Online (PDO) yang terang dan nyata pro pembangkang. Sedangkan diblog mereka jelas tulis menyokong UMNO. Pernah terlintas persoalan siapa yang membiayai PDO selama ini? Kalau nak dibandingkan blog tersebut dengan PDO, tahan gagah lagi PDO cari duit sendiri. Bukan seperti blog yang menyokongnya hanya mengharap pengikhtirafan daripada kerajaan Negeri.

Bila kerajaan negeri tak bagi, wah! Macam-macam difitnahnya. Macam - macam perkara dibangkitkannya. Hanya sebab tak dijemput ke Konvensyen pun boleh jadi alasan kononnya usaha mereka tidak dihargai. Ini jati diri yang nak ditunjukkan kepada generasi baru? Buat malu adalah.

Itulah hakikat orang yang kononnya memperjuangkan UMNO. Malu nak cerita perangai mereka ini. Tak pernah ikhlas buat kerja. Semua bergantung harap kepada orang lain. Sikap kebergantungan kepada orang lain sangat tebal. Cakap pandai, buat kerja? Haram.

Sama ada dalam perjuangan siber mahupun perjuangan hakikinya. Semua berharap. Manakala kata suruh buat, tidak.

Buat sekian kalinya, UMB Pahang membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang mahu menyumbangkan artikel mengenai apa sahaja isu ke alamat umbpahang@gmail.com.

Dah berbulan tawaran ini dibuka kepada ahli UMNO Pahang khususnya. Tapi berapa ramai yang sudi memberikan sumbangan? Tiada. Ada pun sorang dua yang menulis sekali - sekala sekadar meluahkan apa yang mereka rasa, mereka lihat dan mereka dengar.

Orang UMNO ni memang pandai. Pandai mempertikai, pandai membuat spekulasi, pandai membuat andaian sendiri. Mana dapat cerita kata UMB Pahang dibayar? Mana buktinya? Kalau ada tunjukkan.

Ini satu cabaran. Siapa berani sahut kalau tidak mahu mengaku kata pandai bercakap, tapi tak pandai buat. Kita tengok nanti.
Posted by Unit Media Baru at 12:54 AM
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
5 comments:

gengsahabat said...

salam...sebagai pejuang bukan pengiktirafan yang dikejar,bukan wang ringgit yang dicari dalam memartabat bangsa,agama dan negara...tuduhan ,fitnah dan dakyah yang dilempar harus diperangi..UMB Pahang selama ini wujud atas sifat dan sikap semangat kekeluargaandan persefahaman..kami juga berkorban masa,tenanga,fikiran demi menangkis serangan jahat pembangkang melalui platform ini..Apa yang kami mahu adalah keprihatinan pihak atasan dalam memberikan akses kepada kami sebagaimana yang telah diputuskan dalam konvensyen tempohari..itu sahaja..
August 18, 2010 6:01 AM
melayurayadaily said...

umbpahang,

Saudara jangan tawar hati. Biasalah bila kita dalam perjuangan apa pun boleh orang kata mengikut persepsi mereka. Yang penting kita ada daya tahan. Teruskan kehadapan..
August 18, 2010 7:14 PM
Unit Media Baru said...

Bukan tawar hati atau marah dan sebagainya.
Soalnya sekarang tuduhan yang melampau. Elligation tanpa sebarang bukti.
Kami di UMB Pahang juga masih menunggu perlaksanaan seperti yang telah dibentangkan dalam konvensyen. Menanti dengan kesabaran.
Tidak pula bagi sesetengah orang yang hanya tahu mempertikai, membuat spekulasi dan tohmahan yang tidak berasas.
Apa gunanya? Apa kelebihannya dengan mempertikai organisasi sendiri?
Keadaan Politik Melayu sekarang semakin terancam. Tetapi apa yang dipentingkan bagi sesetengah orang hanya pengikhtirafan, peruntukan dan recomendation dari pihak atasan. Untuk apa? Itu persoalannya.
August 18, 2010 8:19 PM
Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

ada sesetengah org kecewa krn mereka mempunyai kepentingan atau kehendak peribadi. kita berjuang lillahi ta'ala, sebaliknya mereka berjuang kerana kehendak tertentu atau minta dihargai.

itu masalahnya jika niat kita berjuang itu kerana kepentingan atau kerana org lain. bila kepentingan itu tidak dipenuhi, atau org yg disokong tdk mampu beri apa yg mereka mahukan, mereka akan kecewa.

jika niat kita berjuang kerana Allah swt, insyaallah, kita tidak mungkin akan kecewa kerana tidak mungkin kita kecewa dengan Allah atau kerana Allah. Jd nasihat saya, biarkan mereka, teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara dgn penuh keikhlasan dan penuh ihsan. Mudah2an perjuangan diberkati. Amiiin :)
August 19, 2010 10:44 AM
bRAVEhEART said...

tapi kerajaan juga harus berlaku adil, kenapa generasi pertama blogger negeri Pahang sering dicier dari setiap program yang diadakan? apakah agendanya? tiada siapa akan terasa dalam hati sekiranya UMB Pahang dan Biro ICT Pahang adil dan saksama, masalah dalam UMNO adalah terlalu berkroni-kroni
August 22, 2010 7:13 PM


Saya terasa saya disasarkan tetapi malangnya penulis blog berkenaan 'malualah'. Kenapa tidak berani menghalakan muncung senapang tepat pada sasaran? Jikalaulah begini dalam perjuangan, UMB Pemuda UMNO Pahang hanya membazirkan peluru saja. Dengar sini adik, abang besar nak bagi tau; bahawa berjuang mesti berani dan berpegang teguh pada pendirian, Jika terasa kurang berani, sila undur kebelakang dan jadi penakut sampai bila-bila. Ya, saya ada kehendak dan kepentingan peribadi, tetapi bukan wang ringgit sebaliknya pengiktirafan dalam perjuangan serta keadilan. Mahal sangatkah?


2. Kebetulan UMB Pahang menanyakan tentang bajet, Saya akui bahawa memang tidak ada bajet. Bahkan menurut sumber yang boleh dipercayai, UMNO Pahang sudah mufis sehingga gaji Setiausaha kerja masih belum berbayar. Ada beberapa bahagian yang gaji SUK berkenaan dibayar hasil usaha Ketua Bahagian atau SU Bahagian sendiri.

Dimaklumkan UMNO di sebuah negeri (bukan UMNO Pahang) kehilangan punca pendapatan sekitar RM200K sebulan berikutan penjualan syarikat milik kerajaan negeri. Ehem..ehem!


3. Sempena lawatan PM ke sebuah negeri (bukan Pahang) dimaklumkan UMNO negeri menerima peruntukan sebanyak RM400K namun hilang mungkin angkara Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun.


4. Mujurlah segalanya bukan berlaku pada negeri Pahang, mujurlah UMNO Pahang tidak gagal dalam urustadbir, hehehe

3 comments:

Yb raz said...

umb pahang wujud ke? apa alamatnya?

Anonymous said...

Salam.UMNO memang dah busuk hingga ke usus.Nak kata apa lagi?

bRAVEhEART said...

Yb Raz,
UMB Pahang ujud tapi alamatnya 'ntah macamana dan rasanya tak ada pun orang yang melawat dan membacanya maklumlah postingnya hanya setiap setahun sekali. Tengoklah blog sifu dia juga macamana, macamana ketam nak ajar anak berjalan lurus? ketam hanya boleh ajar anak jadi kurang ajar.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...