26 August, 2009

PEMEGANG KUNCI SYURGA: PENGUNDI PERMATANG PASIR KELIRU

Pengundi Permatang Pasir keliru antara syurga Allah dengan syurga Nik Aziz

Tahniah! Akhirnya PAS menang di Permatang Pasir sekali gus berjaya mengekalkan DUN berkenaan sebagaimilik PAS/PR. Disebalik jumlah yang keluar membuang undi berkurangan, undi yang diterima oleh calon PAS juga merosot.

Seorang rakan blogger berkata; Kalau dulu sebelum pilihanraya umum ke 12, BN boleh berbangga kerana hampir setiap calon yang mereka calonkan akan memenangi pilihanraya mereka dengan mudah. Tetapi kini selera rakyaat Malaysia telah berubah... di sesetengah kawasan senarionya telah terbalik, rakyaat di kawasan tersebut dilihat lebih berselera untuk mengalahkan calon BN gara-gara perspektif yang dimainkan oleh parti pembangkang. Letaklah calon mana sekalipun yang "terlibat" dengan "kongsi gelap", "songlap" duit parti, "songlap" duit peruntukan wakil rakyaat maupun "kacau" isteri orang mereka tetap akan dipilih rakyaat. Rakyaat tetap memilih "mereka" kerana parti yang mereka wakili telah "diwarnakan" dengan begitu indah sekali.

Pemikiran rakyat di akar-umbi masih kuat berpaksikan kepada persepsi-persepsi yang disemai oleh Pakatan Pembangkang. Fenomena ini bahaya menurut penulis kerana sesetengah "rakyaat" kini seperti tidak boleh berfikir dan menilai sendiri keadaan politik negara, tetapi lebih bersandarkan kepada fitnah dan strategi menelanjangkan aib calon lawan oleh parti pembangkang. (Klik untuk baca seterusnya)

Seorang blogger lain berpendapat: Pengundi Permatang Pauh boleh diibaratkan robot atau paranoid, hati dan minda sudah tertutup. Letaklah apapun di depan hidung jika ianya mempunyai lambang kati (dacing) ia akan menolaknya. Kononnya korup dan tidak bersih. Umno dan BN dihina sehina-hinanya. Penghinaan Umno dan BN semakin ketara apabila si al-sodomy menjadi pendekar buah labu, Pas pun sama naik dengan al-sodomy, lupa hukum lupa akhirat. menfitnah, meruntuhkan masjid, menyalahgunakan masjid dan lebih teruk menggunakan agama sebagai alat berpolitik. Stop (klik utk ke blog berkenaan)

Apapun, penduduk Permatang Pasir telah membuat pilihan mereka. Hanya saya berharap kerajaan lebih bertegas dalam membuat keputusannya pula. Kawasan yang diwakili pembangkan tidak harus diberikan perhatian dari segi pembangunan. Jika ada sebarang janji sebelum PRK ini, maka usahlah ditunaikan kerana pihak pembangkan telah menanamkan sikap jika inginkan pembangunan pilihlah pembangkang dan kerajaan akan berikan lebih pembangunan kerana ingin menarik hati rakyat. Kita bimbang nanti ianya jadi satu trend bahawa jika inginkan pembangunan dan perhatian kerajaan, maka sokonglah pembangkang.

Selain itu, UMNO harus dengan lebih telus melihat kedalam diri sendiri, sejauh manakah kita telah berubah? Kekuatan UMNO berpaksi diakarumbi, tetapi sekuat dan sekukuh manakah akar umbi UMNO sekarang ini? Sikap pemimpin UMNO dicawangan-cawangan yang mendiskriminasikan ahli membuatkan UMNO semakin mengecil. Pemimpin di cawangan tidak berminat untuk menarik lebih ramai bilangan ahli kerana bimbangkan kedudukannya akan terancam. Mereka lebih rela bermesyuarat dengan 10-15 ahli sahaja walaupun senarai ahli cawangan lebih dari 100 orang. UMNO diperingkat dan majlis tertinggi harus memantau hal ini dengan lebih serius lagi.

Dalam posting yang lepas-lepas saya menyatakan bahawa UMNO/BN akan terus kalah sepanjang PRK sebelum PRU13 nanti kerana sikap rakyat yang lebih cenderung menentang kerajaan. Oleh itu kekuatan UMNO diperingkat akarumbi MASTI diperkuatkan dengan bersungguh-sungguh. Bilangan ahli yang komited dengan perjuangan UMNO mesti ditambah. Ketua-ketua dicawangan yang tidak telus berjuang harus disingkirkan, begitu juga diperingkat bahagian. Parti UMNO harus dirakyatkan dan tidak lagi dijadikan parti untuk golongan elit sahaja.

