12 January, 2013

HANGAT: HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT, APA YANG RAKYAT KEHENDAKI SEBENARNYA?




1. Tonton, dengar, hayati dan fahami vid. klip diatas ini. Inilah suara sebenar kehendak rakyat yang sebahagian besarnya enggan bersuara dan hanya berdiam diri. Ini suara rakyat jelata yang tinggal di luar bandar dan pedalaman dan dalam keadaan hidup yang kepayahan, yang perlukan pembangunan dan bantuan kerajaan sercara konsisten. Lebih-lebih lagi mereka mahukan kehidupan dan keadaan tenteram dan aman damai.

2. Mereka sudah bosan dengan segala macam demo dan tunjuk perasaan dan keadaan yang tidak tenteram yang dicetus oleh ahli-ahli politik khususnya pembangkang yang hanya bermotifkan untuk mendapat kuasa memerintah.

3. Rakyat sedar bahawa mereka itu bukan benar-benar dan ikhlas memperjuangkan rakyat. Namun yang nyatanya adalah mereka menggunakan rakyat untuk dijadikan benteng bagi perjuangan mereka. Mereka meletakkan rakyat dihadapan untuk dijadikan mangsa dalam perjuangan mereka yang kepentingan kelak adalah untuk mereka sendiri peribadi.

4. Rakyat sudah sangat jelas bahawa perjuangan Anu arr adalah untuk kepentingan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri, itu saja. PKR ditubuhkan hanya semata-mata untuk membela Anu arr dan kepentingannya. Pas yang selama ini kononnya perjuangkan Islam sudah tersasar jauh dari asas perjuangannya. Hanya kerana ingin berkongsi mimpi bersama Anu arr, PKR dan DAP, maka Pas sanggup gadaikan perjuangan Islamnya. Bahkan sanggup melakukan perkara-perkara yang sangat bertentangan dengan semangat perjuangan Islam.

5. Kami berlindung dari syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..., namun apa yang berlaku adalah 'Ularmak' Pas sanggup bersahabat dengan syaitan hanya semata-mata ingin memusnahkan 'UMNO', parti yang selama ini perjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dinegara kita sejak awal dulu. Jika Pas sanggup bersahabat dengan syaitan, tentulah para pemimpinnya lebih 'huduh' dari perangai syaitan.

6. Wajarkah rakyat menyokong sebuah perhimpunan sebegini yang hanya bertujuan untuk menghalang Shamsidar dari disapina oleh Nallakarupan dalam saman fitnah terhadap Anu arr? Mungkin sebahagian yang hadir perhimpunan hanya kerana 'duit poket', selebihnya kerana tertipu dengan perjuangan yang salah. Mungkin selain dari itu mereka hanyalah diantara rakyat Malaysia yang dilahirkan bebal sejak azali.

2 comments:

Anonymous said...

Masaalahnya pemimpin UMNO pun bangsat jugak.Sebab itu rakyat nak check and balance supaya para pemimpin UMNO tak menyalahgunakan kuasa sewenang wenangnya untuk kepentigan peribadi mereka sahaja.Apa yg rakyat dapat? taik kuda ajelah

Anonymous said...

semua pemimpin pun sama juga...ada peluang pulun dulu...perjuangan agama bangsa dan negara belakang taruk..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...