18 August, 2010

POLITIK PAHANG - JONG PECAH YU KENYANG

Ini satu berita hangat dan baru diterima dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Perebutan untuk menjadi calon wakil rakyat Ahli Parlimen di Jerantut semakin bertambah hangat. Terbaru diberitakan bahawa seorang anak tempatan Jerantut yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah dan Setiausaha kepada bekas MB Pahang sedang di'lobi' untuk menjadi calon Ahli Parlimen Jerantut dalam PRU13 nanti.

Diberitakan juga pencalonannya disokong kuat oleh bekas Ahli Parlimen merangkap bekas Ketua UMNO Bahagian dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian dalam era yang sama.

Sebelum itu ada desus-desas bahawa Dato' Sharif Shamsuddin, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian akan dicalonkan. Jika benarlah berita terbaru ini maka akan hampalah harapan Dato' Sharif untuk menjadi AP dan akan sedihlah segala penyokong dan juak-juaknya kelak.

Bagaimanapun banyak pihak juga tidak menyukai calon yang disokong oleh bekas Ketua dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian ini kerana disifatkan sebagai satu lagi 'jerung putih'.

Nampaknya UMNO Pahang, khususnya Jerantut sedang sibuk mencatur calon-calon wakil rakyat PRU13 nanti. Apakah mereka sedar bahawa diatas sana, TMY sedang panas 'berperang' dengan Presiden MCA. Apakah sumbangan mereka untuk membantu mempertahankan pemimpin? Atau mereka hanya menanti untuk menangguk diair yang keruh atau mengharap jong akan pecah supaya yu akan kenyang.

4 comments:

Tinta Emas said...

aiii belum apa apa dah sibuk melobi sana sini..humm rasanya sesiapapun yang dilantik, ibarat keluar mulut rimau masuk mulut buaya.yang merana rakyat jua.

Anonymous said...

Inilah dia penyakit orang UMNO. Sana sini sibuk dgn lobi melobi, cocok mencocok, tikam menikam semata-mata untuk mengejar jawatan. Pada mereka UMNO ialah satu platform dan batu loncatan utk menjadi wakil rakyat dan seterusnya ingin menjadi menteri, timbalan menteri atau menteri besar. Mereka ini rakus dan bercita-cita besar utk memenuhi poket mereka dulu bukannya utk berkhidmat pada rakyat. Mereka ini tidak sedar betapa UMNO dibenci oleh rakyat kerana sikap mereka ini. Mereka juga khayal dgn kedudukan mereka dlm UMNO yg kononnya sebuah parti yg kuat dan relevan. Mereka tidak tahu dan tidak sedar apakah realiti diluar sana. Mereka tidak pernah hendak menilai kedudukan UMNO yg begitu rapuh sekarang. Mereka tidak berusaha untuk mempertahankan UMNO yg kini diasak dan ditempelak oleh rakan2 dari parti komponen dlam BN sendiri. Mereka masih khayal. Mereka masih syok sendiri. Dan yg paling menyedihkan ialah mereka ini masih berlagak sombong dan angkuh kononnya akulah orang UMNO yg tidak akan jatuh.....
Inilah penyakit UMNO. Mereka tidak sayangkan UMNO. Mereka tidak sayangkan agama dan bangsa mereka. Mereka tidak sayangkan negara yg kemungkinan besar tampuk pemerintahan akan dirampas pada PU13 nanti...Sedarlah wahai orang UMNO yg kamu tidak lagi dihormati dan tidak dipandang tinggi oleh rakyat. Sedarlah bahawa golongan spt kamulah yg telah menjadikan UMNO sbg sebuah parti yg meluat dikaca mata rakyat. Sedarlah bahawa golongan kamulah yg akan menghancurkan dan akan memusnahkan UMNO. Sedarlah bahawa golongan seperti kamulah yg akan memusnahkan orang melayu dan agama islam dinegara ini. Sedarlah bahawa golongan spt kamulah yg akan menghancurkan negara ini kelak..Ini adalah realiti dari kami rakyat marhean yg hina ini..

Apai Ngelai said...

salam, kita doakan jika ada pihak berkepentingan dapat digantikan dengan mereka yang benar2 perjuangkan nasib bangsa dan agama..

Anonymous said...

Salam.Siapa pun calon yang diletakkan di parlimen Jerantut tetap sukar untuk menang jika UMNO masih tak berubah

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...