Kepada DS Najib dan TS Muhyiddin, pantaulah segala perubahan yang sedang dan ingin dilakukan kerana masa kita semakin singkat. Selagi UMNO diperingkat bahagian dan cawangan tidak berubah maka selagi itulah UMNO secara keseluruhannya tidak akan dapat dirakyatkan. Tumpuan khusus harus diberikan di peringkat bahagian kerana inilah peringkat yang paling menghadapi kesakitan dan barah yang serius. Saya percaya DS Najib dan TS Muhyuddin lebih arif tentang ini ~ bRAVEhEART

Bacaan lanjut - sila klik:
Analisis Pilihanraya Permatang Pasir

PAS tolak permohonan untuk ke syurga?

9 comments:

Maya Malaya said...

Tuesday, August 25, 2009
SAYA DI MAKI HAMUN SEMATA-MATA KRITIK LIM GUAN ENG

Please think long enough before you talk, since you have low IQ. << DIA KATA SAYA LOW IQ, SEBAB SAYA KRITIK LIM GUAN ENG BAGI UCAPAN TAK GUNA BAHASA MELAYU DI TANAH MELAYU
Wahai saudara kita ini,

Tidak tahulah apakah nama saudara yg sebenarnya. Tapi, saya cuma nak berucap dgn saudara di sini.
Zaman apa dah sekarang ini? Semua orang kena berucap dlm bahasa yg awak fasih sahaja ke? Pandai awak bercakap banyak di sini, MB Lim Guan Eng merupakan seorang pemimpin yg berwibawa dan berintegriti, tak kiralah dia ni dari mana-mana pihak dalam hal politik.

Saya rasa awak yg patut balik ke Indonesia. Sbb apa? Sbb di negara Malaysia ni, setiap rakyat dididik sejak kecil lagi yg kita patut hidup secara aman, damai dan makmur bersama-sama tanpa mengira bangsa dan kaum. Manalah wujudnya spesies yg "racist" mcm kamu?

Faham tak maksud racist? Kalau tak faham, maksudnya dlm bahasa Melayu "orang yg mendiskriminasi terhadap bangsa yg lain" atau "orang yg suka membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb". Malaysia mampu membangun sbg negara yg lebih maju dan makmur berbanding negara Indonesia disebabkan ia berbilang bangsa dan kaum. Dan jgn pula awak berpura-pura tidak tahu yg majoritinya rakyat berbangsa Cina paling banyak menyumbang dalam menjana ekonomi Malaysia sejak lama lagi. Kalau tidak, agaknya negara Malaysia sekarang ini masih lagi dlm tahap pembangunan yg hampir sama taraf dgn negara Indonesia.
Saya yakin bahawa engkau tahu juga yg sebenarnya parti politik UMNO ditubuhkan dgn tujuan majoriti rakyat berbangsa Melayu takut kalah bertanding dgn rakyat berbangsa Cina dari segi ekonomi. Sbb kebanyakan rakyat berbangsa Cina lebih pandai berniaga sejak dulu lagi dari negara China, kuli-kuli pun lebih tekun bekerja, tukang apa pun lebih cekap, para usahawan pun lebih efisien menangani masalah dalam kerja-kerja yang dilakukan. Dan secara keseluruhannya lebih gigih dan cekal dalam apa jua kesusahan dan masalah yang diduga.

Saya bukan hendak kata yang semua rakyat berbangsa Cina pandai-pandai belaka, tetapi cuma majoritinya. Dan juga bukannya semua orang Cina lebih pandai daripada orang Melayu. Ada juga orang Melayu yang lebih bijak dan pandai daripada orang Cina dalam perkara yang lain. Setuju? Sekiranya engkau tidak setuju dengan apa yang dikatakan, pergilah baca lebih banyak buku mengenai sejarah Malaysia sejak dan sebelum penjajahan British.

Bukalah minda awak yang sudah lama ditutup, bukalah mata awak yang sudah lama ditutup dengan sengajanya. Juga bukalah hati kemanusiaan awak yang sebenarnya yang telah dikurniakan oleh Tuhan. Sekiranya anda teruskan dengan apa yang anda fikirkan, dengan punca minda yang sama, maka segala-gala yang benar dan betul tidak akan diakui dan tidak akan diterima langsung.

Insyah Allah, saya harap awak tidak akan teruskan lagi minda awak yang kurang terbuka dan sempit, jika begitu awak tidak mampu mengenal pasti apakah itu adil dan saksama. Di negara Malaysia ini, kita tidak kira bangsa, apa yang kita lebih memandang berat adalah sikap dan minda setiap rakyat Malaysia yang lebih berkemanusiaan, bermoral, dan beretika dalam apa jua perkara.
Sekian.

PENULIS ADALAH SEORANG CINA : http://www.youtube.com/user/sangwootyutlau, DUDUK DI HONGKONG TAK MAHU BLK MALAYSIA. YANG KO SEBUK HAL MALAYSIA BUAT APA, KE PENANG KO DAH PANGGIL HONGKONG??

