Suara Anak Pahang - Perlu Baca

22 August, 2010

UMNO SEMAKIN LEMAH DAN TIDAK BERMAYA DIERA DS NAJIB?





1. Tak lama dulu TPM adakan pertemuan dengan UMNO Pahang. Antara yang disampaikan adalah UMNO Pahang harus bersiap sedia bagi kerajaan mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 dalam masa 30 bulan.

2. Baru-baru ini PM dalam lawatan ke Perlis  meminta UMNO Perlis dan Kedah mencari penyelesaian dalam sengketa dalaman parti. Klik sini dan sini Kejatuhan Kedah kepada pembangkang bukanlah kerana kekuatan parti pembangkang tetapi kerana kelemahan UMNO itu sendiri.


3. Yang nyatanya pemimpin UMNO dimana-mana adalah sama. Mereka lebih pentingkan diri sendiri dan kroni masing-masing. Apa yang sering mereka ucapkan ' ...demi Agama, Bangsa dan Negara' hanyalah retorik semata-mata. Ini berlaku dimana-mana ada UMNO. Pahang tak terkecuali. Kerana itu saya berani katakan bahawa Pahang akan kehilangan beberapa kerusi dalam PRU13 nanti, kerana UMNO memang busuk sampai ke ususnya.


4. Di Jerantut pun UMNO bercakaran sesama sendiri, kerana merebut kedudukan masing-masing. Baca blog SPU. Ada pihak sengaja mencipta persaingan kerana mengharap ' Jong akan pecah dan Yu akan kenyang' dengan tidak memikirkan kelemahan parti akan meruntuhkan parti dan kekuasaan Melayu itu sendiri.


5. Saya beranggapan bahawa dalam PRU 13 nanti akan ada golongan yang protes kerana membenci pemimpin-pemimpin dalam UMO dan kerajaan kerana sikap mereka. Mereka akan bertindak mem'boikot' atau mengundi parti lawan.


6. DS Najib perlu dapatkan lebih nasihat dan pandangan TDM serta kurangkan penglibatan DS Rosmah.



4 comments:

Anonymous said...

apa la nak jadi dgn umno. sedih betul la. patut pak presiden ada kuasa bubar satu2 bahagian kalau ada laporan mereka berantakan. kalau bergaduh lagi walau selepas pemilihan. bubar lagi. baru mereka kautim sesama mereka dan saling bekerjasama. kuasa membubar tu diberi pada 3 naib presiden setelah usul dibahas di MT dan concur by timb. presiden dan approve by pak presiden. baru betul.

maknakata bahagian kena juga berbaik2 dgn MT, mereka tak boleh hidup sendiri dan bersifat kebal. undi 2/3 dari MT di bawa ke naib presiden utk pembubaran. jadi masing2 ada t/jawab masing2. saling b/jawab menjaga keharmonian parti.

hasilnya bahagian akan kuat , saling b/jasama. mereka automatik akan kautim sesama sendiri.

zek

Anonymous said...

Hubungan antara kaum menjadi lebih tegang kerana kelembikan Najib yg hanya keras bila dapat apam.
Menyesal aku sokong dia dulu.
Enough is enough.

Anonymous said...

UMNO sebenarnya berpenyakit dantak pernah serik dgn kesilapan2 lampau. Inilah padahnya apabila parti dijadikan sbg platform utk sebilangan mereka yg oportunis. Golongan oportunis ini terbentuk dgn sendirinya setelah UMNO berubah arah tuju perjuangan di era 80an. Secara perlahan-lahan UMNO terbentuk menjadi sebuah parti elit. Elit dalam konteks pandangan umum dimana golongan2 tertentu menjadikan UMNO sbg alat utk menjadi kaya raya dan mengumpulkan harta. UMNO dipandang sbg parti elit kerana hanya golongan elit sahaja yg UMNO manakala ahli grass root dianggap sbg balachi mereka. Manakan tidaknye yg menjadi penggerak utama adalah mereka yg berada di cawangan2. Merata-rata ahli2 dicawangan sentiasa diabaikan menakala mereka yg duduk di JK Bahagian, Perhubungan Negeri dan peringkat Majlis Tertinggi berlagak macam raja..Tetapi mereka yg tidak tahu malu ini akan segera tersengih dan terhegeh-hegeh balik ke cawangan setiap kali berlakunya pemilihan dan setiap kali apabila PRU diadakan. Namun mereka yg berada di cawangan yg telah berjuang secara jujur dan ikhlas tetap menerima ketua-ketua dan boss2 mereka yg bedebah ini...
Inilah penyakit UMNO dan nampaknye ia semakin parah. Masaalah utama UMNO ialah sebilangan ahlinya yg rakus dan tamak pd jawatan. Kerana jawatan itu akan menjamin secara otomatik kedudukan mereka utk menjalankan agenda peribadi iaitu utk mencari harta kekayaan..jika inilah sebenarnya perjuangan ahli UMNO sekarang maka tak hairanlah Putrajaya akan ditawan dan diambil alih. Bila ini berlaku jangan menyesal kerana menyesal kemudian tiada gunanya. Kami rakyat bawahan akan tetap dengan nasib kami yg serupa walaupun akan berlaku perubahan tampok pemerintahan..mungkin kami tak mahu ambil kesah lagi tentang UMNO. Kerana UMNO telah gagal. Ya, UMNO telah gagal dari segi moral dan teras perjuangannya..

Anonymous said...

UMNO sekarang dalam proses mereput UMNO bukanlah juara rakyat seperti yang didendangkan.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...