11 August, 2009

Pahang Daily Online Ejen Penyebar Fitnah Anwar

Api yang membakar juga memberikan isyarat kepada mereka yang keji itu


Vidoe Klip 'TV Antara' di Pahang Daily Online terus menyebarkan fitnah dan dakyat politik songsangnya bangi menghasut rakyst. Kali ini dengan tajuk sensasi ' Rakyat Serawak Mangsa Kekejaman Pemimpin BN' dan memfokuskan kepada Negeri Serawak kerana Serawak tidak lama lagi akan membubarkan DUN untuk satu pilihanraya peringkat negeri.

Dalam satu perhimpunan yang didakwa dihadiri seramai 3000 orang, pemimpin besar pembangkang yang sinonim dengan tunjuk perasaan dan rusuhan serta tuduhan terhadap kes liwat itu menghasut rakyat Serawak supaya menyokong PK dengan menuduh KM Taib Mahmud dan kroninya sebagai perampsa kekayaan negeri dan membiarkan rakyat tinggal dalam kemiskinan.

Kenapa kemiskinan di Serawak yang diperjuangkan? Kenapa tidak perjuangkan kemiskinan di Kelantan? Apakah kerana Kelantan diperintah oleh sekutu PR maka kemiskinan di negeri itu tidak perlu dipertikaikan dan tidak usah diperjuangkan? Jadi apakah asas perjuangan mereka sebenarnya? Apakah untuk membela rakyat dari belenggu kemiskinan atau hanya jadikan kemiskinan isu untuk meraih pengaruh politik semata-mata?

Bagi mereka yang berfikir, pasti mereka sedar bahawa yang PR perjuangkan hanyalah kuasa dan pengaruh politik semata-mata. Soal menjaga kepentingankroni, rasuah dalam politik serta penyelewengan dalam pentadbiran telah berlaku dan berlaku lebih hebat dizaman Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan. Kerana itu jika kita masih ingat, dalam satu PAU semasa Anwar masih dalam UMNO dan dalam usaha cuba menjatuhkan Presiden Parti, tindakbalas yang dilakukan adalah menyenaraikan nama dan syarikat korni-kroni Anwar yang mendapat projek dari hasil dasar kronism yang Anwar amalkan.

Tentu kita masih ingat bahawa dalam zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, DSAnwar pernah disabitkan dengan kesalan penyelewengan dan penyalahgunaankuasa. Jadi, siapakah dia yang ingin bercakap tentang kebersihan dalam pentadbiran apabila beliau sendiri bergelumang dengan noda? Begitulah, kadangkala Syaitan pun ingin menjelma menjadi Wali dan Nabi.

2 comments:

Dollah said...

Gua langsung tak heran jika dikatakan Pahang Daily Online penyebar fitnah. Yang gua hairan Utusan Meloya, Berita Hairan, NST, TV1, TV2, TV3 lagi dasyat sebar fitnah. "Pergi Jahanamlah UMNO".

.@blogger.com said...

Betul lah En Dollah, kalau Pahang Daily Online sebar fitnah En Dolah tak heran, kalau PAS sebar fitnah di masjid pun En Dolah tak herankan? Yang salah dan sentiasa salah adalah UMNO. Kene sembelit pun salah UMNO, cirit-birit salah UMNO...kalau jiwa dah hitam nak buat macamana lagi....ini jenis PR karatlah ni

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...