CINA NI NAK CAKAP SEBAB CINALAH MALAYSIA MAJU, RAMAI CINA BIJAK PANDAI, MELAYU YANG PANDAI SEJEMPUT JE.

BAGUS - BAGUS.. MELAYU BODOH CINA PANDAI. MELAYU YANG BODOH NI JILAT BUNTUT CINA. MACAM MAHFUDZ DAN SALLEH MAN.

AGAK2 KALAU AKU GADUH DENGAN CINA, ADA X MELAYU NAK PERTAHAN AKU?

http://www.kasipukulrata.blogspot.com/

Anonymous said...

cuba baca analisis Nobisha di Astro Awani malam tadi: Sementara saya menerima hakikat bahawa Barisan Nasional berjaya mengurangkan majoriti PAS, namun dilihat dari sudut ratio undi yang diterima oleh kedua-dua parti, tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Pada tahun 2008, PAS mendapat 11,004 undi berbanding Barisan Nasional sebanyak 5,571. Ini bermaksud untuk setiap satu undi untuk Barisan Nasional, 1.9 undi pergi kepada PAS. Dalam pilihanraya 2009, PAS mendapat 9,618 undi manakala Barisan Nasional meraih 5,067 undi; iaitu ratio yang sama (1:1.9) seperti pilihanraya sebelumnya.

BN perlu menerima hakikat dan bermuhasabah diri tentang kelemahan mereka. kebanyakan penganalisis politik dan blogger samada pro-PR atau pro-BN meramalkan Pas akan menang kawasan itu dengan majoriti yang rendah kurang drp 1000 seperti berlaku di Manek urai; tapi sebaliknya berlaku. atau sebab BN tidak menjanjikan pembangunan sehebat Manek Urai?

Unknown said...

kalo kalah tu terimalah kenyataan, yang UMNO KALAH..asyik dok kata dapat kurang bilangan undi kepada PAS saja..kalolah PRU 13 nie undi bertambah melipat kali ganda ko nk cakap mcm maner pulak...

.@blogger.com said...

Di Indonesia mereka hanya ada satu bangsa dan satu bahasa, bangsa dan bahasa Indonesia. Di Malaysia melayu bertolakansur dengan bangsa-bangsa lain yang menumpang di negeri ini untuk tidak perlu mengorbankan bangsa dan bahasa ibunda mereka, apa kah mereka masih tidak berterima kasih? Siapa yang sebenarnya rasist?

Abeli Rosli said...

assalamualaikom... salam psahabatan brooo... nak tau tak abeli pengerusi tetap umno cawangan anak gajah batu balai jerantut pahang..blog abeli tidak memihak mana-mana parti politik.. bro.. x tengok ke blog saya siar gambar.. mesyuarat pewakilan umno jerantut baru-baru ni.. blog yang mengkritik umno tu bukan blog abeli... blog follower abeli.. abeli siarkan blog mereka agar kita semua sedar.. apa yang mereka kutuk kat kita... profesional la kalau nak jadi blogger.. kena teri pandangan dan pendapat orang lain... tunjuk contoh yang baik.. perangai yang baik.. kita org umno.. baru orang nak sokong kita... profesional ok.. abeli minta maaf sekiranya kata-kata abeli menguris perasaan brooo... sebab abeli pun manusia yang punyai perasaan.. salam satu malaysia...

.@blogger.com said...

Salam dan terima kasih abeli, segalanya yang kita lakukan adalah untuk bangsa melayu dan agama Islam, dan parti UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa yang kita percayai selama ini yang telah membawa dan mengangkat martabat bangsa melayu sejak mula merdeka. Terima kasih juga melawat blog saya ~ bRAVEhEART

ibnu sidek said...

Salam. Apa yang kauorang kecuh ni, kan Pas dah menang di Pematang Pasir dan Bn kena terima hakikat yang pengundi disana telah memilih Pas sebagai wakil mereka dan jangan ambil peduli dengan kata orang, nanti akan makan diri sendiri. Kalaulah ditakdirkan Bn menang di sana, adakah posting ini akan keluar dan apa faedahnya yang kamu dapat,kamu bukannya orang politik yang mempunyai kepentingan dalam parti dan takkan dihargai oleh Umno. apa yang kamu dapat hanyalah kurangnya pahala puasa kamu kerana cuba bermusuh dengan orang islam sendiri dan juga bukan islam dan melayu. kan kita diajar agar menghormati semua kaum yang ada di Malaysia ni, tiada siapa yang menumpang disini, sebenarnya kita yang menumpang di Bumi Allah ini.

.@blogger.com said...

Saya pun tak faham apa yang abelitokjoro perkatakan, tapi nak ambil hati dia tu, jadi layannnnn sajalah. Ntah apa-apa ntah!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...