25 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: MAINAN POLITIK

Siapa boleh masuk syurga dan siapa tidak? Klik (sini) untuk baca.




Sama ada mengakuinya atau tidak tetapi inilah kenyataannya, bahawa pertembungan dan kegawatan politik yang berlaku dewasa ini adalah pertentangan diantara 2 individu, iaitu Anwar Ibrahim dan DS Najib. Ini adalah pertentangan peribadi antara mereka, diantara yang terlepas haknya dengan yang berhak mendapatkannya.

Anwar Ibrahim yang kedudukannya sebelum ini adalah terlalu hampir untuk menjawat jawatan sebagai PM Malaysia merasa terlalu kecewa berikutan kecicirannya dari senarai pemimpin yang berpeluang menjawat jawatan tersebut. (Saya tidak mahu mengulas mengenainya dan bagaimana ianya berlaku kerana beranggapan bahawa semua pihak sudah maklum mengenainya.) Kerana itu beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkanya semula tempatnya walau dengan apacara sekalipun.

Pada waktu pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, mulanya dia diserang dan disaran meletakkan jawatan sebagai Pedana Menteri atas alasan gagal bertindak cemerlang, namun apabila menyedari DSN akan mengambil alih kepimpinan, maka mereka (pihak pembangkang yang diketuai DSAI) merasakan adalah lebih sukar merampas pemerintahan dari DS Najib berbanding dari Abdullah Ahmad Badawi, lalu mereka membuat kenyataan bertentangan dengan menyokong kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi pula. Kita masih belum lupa!

Setelah peralihan pucuk pimpinan berlaku dengan AMAN, maka mereka berusaha melakukan satu demi satu tekanan bagi membuatkan pantadbiran kerajaan tidak stabil seterusnya mereka akan merampas kuasa (bukan secara militan) dan seterusnya memerintah Negara.

Namun antara yang menarik dari permainan politik antara mereka adalah dalam kes kerajaan Negeri Perak. Ianya bermula dengan pengumuman seorang ADUN BN melompat parti masuk PKR. Lalu segera PKR membuat kenyataan akhbar mengenainya dan Anwar Ibrahim ternyata sangat gembira. Namun setelah itu ADUN tersebut melompat semula masuk BN beserta beberapa ADUN PR yang keluar dan menjadi ahli bebas. Pada saat ini kita melihat DS Najib pula yang gembira sedangkan Anwar Ibrahim masam mencuka. Inilah kekalahan pertama Anwar Ibrahim secara langsung. Maka beberapa tokoh dari parti pembangkang pun mula mengeluarkan kenyataan bahawa perlakuan itu tidak sah dan tidak bermoral.

Ini adalah permainan politik tingkat tinggi yang penuh dengan konspirasi dan kontroversi. Tidak ramai yang akan faham dan ternyata diperbodohkan. Kini ianya dimainkan lagi. Terbaru - YB Mohd Razi ADUN Lunas, Kedah mengumumkan keluar parti PKR dan meletakkan semua jawatan dalam parti serta mengistiharkan sebagai ADUN bebas. Banyak yang bertanya, kenapa sekarang ini? Jawapannya sudah tentu untuk meraih sokongan politik bagi PRK Permatang Pasir.

Apa pun, seperti yang saya katakan tadi, ini adalah pertentangan peribadi Anwar Ibrahin dengan DS Najib. Rekod bersih masih pada DS Najib, beliau masih belum pernah dikalahkan sedangkan Anwar Ibrahim ibaratkan peninju yang telah berkali-kali tertiarap ditengah gelanggang dengan mata yang lebam.




(Klik utk baca: Sinopsis Drama Politik Lompat Katak Bhg. 1)

(Klik utk baca: Sinopsis Drama Politik Lompat Katak Bhg. 2)




(Percuma/ Sila Klik: Nik Aziz Pemegang Kunci Pintu Syurga)

6 comments:

Jumayatara said...

Setuju dengan beranikan hati

Walaupun UMNO dah kali 7 kali ( 6 + 1) tapi DS Najib masih belum dikalahkan lagi. Tahniah blogger IQ zero.

.@blogger.com said...

Terima kasih si bacul yang tak faham topik. Mungkin IQ nya sudah tahap minus 7. Siapa yang bincangkan pasal PRK? Kah kah kah. Begitulah jiwa bila dah rosak. Namub terima kasih kerana jadi pembaca tetap ~ bRAVEhEART

Tok Pambu said...

Sekarang ternyata pencacai2 UMNO sudah habis putus asa dalam perjuangan nya memberi kekuatan kepada UMNO.

Apa sahaja mereka buat semua nya menemui kegagalan.

Jika sekiranya DUN negeri Perak di bubarkan, pasti BN/UMNO akan hancur.

Unknown said...

tengok kan dah kena balik..itulah dok kata kat tok guru itu ini..pastu siap buat gambar tok guru dengan air setan lagi tu..last2 permatang pasir jatuh balik kat tangan pas..UMNOGok + beranikan hati keh..keh..tak payah mimpilah..makan diri balik,dok ngata org bacul konon raserkan balik..blog ko nie sebenarnya blog org2 yang skit jiwa dok mencarut jer ko tahu..patut ko kena tukar dari beranikan hati kepada hati bercelaru...keh..keh..ataupun ko tanyer org yang pujuk ko time ko merajuk tue nak tukar namer aper yer...
satu lagi kalo betul UMNOgOk nie beranilah maner bakal YB yg kalah time diumumkan kemenangan PAS tadi..ko suruh dia merajuk jugak ek..kalo anak jantan dia boleh terima kenyataan nie tidak,tak nampak muka langsung..kalo aku jadi pegundi di permatang pasir yg undi UMNOgok nie aku hampa n kecik hati paling tidak pun tujukan muka yg hensem tu sikit..
ok gua blah dulu..isyallah ketemu kita lagi..byer
salam ramadhan..
byer syukur alhamdulillah pas menang..
takbir3

.@blogger.com said...

Ya. Pulau Pinang akan jadi negeri Islam. PAS akan memerintah denga perintah dari DAP. Bagaimanapun beer tetap bukan arak dan dihalalkan mengikut kehendak DAP. Orang melayu dalam dilema dan kekeliruan kerana mereka ditipu dan menyangka bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS sedangkan sebelum PAS wujud lagi Islam telah berkembang di Malaysia. Di negara arab tanpa PAS namun Islam terus subur. Yang kelirunya adalah orang melayu yang jumud ~ bRAVEhEART

Unknown said...

asalamualaikum..
inilah org umnoGok suka sangat nak bezakan dengan negara org..pastu dia bagitau macamlah org tak tahu macam maner keadaan negara yg dia samakan...samalah kes yang kenaikan harga minyak tahun dulu,dok bagitahu negara org lagi mahal harga minyak,negara yang dia bagitau tu bukan negara pengeluar minyak pastu dia pikir dia sorang jer bijak,rakyat tak bijak ker?
satu lagi nak bagitau..kat negara arab maner ader parti PAS parti UMNO lagilah tak ader...
Wahai hati berkarat ops beranikan hati hehehe...nak tanyer pasal PM kiter sumua cakap pasal hukuman pada peminum arak tue mcm maner yer? nk tahu jugak komen ko plak?kan ko suka menulis...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...