27 January, 2013

TOK GURU PEMEGANG KUNCI SYURGA



1:25 ~ 2:25 Nik Aziz kata Allah dah maafkan...



1. Ramai pembaca dan penyokong Pas marahkan saya kerana tulisan saya semalam 'Tok Guru Nik Aziz Lebih Sesuai Jadi Tok Pekong'. Mereka menyatakan kemarahannya melalui e-mel dan komen diblog (tidak saya siarkan). Demikianlah bagi orang-orang yang taksub kepada seseorang pemimpin.

2. Intipati kepada tulisan saya itu adalah bahawa Tok Guru Nik Aziz tidak menjalankan peranannya sebenar sebagai Tok Guru. Nik Aziz telah gagal sebagai ulamak dalam memperjuangkan agama Allah. Sedangkan penggunaan Kalimah Allah dikalangan bukan Islam juga gagal dipertahankannya, apa lagi yang mampu dilakukannya dalam perjuangan Islam?

3. Konon Nik Aziz cuba mentarbiahkan DAP dengan memberi kelonggaran kepada segala perbuatan pemimpin DAP mengenai soal agama Islam. Namun sejak akhir-akhir ini yang jelas kelihatan adalah DAP yang mentarbiahkan Pas sehingga segala kehendak DAP terpaksa dituruti oleh Pas hatta berkenaan agama sekalipun.

4. Jika Mursidul hamPas ini tidak lagi dapat berperanan sebagai Tok Guru bukankah dia secara 'senyap'nya diiktiraf sebagai Tok Pekong?

5. Bagaimana dapat kita percayai bahawa Nik Aziz telah mendapat 'petunjuk' Allah dengan menyatakan bahawa Allah sudah maafkan 'Saiful Bahrin'. BAgaimana jika 'pelaku' itu bukan ADUN atau ahli atau penyokong Pas. Apakah Nik Aziz akan berikan jawapan sama?

6. Benarlah bahawa 'kunci' syurga dipegang oleh Nik Aziz. Bahkan dia juga boleh menentukan siapa yang akan dibenarkan masuk dan siapa yang tidak.

4 comments:

Anonymous said...

Cuba fikir2 baik2, selama ini PAS mmg mahir berceramah dan dasar perjuangan asal PAS mmg dipuji dan kita patut menyokong. Tapi kalau sekadar dasar di atas kertas, perlaksanaannya kacau bilau, sebhg ustaz2 yg berceramah pula, sy tidak nmpk nilai akhlak islam yg dibawa. Mcm mana nk pimpin org cara islam, bila diri pn kurang btl. Segala2 yg berlaku skrg ni ke atas PAS sebenarnya adalah ujian terhdp kesediaan PAS utk menerajui negara. Apa yg kita nmpk hari ni, PAS gagal dlm ujian2 tersebut. Allah nk uji PAS. Setakat mana keikhlasan dan kesediaan PAS. Jgn igt pimpin negara mcm main pondok2. Ini perkara serius. Kalau keputusan psl kalimah Allah je dh boleh berpusing2....mcm merry-go-round...... maafla.....PAS blm layak terajui negara.

Anonymous said...

memang tak sesuai kata nik ajis tok pekong. ni semua nak jahanamkanpakatan rakyat ajer kerjanya. nak kasi pas berkelahi dengan dap ke. dap kan dah ada tokong. pas pun ada tok pekong. nanti dua dua tokong dan tok pekong gaduh cari sapa ada kuasa lebih, kan bahaya untuk pakatan. bagi ajer gelaran god untuk nik ajis. . tak pa kot. kalu nak muda , kasi jer anak tuhan, atau roh suci.

Admin said...

siapa kita untuk menghukum orang, kan?
Kadang-kadang senyap lebih baik daripada berkata-kata :)

bRAVEhEART said...

MMI, blog tuan sudah dilink-kan di blog yg diberi muka, selamat berjuang...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...